Sunday 20 May 2012

Kayuhan d'FRIM - 19 May 2012

Kayuhan minggu ini di FRIM, Kepong setelah mendapat permintaan dari rakan-rakan yang sudah lama tidak berkayuh di sana. Seperti biasa, berkumpul di parking lot Hospital Kusta Sungai Buloh. Tujuan utama kayuhan pada minggu ini adalah untuk menikmati nasi dagang serta cendol di sana. Kayuhan bermula pada pukul 8.40 pagi dan berakhir pada pukul 1 tengahari.

Bergambar sebelum kayuhan....slogan kayuhan pada pagi ini "Kesihatan Sepanjang Hayat Kualaiti Sepanjang Masa"...


Layan climbing offroad menuju FRIM...


Bayar tol dulu...RM3.00

Lepak dulu sebelum layan streroid @ Tongkat Ali Trail....


Climbing streroid...senafas...


Along & Mie Cha....

Layan Pinus Trail pulak....



Layan downhill Helipad....

Layan Aroma Trail.... singletrek yang memang digemari...layan

Acara yang ditunggu-tunggu...breakfast Nasi Dagang + Cendol Pulut...lazattt...

Menuju pulang...

Afitz dengan gaya tersendiri....

Layan downhill Pacat Trail dulu....laluan kering

Josh melayan drop ....

Basri pun layan jugak....

Sunday 13 May 2012

Belia Selangor Fun Ride 2012 - 13 May 2012

Belia Selangor Fun Ride 2012 sempena sambutan Hari Belia peringkat negeri Selangor telah diadakan di Batang Kali, Selangor. Acara kali ini telah disertai oleh seramai lebih kurang 600 orang pengayuh dari sekitar Selangor dan Lembah Kelang.

Jarak kayuhan sejauh 27 kilometer dengan pelbagai cabaran dan sememangnya sesuai untuk semua peringkat umur dan bertepatan dengan tujuan penganjuran iaitu "fun ride". Terdapat pendakian yang pendek serta downhill yang panjang serta trek berbentuk "fast rolling". Disebabkan sudah lama tidak berkayuh bersama, rakan-rakan Prima Riders hanya berkayuh santai secara berkumpulan kerana bukan mudah untuk berkayuh bersama seperti dulu disebabkan oleh kekangan masa serta urusan peribadi masing-masing.

Distance : 26.0 Kilometer
Moving Time : 1 hour 53 minutes
Stopped Time : 29 minutes 35 seconds
Max Speed : 46.4 km/hour
Moving Avg : 13.8 km/hour
                     

Prima Riders berkumpul semula setelah sekian lama tidak berkumpul dan berkayuh bersama....

Di starting point....





Kayuhan bermula pada pukul 8.20am...

Penuh ceria dan santai...


Laluan road....




Menuju check point 1...

Kayuhan santai... lepak menunggu rakan-rakan di belakang...


Memasuki kawasan Ulu Tamu....

Menyeberangi sungai sambil membasuh basikal...


Pendakian tarmac....

Lepak lagi.....

Mengimbau kenangan...laluan KLMBH Epic 2010....

Menuju finishing line....

Rakan-rakan PRCC... selepas tamat kayuhan..

Makan tengahari dulu sebelum balik...

Kayuhan sejauh 27 kilometer...


Secara keseluruhannya, trek yang disediakan memang santai dan bersesuai untuk semua peringkat. Tahniah kepada pihak penganjur terutama Bro. Reme dan Abg. Ajis diatas penganjuran "fun ride" yang mantap...

Tuesday 8 May 2012

Cycle4Care : Charity Ride - 6 May 2012

Cycle 4 Care : Charity Ride yang julung kalinya diadakan di Alam Budiman, Shah Alam telah berjaya menarik lebih kurang 200 orang peserta. Para peserta berkayuh di kawasan ladang kelapa sawit,hutan belukar serta denai di sekitar Alam Budiman.

Acara "CYCLE 4 CARE" ini bertujuan untuk mengutip dana untuk OrphanCARE, Rumah Amal Asnaf Al-Barakah, Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV / AIDS (PERNIM) dan mereka yang kurang bernasib baik di sekitar Selangor dan Lembah Klang.

Distance : 33.0 kilometer
Moving Time : 2 hours 58 minutes
Stopped Time : 9 minutes 34 seconds
Max Speed : 58.2 km/hour
Moving Avg : 11.0 km/hour



Booth Amanville...salah satu sponsor untuk event kali ini...

Ramai riders bersiap sedia di starting point...



Kayuhan bermula pada pukul 7.50 pagi....

Laluan road sejauh 5 kilometers.....



Laluan offroad bermula...

Menuju ke Bukit Ramlee.....

Pendakian yang panjang ke puncak Bukit Ramlee...


Tak larat...tolak jea basikal...

Check Point 2...puncak Bukit Ramlee....


Pemandangan yang menarik dari atas puncak Bukit Ramlee....

Kedai minum di atas puncak... ramai riders berhenti berihat sambil menikmati air nenas sejuk...


Selepas downhill turun dari Bukit Ramlee....uphill pulak...


Menuju ke Check Point 3....

Sampai di Check Point 3... Bukit Altantuya....


Memasuki laluan singletrek....

Laluan yang menarik untuk dilayan...

Sampai di Check Point 4.....lagi 10 km menuju finishing line..

Bro Zul.....dan

Bro Saiful....merupakan guide yang membawa aku berkayuh di Thomson Trail,Cameron Highland buat pertama kalinya pada tahun 2009....

Sampai di finishing line...



Jarak trek keseluruhan sejauh 33km...

Puncak paling tinggi...520ft di puncak Bukit Ramle...