Thursday 12 December 2013

Kayuhan Reunion PRCC @Puncak Prima - 11 December 2013 (11-12-13)

Sempena cuti umum Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, satu kayuhan "PRCC Reunion Ride" telah diadakan di kawasan berbukit di Prima Beruntung. Kayuhan kali ini telah berjaya menghimpunkan seramai 32 orang pengayuh serta berjaya mengumpulan ahli-ahli lama PRCC yang sudah lama tidak dap[at berkayuh bersama.

Seperti biasa, starting point di Restoran Taqwa Adenium dan kayuhan bermula lewat sedikit pada pukul 9 pagi disebabkan menunggu rakan-rakan yang lain datang kerana ada diantara mereka yang bekerja shift malam.

Distance : 17.3 kilometers
Moving Time : 1 hour 43 minutes
Stopped Time : 1 hour 38 minutes
Max Speed : 44.9 km/hour
Moving Avg : 10.0 km/hour

Berkumpul sambil bergambar sebelum memulakan kayuhan....antara geng basikal yanag ada...PRCC-SBOT-Jiwa Basikal....


Laluan road sejauh 2 kilometer menuju Prima Beruntung....

Along P2....sudah lama menyepi tetapi kini aktif semula....

Laluan offroad...pembuka tirai kayuhan....

Climbing di Bukit Feed-Up....

Laluan berlumpur serta berselut akibat musin hujan ketika ini...

Puncak Bukit Feed-Up....berehat seketika bagi mengumpul tenaga semula...


Climbing lagi....

Berkumpul semula sebelum layan downhill pulak...

Lepas downhill....climbing lagi...


Berkumpul di kawasan Perkampungan Orang Asli Bukit Manchung....

Climbing lagi ke Bukit Roundabout...woow meletihkan...



Puncak pencawang.....


Layan trek ladang getah pulak.... 


Laluan balik semula starting point....

Laluan di hadapan Tesco Distribution Bukit Beruntung.... 

Trek Prima Beruntung memang kawasan berbukit.....climbing pun boleh tahan tinggi jugak...

Laluan hanya sejauh 17km sahaja tetapi cukup meletihkan....

No comments:

Post a Comment