Saturday 12 December 2015

Hiking Bukit Tabur East ...meninjau keindahan alam - 12 December 2015

Minggu ini hiking di Bukit Tabur, Ulu Klang bermula di pintu masuk Empangan Klang Gate Puncak Niaga. Mendaki ke Bukit Tabur East dengan ketinggian lebih kurang 320m pada aras laut. Pendakian bermula pada pukul 8.20 pagi dan tamat lebih kurang pukul 1.30 tengahari.

Pendakian yang agak curam berbanding dengan Bukit Tabur West, namun jarak agak pendek jika dibandingkan. Bukit batu kapur ini memang menjadi tempat favorite pendaki-pendaki di Lembah Klang. Walaupun bukit ini telah banyak meragut banyak nyawa, namun ia masih tidak dapat meluturkan semangat pendaki yang ingin melihat keindahan pemandangan di sekitar Kuala Lumpur dan juga kawasan tadahan air Empangan Klang Gate.


Berada di puncak Bukit Tabur East....

Memulakan pendakian....melalui laluan paip air...


Pendakian bermula....terpaksa mendaki dengan berpaut pada akar pokok....suasana pagi yang dingin dan laluan agak licin...

Pendakian di atas akar-akar kayu yang licin....

Menggunakan tali di laluan ini...licin dan berlumut....


Woow....letih...peluh dah mula mencurah-curah keluar....

Fuuhh...ambil nafas dulu....

Berhenti kejap....layan view dulu....


Selfie dulu....


Pemandangan Empangan Klang Gate....cukup mendamaikan....

Kawasan takungan air....

Puncak Bukit Tabur West.....

Afitz.....climbing celah-celah batu selamba jea....

Basah baju....kuyup dengan peluh....

Pemandangan menarik.....cuaca pun cerah hari ini...

Tenang...


Bergambar dulu.....

Tak lepaskan peluang untuk bergambar dulu...pemandangan memang menarik....

Tepi gaung.....sayup mata memandang...


Belum sampai puncak lagi....

Layan....

Puncak yang ingin ditawan....

Pemandangan dari jauh ibu kota KL....

Check Point 2.....sebelum sampai ke puncak...


Kawasan puncak yang agak terbuka....



Climbing ke puncak Bukit Tabur East....laluan memang curam dan berbahaya....terpaksa menggunakan tali yang disediakan semasa naik dan turun....

Terpaksa menunggu hampir 30 minit sebelum naik ke puncak....ramai pendaki masih berada di atas puncak...manakala laluan naik dan turun yang sama menyebabkan berlaku kesesakan....kawasan ini lah yang paling berbahaya di sepanjang pendakian... 

Layan pemandangan dari atas puncak.... 


Apa lagi bergambar sakan lah.....



Antara cerun gaung yang paling berbahaya dan dalam....sayup mata memandang dari atas....


Menggeletar kepala lutut berdiri dekat tebing nie....


Bergerak turun pada pukul 12.30 tengahari....cuaca dah panas... cukup berpuas hati dengan hiking kali ini....

No comments:

Post a Comment