Monday 18 June 2012

Jamboree MTB Kuntau 2012 - 17 June 2012

Jamboree MTB Kuntau 2012 telah berlangsung di Taman Tasik Kesuma, Beranang, Selangor dengan penyertaan seramai lebih kurang 1,400 orang. Jarak keseluruhan laluan sejauh 41 kilometers dengan pelbagai bentuk muka bumi seperti ladang kelapa sawit, kebun getah, singletrek serta kawasan hutan belukar. Pemilihan trek memang patut dipuji kerana cukup dengan segala citarasa dan cabaran. Penganjuran juga patut dipuji dan dijadikan contoh untuk penganjur yang lain.  

Distance : 41.6 Kilometers
Moving Time : 2 hours 58 minutes
Stopped Time : 20 minutes 8 seconds
Max Speed : 44.4 km/h
Moving Avg : 13.8 km/h

Hampir hancur No. Plate ini disebabkan basah terkena hujan semasa kayuhan....

Macam biasa...solo

Ramai riders dah tak sabar untuk memulakan kayuhan...




Kayuhan bermula pada pukul 8.02 pagi....dimulakan dengan tiupan tropet dari bekas perajurit Bukit Kepong....

Memasuki laluan offroad... dah mula menolak basikal....



Climbing lagi.... masih ramai yang menolak basikal...

Sektor 1 : Bukit Kepong....banyak pendakian
Sedikit kelainan, mashall memakai baju seragam lama Polis sempena mengingati sejarah Bukit Kepong...

Memasuki Sektor 2 : Trek Kuntau....

Di Sektor 2, gambar tidak dapat dirakamkan kerana hujan turun dengan lebatnya, nasib baik terjumpa plastik di tepi trek, camera dapat diselamatkan daripada basah kuyup kerana tidak menjangkakan hujan akan turun pada pagi ini.

Apa lagi.... Pesta Lumpur bermula......

Sektor 3 : Laluan Leftenan Adnan....Laluan basah dan licin...

Menunggu giliran untuk melintas tebing yang licin....



Sampai di garisan penamat...

Mandi lumpur.....


Jarak keseluruhan...41 kilometers...


2 comments:

  1. mmg best sebab dapat join jamboree..walaupun first time tp mmg terbaikk...
    -E1337-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuntau Jamboree memang terbaik!!!

      Delete