Sunday 21 November 2010

Sepang Jamboree 2010 - 21 November 2010

Bertempat di Sepang International Circuit (SIC) Offroad Park telah diadakan acara sukan lasak selama 3 hari bermula dari 19 sehingga 21 November 2010. Pada hari terakhir telah diadakan acara kemuncak iaitu Jamboree Mountain Bike yang telah berjaya menggumpulkan seramai lebih kurang 500 penyertaan. Acara ini telah dianjurkan oleh 4x4 Adventure Club dengan  disokong oleh Kerajaan Selangor serta agensi kerajaan yang lain.

Berikut merupakan gambar yang sempat dirakamkan disepanjang acara jamboree ini dijalankan.

Distance : 42.7 Kilometer
Moving Time : 4 hours 13 minutes
Stopped Time : 54 minutes 12 second
Max Speed : 54.9km/hour


Complete 4 sticker... all check point

Solo rider ....

Plate No. 359...

Tapak Carnival 4x4 Adventure Club


Peserta di starting point








KLMBH members...









Traffic jammed....laluan sempit



Trek keseluruhannya...di kawasan ladang kelapa sawit....



Kuala Lumpur International Airport (KLIA)




Last Check Point...


Sayup jea....bukit kat depan tuu nak kena daki...

Berat mata memandang, berat lagi kaki yang nak kena kayuh



 
Sampai jugak kat finishing line...

Teruk betul lumpur yang melekat kat basikal aku... 




Laluan sepanjang 42.7 Km......

Vertical Profile....keadaan trek yang meletihkan...

Secara keseluruhannya, laluan trail kali ini memang mencabar dan memenatkan. Lebih kurang 95% adalah trek ladang kelapa sawit yang berbukit, mencabar mental dan fizikal. Di sepanjang laluan trek keadaan  licin dan berlumpur sedikit sebanyak mengganggu corak kayuhan. Laluan selepas check point 4 iaitu 7 kilometer sebelum menuju penamat memang meletihkan disebabkan kawasan berbukit dan panas. Ramai rider-rider mengeluh disepanjang laluan ini. Untuk tahun akan datang mungkin penambahbaikan boleh dilakukan dan segala kelemahan dari pihak penganjuran dapat dipertingkatkan. Syabas kepada semua riders yang berjaya menghabiskan kayuhan pada kali ini.

No comments:

Post a Comment