Saturday 28 September 2013

Avanti @Fraser Hill - 28 September 2013

Minggu ini kayuhan road mendaki di puncak Fraser Hill bersama Iswardy PKNS, Basri & Nasir. Ini merupakan kayuhan pertamaku menggunakan basikal "road bike" setelah lama berfikir untuk memilikinya. Kayuhan antara MTB dan RB memang banyak perbezaan dari segi kayuhan serta geometri basikal. Banyak lagi yang perlu diperlajari dan difahami selepas ini.

Berkumpul di Pejabat Post Kuala Kubu Bahru....

Berkayuh bersama Iswardy PKNS, Basri & Nasir @aka Sungai Rider.... 

Bergambar dulu di Empangan Kuala Kubu Bahru....

Nasir @Sungai Rider....

Mengalami kerosakan pada bearing padel....

Sampai di hentian Air Terjun Sg. Mangkok...


Avanti Corsa DR2.....

Sampai di GAP Fraser Hill......


Lepak makan dan minum dulu sebelum turun....

Bergambar kenangan....


Bersedia untuk turun semula ke KKB....

Menuju pulang ke KKB.....

Monday 23 September 2013

Gempak HyperTrax Rampage 2013 - 22 September 2013

Gempak HyperTrax Rampage 2013 telah berlangsung diperkarangan Medan Selera Dengkil dengan penyertaan lebih kurang 700 peserta. Walaupun acara ini pernah ditunda pada awalnya namun sambutan peserta tetap memberangsangkan. Event kali ini telah dianjurkan oleh Kelab Sukan Lasak Hypertrax dengan kerjasama Rezada Flora. Walaupun acara race telah dibatalkan namun acara jamboree tetap menjanjikan wang tunai untuk peserta yang terawal sampai.  

Laluan trek yang disediakan adalah berbentuk santai dan landai serta sedikit pendakian di ladang kelapa sawit diakhir kayuhan. Walaupun landai, tetapi kayuhan dilaluan berpasir memang agak meletihkan namun tetap menyeronokan.....

Distance : 36.7 Kilometers
Moving Time : 1 hour 56 minutes
Stopped Time : Zero
Max Speed : 44.8 Km/h
Moving Avg : 18.3 Km/h



PRCC - Basri,Babat,Mie Cha & Mastana-Sudin,Fairuz

Bermula diperkarangan Medan Selera Dengkil....

Bersiap sedia di bawah khemah...


Kayuhan bermula pada pukul 8.30 pagi....setelah briefing oleh Saudara Anuar Salehan serta bacaan doa...

Laluan road sejauh 7km....


Melalui Taman Wet Land, Dengkil....


Traffic jam.... laluan sempit di atas jambatan kayu....

Jambatan kayu yang agak reput dan usang....

Laluan lurus di kawasan terbuka....

Cuaca agak panas sedikit serta jalan berdebu....

Kawasan berpaya.....

Laluan tarmac sebelum memasuki offroad semula.....

Halangan yang terpaksa ditempuhi....


Memasuki zone pendakian diakhir kayuhan....

Check Point Ke-3 @ terakhir di kawasan ladang kelapa sawit....

Laluan downhill menuju garisan penamat....

Kawasan pasir serta berdebu....

Sampai di finishing line....kawasan semak dibelakang medan selera....

Peserta yang telah menamatkan kayuhan....

Medal yang menarik....


Laluan landai dan sedikit pendakian diakhir kayuhan... 

Jumlah jarak keseluruhan...sejauh 39km.....

Sunday 15 September 2013

ECC Nite Ride Burung Hantu 2013....meredah hujan dalam kegelapan malam.....14 September 2013

Acara yang sememangnya ditunggu-tunggu pada setiap tahun, ECC Nite Ride Burung Hantu  kali ini mengegar lagi. Kali ini bertempat di Stadium Hang Jebat, Melaka seramai lebih kurang 2000 pengayuh tegar mountain bike mencabar diri sendiri untuk berkayuh di dalam kegelapan malam. Acara "flag off" telah dilakukan pada pukul 8.30 malam dengan peserta "race" memulakan kayuhan terlebih dahulu dan diikuti oleh peserta "jamboree" sambil pancaran bunga api  memeriahkan suasana.

Seperti yang diduga, kayuhan pada kali ini pasti lebih mencabar kerana kami telah disambut dengan curahan air hujan apabila kayuhan bermula. Kayuhan didalam keadaan hujan lebat serta kesejukan memang cukup mencabar mental dan fizikal. Ditambah pula dengan pesta lumpur di dalam trek...selut serta lumpur mewarnai setiap baju serta basikal, serta merta warna basikal dan jersey bertukar warna dan bau....lumrah berbasikal pasti ada cabaran serta halangan....

Distance : 47.1 Kilometers
Moving Time : 2 hours 58 minutes
Stopped Time : 21 minutes 50 seconds
Max Speed : 37.8 Km/h
Moving Avg : 15.1 Km/h


Plate Number yang menarik serta kalis air....


PRCC bersama SBOT....bersiap sedia meredah kegelapan malam....

Ceria....


Peserta bersiap sedia di starting point...angin tiba-tiba bertiup kencang, menandakan hujan mahu turun....

Flag Off pada pukul 8.30 malam sambil meredah hujan....

Berjaya sampai di finishing line....

Teruk keadaan basikal.... 

Sekalung medal untuk kenangan....pengubat penat serta letih...


Masing-masing keletihan serta kesejukan.... menikmati burger McD serta Apple Pie dengan nikmatnya....sudah lumrah,jika sudah lapar semuanya pasti sedap....

Banyak pendakian di awal kayuhan.... 

Laluan sejauh 49km dengan pelbagai muka bumi serta suasana yang berbeza dengan sebelumnya....