Wednesday 31 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H...

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-54.Kepada semua rakan-rakan Mountain Bike dan yang mengenali, ampun maaf  di pinta Maaf Zahir & Batin.





Daripada kami... Prima Riders Cycling Club (PRCC).....


Tuesday 23 August 2011

Lagi...Lagi...Jamboreeeee !!!

Berikut merupakan event jamboree yang akan dianjurkan sehingga hujung tahun ini (selepas Hari Raya Aidil Fitri) bagi semua peminat mountain bike. Terdapat banyak jamboree sehingga hujung tahun ini, mana yang berpeluang akan disertai dan mana yang tidak, mintak-mintak tahun depan ada lagi dan boleh lah join....semoga program yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar dan berjaya.....


Campaign For A Lane 3rd Edition - 11 September 2011
Penganjuran kali ke-3 pada tahun oleh G-Club Penang. Dah register untuk penyertaan, tak mahu miss lagi macam tahun lepas dan tahun ini tak mahu ketinggalan untuk berkayuh di sekitar pulau mutiara, walaupun 100% road tapi pasti mencabar...
  

Pangkor International MTB 2011 - 16~18 September 2011
Salah satu penganjuran di pulau, setelah Langkawi International  MTB 2010 telah berjaya dianjurkan pada tahun lepas. Tetapi event ini tak dapat disertai disebabkan oleh xtvt yang tak dapat dielakkan. Mungkin tahun depan kalau ada, boleh join.


UMK MTB Jamboree Berbasikal -16 September 2011


3rd Cycle for Health & Environment - 16 September 2011


UKM Konvo-Lerun MTB Mini Jamboree - 17 September 2011


Thompson Aborigin Ride 2011 - 17 September 2011

Kempen Berbasikal Bersama Rakyat 1313 - 18 September 2011

Terdapat banyak event yang dianjurkan pada minggu ketiga September. Mungkin disebabkan oleh cuti sempena Hari Malaysia, tetapi sayang tak dapat nak join...


Kuantan Mountain Bike Challenge 2011 - 25 September 2011
Event yang ditunggu-tunggu disebabkan pertama kali menyertai jamboree di kawasan pantai timur, setelah tidak berpeluang pada awal tahun. Berpeluang membawa family bersama dan bersantai di Teluk Cempedak selepas berkayuh.


Millipede Green Ride Jamboree 2011 - 25 September 2011
Tidak berpeluang... sebab dah register Kuantan Mountain Bike Challenge....


Ipoh Kona-Heritage Hotel 2011 Mountain Bike Fellowship Ride - 25 September 2011
Tidak berpeluang... sebab dah register Kuantan Mountain Bike Challenge....

ECC Burung Hantu Ride 2011 - 1 October 2011
Event yang ditunggu-tunggu pada tahun ini setelah 2 tahun berturut-turut menyertainya...diharap ada kelainan pada tahun ini...


Cycle For Your Health - 1 October 2011
Tidak berpeluang... sebab dah register ECC Burung Hantu Ride 2011....


UTP MTB Jamboree 2011 - 8 October 2011
Jamboree yang diadakan di University Technology Petronas yang pasti akan mengimbau kembali kenangan di trek Sri Iskandar....kepada mereka yang masih teringatkan kenangan di Sri Iskandar MTB Jamboree 2010, pasti acara ini tidak akan dilepaskan peluang...


UMT Mountain Bike Jamboree 2011 - 8 October 2011
Acara julung kali diadakan di Terengganu (University Malaysia Terengganu)... tapi tak berpeluang untuk menyertainya kerana tarikh bertembung dengan UTP MTB Jamboree... 2 event serentak yang diadakan di univeristi...


Jamboree Sejarah Karnival Lipis 2011 - 9 October 2011
Tidak berkesempatan.....



Bukit Mertajam MTB Karnival 2011 - 16 October 2011
Pasti diterjah !!!


Langkawi International Mountain Bike Challenge 2011 - 17~23 October 2011
Mungkin tak kesampaian...


Kuala Kangsar MTB Jamboree 2011 - 30 October 2011
Terlepas peluang pada tahun lepas disebabkan tarikh bertembung dengan ECC Nite Ride... tapi pada tahun ini pasti tidak melepaskan peluang yang ada

Sunday 14 August 2011

Nite Ride D'Ramadhan - 13 August 2011

Walaupun berada di dalam bulan Ramadhan, kayuhan tetap diteruskan pada waktu malam. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kawasan berbukit Prima Beruntung memang menjadi pilihan kami. Tetapi kayuhan pada kali ini adalah santai dan bersahaja, laluan berbukit kami lencongkan ke laluan yang mendatar....baru nak start warm-up.

Seramai 9 pengayuh memulakan kayuhan pada pukul 11.30 malam dan tamat pada pukul 1.30 pagi. Kayuhan kali ini disertai oleh wakil Sungai Buaya Cycling Club (SBCC)-Yeo & Idan.

Idan Paat,Yeo,Bard,Josh,Babat,Nuar,Azrul,Tajul,Afitz

Bersiap sedia sebelum memulakan kayuhan...

Berkumpul di Petronas Bukit Beruntung....


Yeo...seluar bersinar-sinar...

Take 5..... aduh apa yang bersinar tuu....sakit mata


Menara Maxis Prima Beruntung....


Bard memeluk helmet kesayangannya...takut hilang di dalam gelap..



Bantu membantu....parit sempadan yang dikorek oleh tuan punya tanah....


Di bawah terowong PLUS Highway....gelap & sunyi....menakutkan, tetapi tak mengapa bulan Ramadhan tak ade hantu....



Laluan sejauh 17 kilometers.....