Tuesday 5 January 2010

Kayuhan Tahun Baru 2010

Kayuhan tahun baru kali nie, menjejaki semula laluan Serendah Highway. Highway yang menghubungkan Serendah ke Kuala Selangor yang masih di dalam pembinaan. Kali nie tak ramai yang terlibat ... mungkin sibuk disebabkan alam persekolahan anak-anak akan bermula. Kayuhan bermula pada pukul 8.15 pagi dengan menyusuri jalan tarmac dilaluan pintu belakang Perodua E9. Kayuhan pada pagi ini adalah santai dan bersahaja, tak plan untuk kayuhan jauh.


Jalan Tarmac Highway Serendah

Laluan tarmac yang landai memulakan kayuhan santai kami. Cuaca yang dingin serta sedikit kabus menyegarkan suasana kayuhan. Pemandangan kebun sayur dan juga dusun sungguh mendamaikan.


Pemandangan Kebun Sayur



Jalan Mendaki Berbatu

Setelah melalui jalan berbatu, kami pun sampai ke puncak Bukit Rawang Perdana sambil menikmati pemandangan disekitar pekan Rawang.    



                     Pemandangan Sekitar Pekan Rawang                         

Kilang Simen Lafarge



Setelah melepak di puncak, kami pun meneruskan perjalanan pulang menerusi jalan curam berbatu sebelum sampai semula ke jalan utama Serendah. Kayuhan selama 4 jam sejauh 45km akhirnya tamat sambil makan nasi lemak kat kedai serendah.
















No comments:

Post a Comment