Monday 28 March 2011

Malaysian Gold Jamboree 2011 - 27 March 2011

Malaysian Gold Jamboree 2011 mencipta sejarah di dalam Malaysia Book of Record dengan penyertaan yang paling ramai setakat ini iaitu 2600 penyertaan. Bertempat di Bukit Merah Lake Town Resort, acara ini telah berjalan dengan jayanya. Program yang telah dianjurkan oleh Biro Sukan Pemuda Umno Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan.

Distance : 45.7Km
Moving Time : 2 hour 36 minutes
Stopped Time : Zero
Max Speed : 58.8 Km/hour
Moving Avg : 17.5 km/hour

No. Plate...2238

Peserta di Starting Point....



Tempat acara jamboree berlangsung...

Puncak Jamboree....letih mendaki kat area nie...dah nak sampai penamat kena mendaki menuju Lake Town Resort...

Berjaya menamatkan kayuhan...

Solo lagi.....


Acara membasuh basikal...



Anak kesayangan datang membantu....



Medal... Malaysian Gold Jamboree

Laluan trek sejauh 46.7 kilometer

Laluan kali ini agak landai dan kurang berbukit....tapi sedikit pendakian di saat akhir menuju garisan penamat

Secara keseluruhannya, jamboree kali ini agak berjaya walaupun terdapat kelemahan yang perlu diatasi. Rata-rata kebanyakan peserta melahirkan perasaan tidak puas hati semasa di starting point. Untuk penganjur, tindakan mengarahkan peserta yang berada di bahu-bahu jalan ke garisan permulaan merupakan tindakan yang sia-sia sahaja. Perkara ini telah banyak kali berlaku semasa jamboree yang lepas. Sepatutnya, tempat yang lebih luas serta kawasan permulaan yang dipalang dengan pagar seperti di Jerai Jamboree perlu diambil perhatian. Ini kerana  penyertaan kali ini mengundang jumlah yang ramai dan segala kemungkinan perlu dijangkakan.

Laluan trek yang landai serta kurang berbukit mungkin sesuai untuk keadaan musin hujan pada ketika ini. Segulung tahniah kepada pihak penganjuran kerana berjaya menjayakan jamboree kali ini dengan sebaik mungkin...Syabas!!!

5 comments:

  1. tahniah kerana berjaya menyertai, seterusnya menamatkan jambori ini ...

    ReplyDelete
  2. salam tuan, nak tanya macamana nak buat vertical profile tu yer? mohon tuan dapat membantu.

    ReplyDelete
  3. 2 jam lebih dah sampai...hebat...

    ReplyDelete
  4. Mohd : Klik dekat file treklog(.gps),software garmin>mapsource. Klik sebelah kanan file ActiveLog. Klik kat Track Properties. Klik "Show Profile". Profile ketinggian akan ditunjukkan.

    ReplyDelete
  5. terima kasih tuan... jasa tuan amat saya hargai...

    ReplyDelete