Sunday 30 September 2012

UPM MTB Fete 2012 - 30 September 2012

UPM MTB Fete 2012 yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia, Serdang telah menarik lebih kurang 1600 penyertaan dari seluruh negara. Jarak kayuhan sejauh 45 kilometer yang cukup memeritkan untuk setiap peserta. Laluan berbukit serta hutan di kawasan Mardi memang sudah awal-awal dijangkakan akan menduga mental dan fizikal pengayuh. Pendakian yang banyak serta laluan yang licin memang cukup mencabar. Banyak menolak ketika pendakian disebabkan oleh trek yang terlalu licin serta peserta yang menolak kerana keletihan di laluan trek.

Setelah bergelumang dengan lumpur di kawasan berbukit, laluan road yang panjang dengan pendakian di kawasan universiti cukup memeritkan. Setelah pendakian tarmac selesai, dihidangkan pula laluan semak di tepi highway PLUS dengan laluan di dalam longkang yang tak pernah dibuat dek orang. Banyak menolak dari mengayuh di kawasan ini. Sepatutnya, penganjur lebih peka dengan keadaan trek supaya tidak membahayakan peserta.

Laluan seterusnya lebih terbuka serta pendakian yang panjang di kawasan berbukit dan seterusnya menyusuri di tepi laluan rel Transit KLIA memang cukup meletihkan. Apabila sampai di Last Check Point, baki jarak sejauh 3 kilometer amat melegakan. Laluan road menuju ke finishing line tidak semudah itu apabila kami dilencongkan ke laluan offroad yang sememangnya bukan laluan untuk mountain bike kerana lebih sesuai untuk aktiviti hiking. Dengan kudrat yang tinggal tak seberapa, kami terpaksa menolak basikal di laluan curam yang sememangnya mengarut!!!

Distance : 46.0 Kilometer
Moving Time : 3 hours 39 minutes
Stopped Time : 16 minutes 11 seconds
Max Speed : 44.7 km/hour
Moving Avg : 12.6 km/hour



Bersama Nazmi.....

Tapak jamboree, di padang kawat


Peserta di garisan permulaan.....

Briefing dari pihak penganjur tentang laluan trek...


Kayuhan bermula pada pukul 7.30 pagi...

Memasuki pintu utama Mardi Serdang....

Laluan offroad bermula....

Tolak basikal....

Trek licin dan berlumpur...


Check Point 2....

Pemandangan menarik di sini....


Climbing lagi.....

Check Point 3.....


Mari Tolak Basikal....



Tolak lagi....


Tolak...lagi...lagi...

Letih menolak basikal jea....


Laluan tramac di sekitar universiti...

Menyusuri semak di tepi Lebuhraya PLUS.....

Laluan di dalam longkang.....memang hebat



Ini bukan mountain bike tapi mountain hiking....

Jenuh menolak....

Laluan pokok pine....


Sampai di finishing line....



Jarak keseluruhan...45Km memenatkan...


Kepada pihak penganjur, mungkin komen ini boleh dijadikan panduan untuk event akan datang :

1. Pastikan jarak kayuhan bersesuaian dengan keadaan trek yang disediakan. Untuk memastikan kesesuaian trek, "test trek" perlu dilakukan terlebih dahulu dengan menjemput rider yang ada untuk merasai keadaan trek dan memberikan komen serta pandangan supaya tidak berlaku penganjur yang "syok sendiri".

2. Medal merupakan satu cenderahati untuk dikenang oleh setiap riders. Oleh itu, tidak rugi jika finishing medal disediakan untuk setiap peserta bagi menghargai komitmen serta penghargaan bagi mereka yang memerah kudrat bagi menghabiskan kayuhan.

3. Makanan tengahari yang ala-kadar serta air di dalam trek tidak mencukupi terutama di Last Check Point.

4. Dengan keadaan trek yang disediakan, jarak yang dirasakan sesuai hanya sekitar 30km sahaja bukan 45km yang sememangnya cukup meletihkan.


"Kami mengucapkan takziah kepada riders dari Pasoh,Jelebu,Negeri Sembilan yang telah meninggal dunia semasa kayuhan, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan tergolong di dalam kalangan orang yang beriman....al-fatihah....."

Berita kematian arwah di akhbar Harian Metro :

http://www.hmetro.com.my/articles/Mukakebiruan_nafastercungap/Article

Sunday 23 September 2012

SBCC XC MTB Jamboree 2012 - 23 September 2012

SBCC XC MTB Jamboree 2012 telah berlangsung di Bandar Baru Sungai Buaya, Rawang pada hujung minggu yang lepas. Penyertaan seramai lebih kurang 1200 orang dari serata negeri telah memeriahkan event pada kali ini. Acara bermula pada pukul 8.30 pagi dengan laluan sejauh 36km dengan trek berbentuk "fast rolling" serta pendakian di awal kayuhan. Disepanjang kayuhan, tanda arah yang jelas, marshall yang peramah serta sedia membantu, air minuman yang cukup serta dihidangkan pula dengan cendol, rojak serta air buah naga di check point yang terakhir memang cukup memberikan kepuasan kepada setiap peserta. Jarang sekali, event basikal diuruskan dengan sebegitu meriah.

Jamuan makan tengahari dengan lauk yang lazat serta disediakan khemah serta meja yang beralas, ala-ala kenduri kahwin memang suatu kelainan. Secara keseluruhannya, event kali ini berjaya serta meriah dan segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Semoga event tahun depan akan lebih meriah serta ditunggu-tunggu oleh setiap peserta....

Tahniah...SBCC !!!


Distance : 36.3 Kilometer
Moving Time : 2 Hour 30 Minutes
Stopped Time : Zero
Max Speed : 48.4 Km/h
Moving Avg : 14.4 Km/h


Number plate kali nie...M-436

Solo rider.....

Peserta mula berkumpul di garisan permulaan...

Ramai peserta sudah bersiap sedia untuk memulakan kayuhan...



Sahabat mtb dari Seri Gombak....Saudara Nizam...

Kayuhan bermula pada pukul 8.30 pagi...

Laluan road sejauh 7km di sekitar Bandar Baru Sungai Buaya dan kawasan felda...

Offroad bermula....traffic jam....ramai peserta sudah mula menolak basikal...



Sesak lagi....



Downhill menuju Kolam Memancing Ikan....

Water Station di kolam memancing ikan... meriah dengan pelbagai jenis minuman...ambik saja jangan malu-malu...minum sepuasnya


Halangan....

Marshall sudah stand-by untuk membantu....

Brother nie dekat water station kolam ikan pun ade.... dekat last check point cendol pun ade... memang hebat....

Menuju finishing line...



Selamat sampai di finishing line...




Jarak keseluruhan trek...36 Kilometer....