Monday 1 July 2013

Simpang Renggam 2nd Prison Jamboree 2013 - 30 June 2013

Simpang Renggam 2nd Prison Jamboree 2013 merupakan pengajuran kali ke-2 oleh Kelab Basikal Penjara Simpang Renggam Johor. Berlangsung di perkarangan Penjara Simpang Renggam dan telah dihadir oleh seramai lebih kurang 1,050 orang. Acara kayuhan bermula pada pukul 8.20 pagi dengan laluan road sejauh 1km dan seterusnya memasuki laluan offroad ladang kelapa sawit. Lebih kurang 95% laluan trek adalah di dalam ladang kelapa sawit dengan beberapa pendakian dan boleh dikatakan sebagai "fast rolling" trek.

Kayuhan lebih mencabar apabila hujan turun pada permulaan kayuhan sehinggalah diakhir kayuhan. Hujan yang lebat telah menyebabkan  keadaan trek yang licin dan berlumpur. Bukan senang nak dapat peluang mandi hujan semasa kayuhan....walaupun sukar tetapi tetap mengujakan....

Distance : 38.0 Kilometers
Moving Time : 2 hors 51 minutes
Stopped Time : Zero
Max Speed : 46.2 Km/h
Moving Avg : 13.3 Km/h


Nombor James Bond pulak kali ini....lepas semua check point tapi sticker semua hilang disebabkan hujan....

Bergambar di pintu masuk Penjara Simpang Renggam...first time dapat masuk dalam kawasan penjara....pagar semua tinggi-tinggi belaka...

Starting Point....

Bergambar dulu...terima kasih kat wife kerana sudi jadik jurugambar hari nie...

Solo Rider lagi...

Alamak jauhnye duduk kat belakang....sayup jea...


Macam biasa....Saudara Ayup...jadi MC hari nie...

Semua dah tak sabar-sabar lagi nak mula berkayuh walaupun hari dah mula gelap nak hujan...

VVIP.....

Front Rider....

Kayuhan bermula pada pukul 8.20 pagi....selepas bacaan doa dan nyayian lagu Negaraku....



Woow....ramainya....



Laluan offroad....sedikit pendakian....

Masih sempat lagi ambik gambar....hari dah gelap...


Hujan mula turun disepanjang kayuhan....tak dapat nak rakam gambar walaupun banyak view yang menarik....mungkin lain kali kena tukar camera waterproof pulak....

Sampai di garisan penamat....


Puncak paling tinggi...516ft...

Jarak keseluruhan...38 kilometer....

No comments:

Post a Comment