Sunday 8 December 2013

Cycle for Life 2013 - 8 December 2013

Bertempat di Setia Alam Welcome Center, kayuhan "Cycle for Life 2013" telah diadakan dengan penyertaan lebih kurang 250 orang. Kayuhan sejauh 130km bermula dari Setia Alam Welcom Center menuju ke Kuala Selangor, seterusnya ke Ijok-Fruit Valley Batang Berjuntai, Tasik Puteri, Batu Arang, Puncak Alam, Dragon Back, Jalan Meru dan seterusnya ke Setia Alam. Laluan landai menuju ke Kuala Selangor dan mula mendaki di kawasan Fruit Valley Batang Berjuntai dan landai semula di kawasan Batu Arang menuju ke Puncak Alam dan klimaxnya di laluan Dragon Back yang semestinya cukup memeritkan.


Event road bike yang kedua untuk tahun ini.....

Di starting point sebelum memulakan kayuhan....

Setia Alam Welcome Center....sehari sebelum semasa mengambil goodies bag...

Peserta dilepaskan pada pukul 7.30 pagi....


Medal untuk kenangan setelah letih berkayuh.....

Kayuhan selama 4 jam 14 minit....memang puas...

Laluan : Setia Alam Welcome Center-Kuala Selangor-Ijok-Batang Berjuntai-Bandar Baru Tasik Puteri-Batu Arang-Puncak Alam-Dragon Back-Jalan Meru-Setia Alam

Laluan landai dipermulaan kayuhan dan berbukit diakhir kayuhan....

No comments:

Post a Comment