Sunday 28 July 2013

Nite Ride Ramadhan @Prima~Sg.Buaya - 27 July 2013

Kayuhan nite ride pada kali ini di sekitar kawasan Sungai Buaya dengan bermula di Restoran Taqwa Adenium,Bukit Beruntung. Seramai 11orang pengayuh pada kali ini, memulakan kayuhan pada pukul 10.50 malam sehingga 2.30 pagi. Bermula di Prima Beruntung dengan laluan offroad menuju Felda Sungai Buaya serta bergabung dengan geng-geng SBCC seramai 5 orang yang diketuai oleh Hasruleezan @ Yeo...

Laluan sejauh 40 kilometer merangkumi laluan Prima Beruntung (Adenium)-Felda Sungai Buaya-Bandar Baru Sungai Buaya-Tan Chong-Memorial Park-Waterfall-Bukit Rumput-Singletrek Hutan-Kampung Orang Asli-Kebun Pisang-Tepi Sungai dan seterusnya Simpang Felda Sungai Buaya dan berpecah menuju ke Prima Beruntung.

Distance : 39.5 kilometers
Moving Time : 2 hours 36 minutes
Stopped Time : 50 minutes 31 seconds
Max Speed : 59.7 km/h
Moving Avg : 15.2 km/h


Bergambar dulu sebelum memulakan kayuhan....

Berkumpul di Restoran Taqwa Adenium berhampiran Kedai Jiwa Basikal....

Bergambar di hadapan pintu masuk Tan Chong Motor....





Lim bersama Juhari Tasik Puteri....

Berehat di Ladang Kelapa Sawit Waterfall...berhampiran Nirvana Memorial Park Rawang....

Di kawasan Bukit Rumput....tempat penanaman rumput carpet....

Meneruskan kayuhan...melalui kawasan perkampungan Orang Asli dan seterunya ke Sungai Buaya.... 

Sampai di puncak bukit tangki air Sungai Buaya...

Di persimpangan jalan menuju Felda Sungai Buaya....berpecah balik menuju Prima Beruntung sambil bersalaman bersama geng SBCC kerana menjadi jurupandu pada kayuhan malam ini....

Bergerak ke Prima Beruntung menuju Restoran Taqwa.....

Tamat kayuhan....lepak santai sambil bersahur....

Jarak kayuhan sejauh 40km....

Berpuas hati dengan kayuhan pada kali ini...terima kasih kepada SBCC...

Sunday 21 July 2013

Nite Ride Ramadhan @Prima Hill - 20 July 2013

Sempena bulan ramadhan yang telah tiba, kayuhan malam ramadhan di Prima Beruntung pasti dilakukan seperti tahun-tahun sebelumnya. Kali ini seramai 10 orang pengayuh bersiap sedia meredah kegelapan malam di kawasan berbukit Prima Beruntung. Berkumpul di Restoran Taqwa Adenium pada pukul 10.30 malam dan tayar bergolek pada pukul 11 malam.

Bersiap sedia dengan lampu masing-masing....


Kayuhan malam kali ini diketuai oleh saudara Nuar....


Saudara Azemi Orbea dari Tasik Puteri juga turut serta......

Berehat dulu.... cuaca agak berangin serta dingin....

Basri & Nasir....

Abun.....kepenatan setelah mendaki Bukit Feed Up.....

Kerosakan basikal...salah seorang rakan mengalami kerosakan pada cassette...

Kayuhan diteruskan semula....

Afitz....senafas jea climbing nie...

Bergambar bersebelahan Highway PLUS Bukit Beruntung....berhampiran dengan Tanah Perkuburan Bukit Beruntung....

Seterusnya kayuhan pulang melalui Tesco Distribution Bukit Beruntung menuju Restoran Taqwa....

Bersantai di Restoren Taqwa sambil bersahur....

Monday 8 July 2013

Ipoh MTB Ride Day 2013 - 7 July 2013

Minggu ini ke Ipoh pula...berkayuh di Ipoh MTB Ride Day 2013 anjuran HTR Ipoh di Taman Berchamraya di Ulu Kintar. Lebih kurang 1000 peserta menyertainya pada tahun ini. Trek memang mencabar, banyak climbing serta downhill yang merbahaya dan licin.

Permulaan kayuhan di laluan road sejauh lebih kurang 6km dan seterusnya memasuki laluan offroad climbing dan menyebabkan sedikit kesesakan kerana ramai yang menolak dari berkayuh. Keseluruhannya, trek yang disediakan memang mencabar dengan pelbagai bentuk muka bumi seperti singletrek di dalam hutan, climbing ladang sawit serta downhill yang mengujakan.


Distance : 35.6 Kilometers
Moving Time : 2 hours 48 minutes
Stopped Time : 45 minutes 11 seconds
Max Speed : 40.9 km/h
Avg Speed : 12.7 km/h


5 sticker...4 Check Point...3 Water Station...


Wakil Prima Riders......kali ini ada geng...

Acara diadakan di Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya.....

Peserta bersiap sedia di starting point seawal jam 7 pagi...



Kayuhan bermula pada pukul 8 pagi....

Laluan road sejauh 6 km....

Pergerakan Lead Car 4x4 Marshall agak perlahan menyebabkan kelompok front rider terlalu ramai di bahagian hadapan dan keadaan agak kelam-kabut....kedua-dua laluan jalan raya dipenuhi oleh para rider...agak merbahaya situasi begini...


Memasuki laluan offroad dan dihidangkan dengan pendakian serta menyebabkan berlakunya kesesakan...


Pendakian di kawasan terbuka....muka bumi macam kat Prima Beruntung.....


Climbing lagi....

Tak larat...tolak jea...

Layan downhill pulak.....berpasir & berdebu....

Sayup mata memandang.....

Layan singletrek pulak.....laluan ini memang layan...terbaik...

Titi kayu menyeberangi anak sungai.....

Sampai di Check Point 1.....

Climbing lagi....

Climbing lagi... dan lagi....

Aduuuh....climbing tak habis lagi....mintak nyawa...

Rakan kenalan mengalami kemalangan semasa menuruni downhill selepas Check Point 2...mengalami patah pada pergelangan tangan kiri serta luka-luka di tangan dan kaki...semoga adik akan cepat sembuh dan berkayuh semula....

Kecederaan agak serius....

Bantuan medic dari Pertahanan Awam.....terima kasih kepada abang-abang medic yang memberikan rawatan serta bro mashall motor cross.... 
 
Kayuhan disambung semula menuju ke garisan penamat.....

Sampai di finishing line....

Bersama Basri di garisan penamat....

Memulangkan semula plak yang diberikan dan ditukarkan kepada medal....kerana pada aku medal lebih bermakna dari sekeping plak tanah liat yang tidak boleh digantung pada dinding....mungkin pihak penganjur perlu melihat isu ini dengan lebih serius pada masa akan datang....

Dilihat dari graph ketinggian pun dah mengambarkan azab yang dilalui....

Kayuhan sejauh 35km yang mencabar....