Saturday 14 January 2012

Sungai Selangor Phase 2 Endurance Ride 2012 - 14 January 2012

Sungai Selangor Phase 2 Endurance Ride 2012 merupakan jamboree kedua pada tahun ini. Bertempat di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Phase 2 di Bukit Badong,Bestari Jaya. Acara yang disertai oleh lebih kurang 1200 orang pengayuh dari seluruh semenanjung. Trek sejauh 40 kilometer dengan 80% offroad dan 20% road dengan pendakian sebanyak 70% di kawasan terbuka. Faktor cuaca memainkan peranan disepanjang kayuhan sama ada peserta akan terbakar dengan panas mentari atau bersantai dalam cuaca redup.

Distance : 38.9 Kilometer
Moving Time : 2 hours 54 minutes
Stopped Time : 10 minutes 27 second
Max Speed : 47.5 km/hour
Moving Avg : 12.8 km/hour

  
Prima Riders bersama BB7......
(Basri,Casttello,Azam,Ain,Fairuz,Babat,Usop,Azhar)

Ramai peserta telah bersedia di starting point seawal jam 7 pagi....peserta dibahagikan mengikut kategori...
Peserta Men Open dilepaskan dahulu serterusnya Veteran, Women & Junior....


Bersama PKNS MTB...Iswardy dan rakan-rakan...


Peserta dilepaskan pada pukul 8.15 pagi.....

Offroad menuju Fruits Valley....

Kawasan terbuka....masih belum panas lagi...baru awal pagi, matahari tak nampak lagi...


Pendakian yang panjang....tetapi pemandangan memang menarik disepanjang laluan...



Sayup mata memandang....


Bukit Zig-Zag yang pertama.....ramai yang tewas disini...


Ramai yang menolak dari berkayuh... climbing yang panjang dan curam...
Ramai yang mintak nyawa dah....

Kayuh letih....tolak pun letih jugak.

Bila sampai di puncak, kasihan pulak tengok rakan-rakan yang masih di bawah yang sedang azab menolak basikal...


Water station di puncak bukit.....layan minum air dulu...

Alamak... ade lagi bukit zig-zag....ingatkan dah habis dah....mintak nyawa lagi...

Azab lagi......

Downhill bukit zig-zag...setelah penat menolak basikal...ramai riders yang tergolek time downhill ini disebabkan laluan berpasir serta kering....

Layan... dengan berhati-hati...


Lepas downhill....uphill pulak...mari tolak basikal....

Menuju finishing line....lega rasanya...



Alhamdullilah,selamat sampai walaupun berkayuh dalam keadaan demam,batuk serta selsema...
Hampir pitam selepas check point pertama di Fruits Valley...tapi tetap kayuh pelan-pelan sebab nak merasai keenakan trek yang disediakan...mungkin next time tak buat lagi,takut pengsan kat trek dan menyusahkan orang pulak...

Menunggu luycky draw...tapi tak lucky kali ini...


Azhar BB7 berjaya menamatkan kayuhan...walaupun lambat sampai...
Kayuh tetap kayuh....tahniah bro...

Acara tamat pada pakul 2.05 petang....



Secara keseluruhannya, trek yang disediakan memang menguji mental dan fizikal. Dengan laluan mendaki di kawasan terbuka serta downhill yang mantap. Faktor cuaca yang redup disepanjang kayuhan, banyak membantu para peserta bagi menghabiskan kayuhan. Ramai juga pengayuh yang terjatuh di kawasan landai serta downhill disebabkan laluan yang kering serta berpasir. Dari segi penganjuran, marking trek yang jelas dan mudah dilihat, water station yang mencukupi walaupun masih terdengar runggutan dari para riders, makanan serta minuman yang cukup untuk semua riders...  
Syabas serta tahniah kepada pihak penganjur.........

No comments:

Post a Comment