Tuesday 29 January 2013

Kayuhan Silaturrahim : Bkt.Beruntung~Sg.Sendat - 26 January 2013

Kayuhan Silaturrahim telah dianjurkan oleh BB Seven Cycling Team bertempat di Kedai Jiwa Basikal, di kawasan Perniagaan Adenium, Bukit Beruntung. Acara ini adalah untuk meraikan rakan-rakan "touring bike" yang akan berkayuh dari Bukit Beruntung ke Sungai Sendat, Ulu Yam serta bermalam di sana. Seramai lebih kurang 80 peserta menyertai acara kali ini dan dilepaskan "flag off" oleh YB Kamalanathan, Adun Hulu Selangor.

Kayuhan sejauh lebih kurang 40 kilometer ini telah dibantu oleh Polis DiRaja Malaysia serta Pertahanan Awam.



Bergambar sebelum memulakan kayuhan....

Kedai Jiwa Basikal di kawasan perniagaan Adenium, Bukit Beruntung....

Tokey Kedai Jiwa Basikal.....


Basikal Touring sedia beraksi....banyak barang-barang keperluan yang dibawa....


Pihak TV3 dijemput untuk membuat liputan....

BB Se7en Cycling Club....


Senaman sebelum memulakan kayuhan....


YB Kamalanathan melakukan "flag off" untuk peserta....

Kayuhan bermula pada pukul 9.20 pagi....





Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menghabiskan kayuhan...




No comments:

Post a Comment