Wednesday 2 May 2012

Menjejaki Trek Ulu Slim,Perak - 1 May 2012

Sempena cuti Public Holiday (Labour Day) satu kayuhan ke Post Tenau,Ulu Slim, Perak telah dirancang oleh Sentosa Cycling Team (SCT). Kayuhan kali ini seramai 14 orang yang cuba untuk berkayuh dari kawasan kampung orang asli berhampiran Kolam Air Panas Ulu Slim menuju ke Post Tenau sejauh lebih kurang 25~30 kilometer. Kayuhan bermula agak lewat iaitu pada pukul 9.30 pagi. Sebelum sampai ke Post Tenau kami akan sampai di Post Keding terlebih dahulu. Walaupun jarak kayuhan hanya 10 kilometers sahaja tetapi disebabkan climbing yang tak sudah-sudah, kami sampai di Post Keding pada pukul 12.30 tengahari.

Disebabkan kesuntukan masa untuk meneruskan kayuhan ke Post Tenau dan atas nasihat abang-abang tentera yang beroperasi di Post Keding, kami membatalkan hasrat untuk ke Post Tenau. Menurut mereka, jarak dari Post Keding ke Post Tenau lebih kurang 45 minit dengan bermotorsikal dan melalui laluan berbukit yang curam. Walaupun hasrat tidak tercapai, tetapi kami merancang pada masa terdekat ini untuk mengadakan satu lagi kayuhan ke sana.

Bergambar sebelum memulakan kayuhan...





Laluan offroad bermula... 

Climbing pun bermula...


Kawasan jeram yang menarik....


Air sejuk dan nyaman....




Pemandangan berbukit yang menarik....


Climbing lagi...



Sampai di Kampung Keding,Ulu Slim, Perak

Bergambar untuk kenangan....

Rumah orang asli....

Rumah orang asli berwajah baru....rumah batu yang dibina oleh Kor Kejuruteraan Tentera Darat Malaysia...

Jentolak tentera untuk kerja-kerja pembinaan...

Lepak bersama bro tentera....sambil dihidangkan dengan air sirap bandung berice....memang terasa sungguh lazat dan nikmat....


Menuju ke kawasan rehat di tepi sungai...


Ambil peluang untuk bermandi-manda sebelum balik....


Ketinggian palling tinggi, 1216.6ft...

No comments:

Post a Comment