Sunday 12 January 2014

Recce Trek Jiwa Basikal Fun Ride - 12 January 2014

Minggu ini kayuhan recce & marking trek untuk Jiwa Basikal Fun Ride yang akan diadakan pada Ahad minggu hadapan. Acara ini dianjurkan oleh Kedai Jiwa Basikal Bukit Beruntung dengan kerjasama dari SBCC dan PRCC. Jarak kayuhan hanya sejauh 17km sahaja tetapi sudah memadai dengan suasana bukit bukau di kawasan Prima Beruntung. Terdapat banyak pendakian disepanjang laluan dengan downhill yang tentu mengujakan.
Acara kali ini hanya mensasarkan seramai 200 orang pengayuh sahaja dan kebanyakannya dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.


Kedai Jiwa Basikal di kawasan perniagaan Adinium, Bukit Beruntung....

Kayuhan road sejauh 3km menuju Prima Beruntung...

Memasuki laluan offroad....

Bukit 3 Tingkat..... pendakian bermula, namun masih bertenaga diawal kayuhan...


Downhill Bukit 3 Tingkat....laluan licin dan banyak lorong air...agak merbahaya, diharap peserta akan lebih berhati-hati....


Pendakian....

Banyak climbing ni....banyak letih oohh....


Berehat di Puncak Bukit Feed-Up.....mintak nyawa jugak kat sini...

Signage....

Downhill menuju Water Station....


Laluan kebun getah....


Mendaki lagi.....lagi pacak bukit kali ini....cukup meletihkan....

Downhill menuju ke Perkampungan Orang Asli Bukit Manchung....agak merbahaya laluan di sini....banyak lorong-lorong air....

Kawasan perkampungan orang asli....

Pendakian di kebun getah semula....

Mendaki di Bukit Pencawang.......kawasan terbuka dan panas.... selepas ini, downhill yang boleh dilayan jika berani.... 


Terdapat 4 buah bukit... puncak paling tinggi di Bukit Roundabout.....
Bukit Pertama-Bukit Feed-up
Bukit Ke-2 - Bukit Haro
Bukit Ke-3 - Bukit Roundabout
Bukit Ke-4 - Bukit Pencawang...

Jarak trek sejauh 17km sahaja...namum jangan menilai dari jumlah jarak kayuhan..... 

No comments:

Post a Comment