Monday 19 March 2012

Scorpion Army Aviation MTB Jamboree 2012

Scorpion Army Aviation MTB Jamboree 2012 di Kem Mahkota, Bandar Kluang Johor memang cukup meriah. Acara yang telah dirasmikan oleh Tengku Temenggung Johor yang telah Mencemar Duli dengan memandu sendiri helikopter ke tapak pelancaran. Peserta seramai 600 orang telah dilepaskan pada pukul 8.55 pagi dengan suasana yang begitu meriah. Kehadiran helikopter tentera Agusta memang diluar jangkaan para peserta. Tahniah kepada abang-abang tentera kita diatas penganjuran yang cukup sempurna dan terbaik. Walaupun tidak dapat berkayuh sama disebabkan oleh kenduri kahwin adik ipar diharapkan tahun hadapan acara ini akan dapat diadakan lagi...


Peserta di starting point....








Helikopter tentera jenis Agusta berlegar-legar di atas peserta...cukup mengujakan...








Pameran statik helikopter tentera Agusta







Ketibaan Tengku Temenggung Johor dengan helikopter yang dipandunya sendiri...


Peserta dilepaskan oleh Tengku Temenggung Johor...









Demo tembakan mesingun...GPMG






Tengku Temenggung memandu "Buggy Car"....


Anak kesayanganku mencuba senapang paintball


Gembira dapat melihat secara dekat helikopter Agusta


Pameran pesawat kawalan jauh...

No comments:

Post a Comment