Monday 14 November 2011

Plentong Epic Ride 2011 - 13 November 2011

Plentong Epic Ride 2011 merupakan penganjuran tahun ketiga oleh Cyclemotion Cycling Club. Event yang ditunggu-tunggu oleh ramai pengayuh tegar. Tahun ini jumlah penyertaan meningkat kepada 1200 oarang berbanding 800 orang pada tahun lepas. Acara kali ini disertai oleh ramai pengayuh dari luar negara.

Jarak laluan kali ini lebih kurang 55 kilometer yang terdiri daripada ladang kelapa sawit,kebun getah,singletrek hutan dan uphill serta downhill. Sebanyak 5 check point disediakan disepanjang laluan.

Distance : 50.9 Kilometers
Moving Time : 5 hours 10 minutes
Stopped Time : 40 minutes 20 seconds
Max Speed : 45.6 km/hour

Bersama Fairuz....



Jarak laluan sejauh 55Km.... tentu menyeksakan seperti tahun sebelumnya...

Riders di starting point....


Flag off pada pukul 8.20 pagi....


Traffic jam.. laluan titi sempit menyebabkan berlaku kesesakan

Riders yang tidak sabar menunggu giliran..tekad terjun ke dalam parit.. 



Sampai di Check Point 1 pada pukul 10.15 pagi dengan jarak kayuhan sejauh 22km...


Menuruni tebing anak sungai...tebing yang cukup licin serta berlumpur, memang amat menyukarkan...

Menuruni tebing curam dan licin.....macam-macam aksi


Mendaki tebing licin pula...cukup mencabar mental...


Laluan singletrek teknikal yang mencabar...

Singletrek yang mantap dan cukup teruja...

Betul seperti apa yang didengar, trek Plentong pada kali ini adalah 60% singletrek....tetapi keadaan trek yang licin serta berlumpur memberikan sedikit kesukaran dan kepayahan. Jika cuaca kering, trek ini pasti akan dilayan dengan sepuasnya...

Titi kayu di laluan berair....cukup menguji kemahiran untuk berkayuh diatasnya...

Laluan di bawah pencawang elektrik....

Sebelum sampai di puncak pencawang ini, terpaksa melintas anak sungai yang berselut...
kaki terbenam sampai paras betis di dalam lumpur...nasib baik kasut tak terbenam sekali...

Sampai di Check Point 2.... kayuhan sudah sejauh 32km...


Melalui kawasan terbuka menuju Check Point 3... cuaca pada ketika ini cukup panas...

Laluan berpasir yang panas... laluan ini sama seperti tahun lepas....


Kawasan takungan air Sultan Iskandar...

Sampai di Check Point 3....

Bersama crew di Check Point 4....


Menuju ke Check Point 5... check point yang sama seperti tahun lepas...

Climbing yang cukup memenatkan...

Tenaga dah habis....yang terdaya,hanya menolak basikal..



Check Point 5....

Sampai jugak akhirnya....
Basikal dah tak rupa macam basikal... colour pun dah tukar colour kelabu...

Sampai di finishing line pada pukul 2.20 petang...


\
Acara lucky draw bermula...

Saudara Ayub....orang kuat Cyclemotion...

Tahun ini tak lucky.....

Jarak kayuhan sejauh 50.9Km...

Puncak paling tinggi 364.7ft di kilometer 42.19...


Secara keseluruhannya...trek pada kali ini adalah terbaik daripada tahun lepas. Kepuasan melayan singletrek memang cukup berpuas hati walaupun dalam keadaan licin dan berlumpur. Walaupun keletihan memang cukup dirasai dengan jarak kayuhan yang jauh serta berteknikal tetapi kualiti trek serta pengurusan cukup sempurna dan dirancang dengan rapi. Seperti yang dimaklumkan oleh saudara Ayub Cyclemotion bahawa mereka bercadang untuk berihat beberapa tahun dari menganjurkan Plentong Epic, saya merasakan seperti akan ada kekurangan di dalam kalendar mountain bike pada tahun hadapan. Diharapkan penganjuran Plentong Epic Ride akan dapat diteruskan pada tahun hadapan....

Plentong Epic Ride 2012 pasti akan ditunggu pada tahun hadapan....

Tahniah!!!... Cyclemotion Cycling Club....

1 comment:

  1. tq...komen yg membransangkan...kita tunggu tahun depan moga2 ada lagi Plentong Epic Ride ni...

    ReplyDelete