Saturday 23 June 2012

Kayuhan Prima Beruntung - 23 June 2012

Kali ini seramai 15 orang pengayuh telah menyahut cabaran untuk berkayuh di kawasan berbukit Prima Beruntung. Seawal 8.30 pagi kayuhan bermula dengan laluan tarmac menuju ke kawasan perumahan Prima Beruntung dan seterusnya memasuki laluan offroad menuju Perkampungan Orang Asli Bukit Machong. Laluan seterusnya adalah kawasan berbukit terbuka di ladang kelapa sawit dan seterusnya memasuki ladang getah menuju MK Land dan seterusnya tamat di kawasan perniagaan Adenium pada pukul 12.15 tengahari.

Kayuhan kali ini adalah bertujuan untuk mencari laluan yang sesuai bagi acara yang dirancangkan akan dilangsungkan pada bulan September akan datang.

Distance : 21.5 kilometer
Moving Time : 1 hour 47 minutes
Stopped Time : 1 hour 30 minutes
Max Speed : 45.4 km/h
Moving Avg : 11.9 km/h 

Bergambar di Restoran Thaqwa Adenium sebelum memulakan kayuhan...

Memasukii laluan offroad Prima Beruntung...


Kayuhan menuju Bukit Feed Up...

Puncak Bukit Feed Up....

Downhill....layan...



Downhill menuju Perkampungan Orang Asli Bukit Manchong...




Pit Stop.... kaki Bukit Roundabout...


Ladang getah....banyak nyamuk..



Menanti rakan-rakan yang tertinggal di belakang....

Pit Stop lagi...menuju ke MK Land...

Puncak tertinggi pada ketinggian 540ft....

Jarak keseluruhan...hanya 21 kilometer sahaja...

Monday 18 June 2012

Jamboree MTB Kuntau 2012 - 17 June 2012

Jamboree MTB Kuntau 2012 telah berlangsung di Taman Tasik Kesuma, Beranang, Selangor dengan penyertaan seramai lebih kurang 1,400 orang. Jarak keseluruhan laluan sejauh 41 kilometers dengan pelbagai bentuk muka bumi seperti ladang kelapa sawit, kebun getah, singletrek serta kawasan hutan belukar. Pemilihan trek memang patut dipuji kerana cukup dengan segala citarasa dan cabaran. Penganjuran juga patut dipuji dan dijadikan contoh untuk penganjur yang lain.  

Distance : 41.6 Kilometers
Moving Time : 2 hours 58 minutes
Stopped Time : 20 minutes 8 seconds
Max Speed : 44.4 km/h
Moving Avg : 13.8 km/h

Hampir hancur No. Plate ini disebabkan basah terkena hujan semasa kayuhan....

Macam biasa...solo

Ramai riders dah tak sabar untuk memulakan kayuhan...




Kayuhan bermula pada pukul 8.02 pagi....dimulakan dengan tiupan tropet dari bekas perajurit Bukit Kepong....

Memasuki laluan offroad... dah mula menolak basikal....



Climbing lagi.... masih ramai yang menolak basikal...

Sektor 1 : Bukit Kepong....banyak pendakian
Sedikit kelainan, mashall memakai baju seragam lama Polis sempena mengingati sejarah Bukit Kepong...

Memasuki Sektor 2 : Trek Kuntau....

Di Sektor 2, gambar tidak dapat dirakamkan kerana hujan turun dengan lebatnya, nasib baik terjumpa plastik di tepi trek, camera dapat diselamatkan daripada basah kuyup kerana tidak menjangkakan hujan akan turun pada pagi ini.

Apa lagi.... Pesta Lumpur bermula......

Sektor 3 : Laluan Leftenan Adnan....Laluan basah dan licin...

Menunggu giliran untuk melintas tebing yang licin....



Sampai di garisan penamat...

Mandi lumpur.....


Jarak keseluruhan...41 kilometers...


Friday 15 June 2012

Nite Ride Prima (17Km) - 15 June 2012

Setelah sekian lama tidak berkayuh malam di kawasan berbukit Prima Beruntung, kali ni seramai 13 orang pengayuh dari Prima Riders Cycling Club (PRCC), Sentosa Cycling Team (SCT) serta BB7 telah mengharungi kawasan berbukit di sekitar Prima Beruntung. Kawasan yang memang penuh dengan pendakian serta cukup meletihkan walaupun jarak kayuhan hanya berbelas kilometer sahaja. Kayuhan bermula lewat pada pukul 10.20 malam dan berakhir pada pukul 12.30 tengah malam.


Bergambar sebelum memulakan kayuhan....



Pit stop...kawasan kaki bukit Roundabout....


Pit stop....menara pemancar Maxis....



Terowong PLUS Highway....



Lepak minum di Restoran Salam Bukit Beruntung...


Jarak keseluruhan trek...hanya 17 kilometers...