Thursday 27 February 2014

Mengimbau Kenangan d' Thompson Trail......

Kali pertama aku berkayuh di Thompson Trail adalah semasa aku mula berjinak-jinak dengan dunia mountain bike. Keazaman berkobar-kobar apabila mendengar cerita daripada pengayuh-pengayuh yang pernah mengharunginya dengan cerita mengenai pemandangan yang indah di banjaran gunung dalam suasana dingin, downhill yang panjang serta mengujakan, pendakian yang tak sudah-sudah, singletrek hutan yang menarik serta berkayuh di celah-celah pokok teh yang subur memenuhi pergunungan di Cameron Highland. Kemuncak kenikmatan di trail ini adalah menikmati segelas teh panas yang segar dari ladang di puncak Boh Teh.


Kayuhan pertama pada 8 March 2009 bersama geng PKNS telah merealisasikan impan yang selama ini terpendam. Namun kita hanya mampu merancang, hanya tuhan yang menentukannya. Akibat mengalami kesakitan disebabkan penyakit batu karang yang datang menyerang semula walaupun 4 biji "pain killer" telah ku telan pada pagi itu, namun kesakitan tidak dapat ditanggung lagi. Dengan laluan yang telah tersasar dari laluan sebenar sejauh 20km, maka kayuhan tidak dapat diteruskan. Seramai 4 orang termasuk aku, terpaksa berpatah balik dan yang lain meneruskan semula perjalanan.

Misi telah gagal......

Bersama geng PKNS serta "guide" sebagai pemandu arah.....




Laluan telah tersasar.....laluan sebenar sudah menjadi kebun sayur....treklog GPS yang dibawa tidak dapat memberikan lokasi yang sebenar....

Disebabkan perasaan yang membuak-buak untuk berkayuh semula di Thompson Trail, pada 9 July tahun yang sama, satu lagi misi kayuhan telah diatur bersama geng "Rich Team" @ Tanjung Malim Bikerz. Seramai 21 orang pengayuh menyambut cabaran kali ini. Dengan berbekalkan keazaman, kayuhan kali ini berjaya dengan jayanya. Memang cukup teruja dengan keindahan alam serta kedinginan cuaca di sana. Cukup bermakna kayuhan kali ini....

Berjaya menghabiskan kayuhan......di puncak Boh...

Perkampungan Orang Asli Kuala Boh...

Pendakian di kawasan hutan Lembah Bertam....

Letih mendaki.....

Bergambar di ladang teh selepas  hari hujan.....cukup dingin...

Kepuasan yang tak terhingga....

Setelah 2 tahun tidak berkunjung di sini....akhirnya pada 3 July 2011, kayuhan "Thompson Trail 3" atau TT3 oleh geng KayuhBeb telah disertai. Seramai lebih kurang 80 orang menyertai kayuhan pada kali ini. Cukup meriah semasa di dalam trail bersama rakan-rakan pengayuh yang lain.

Wakil PRCC : Wak, Fairuz,Azam, Babat


Persimpangan meja bulat yang menjadi kenangan.....

Tersesat sejauh 4km.....

Bergambar bersama anak-anak orang asli Kampung Post Monson...

Ladang teh....

Menikmati teh panas yang cukup menyegarkan di puncak Boh....

Kayuhan yang seterusnya pada tahun lepas semasa "Thompson Trail Fun Ride 2013". Walaupun laluan kali ini tidak melalui laluan yang sebenarnya, menggunakan laluan downhill road Highway Cameron-Kuala Lipis namun kesengsaraan tetap terasa. Pendakian di Lembah Bertam masih dilalui. Hanya laluan yang berbeza menuju Perkampungan Orang Asli Kampung Post Monson.... 

PRCC berkumpul semula di Thompson Trail.... 

Pendakian yang tak sudah-sudah selepas melayan downhill road Highway Cameron-Kuala Lipis

Macam biasa... bergambar di kebun teh pasti tidak dilepaskan...

 
Nikmat.....secawan teh panas di Puncak Boh....


In sya allah....hujung minggu ini akan berkunjung semula di Thompson Trail.... Thompson Trail 7 @ TT7......bersama Kayuhbeb semula..... Jumpa Disana...

Saturday 22 February 2014

Parit Jawa Mountain Bike Jamboree 2014 - 22 February 2014

Parit Jawa Mountain Bike Jamboree 2nd Edition 2014 merupakan penyertaan kali pertama di Parit Jawa kerana terlepas peluang pada tahun lepas. Bertempat di Pantai Leka, Parit Jawa yang merupakan kawasan kuala dan juga jeti nelayan di sekitar kawasan Batu Pahat. Acara kali ini telah disertai oleh seramai lebih kurang 1000 orang dari sekitar semenanjung termasuk dari Singapore.

Jarak kayuhan sejauh 33km dengan pelbagai bentuk muka bumi memang cukup teruja. Pendakian di ladang kelapa sawit serta kebun getah, singletrek teknikal di celah-celah pokok, downhill teknikal dengan laluan berpasir serta berdebu, drop teres di ladang sawit memang cukup dengan segala rencah untuk para peserta. Water Station yang penuh dengan minum serta pisang dan juga minuman isotonik juga disediakan untuk peserta dalam keadaan cuaca yang panas ketika ini. Marshall juga ramai di dalam trek terutama di laluan yang merbahaya. Tanda arah yang jelas serta cerbisan kertas disepanjang trek memang sukar untuk peserta tersasar dari laluan yang sebenar.

Tahniah kepada TRR atas pengajuran yang mantap pada kali ini.....kalendar tahun hadapan pasti akan ditanda untuk event ini....
 
Distance : 33. Kilometers
Moving Time : 2 hours 18 minutes
Stopped Time : Zero
Max Speed : 37.2 km/hour
Moving Avg : 14.4 km/hour

HR Avg : 164
HR Peak : 180
Energy : 2341 kcal
TE : 5.0

Plate Number dari jenis plastik canvas memang sesuai dan tahan lasak....

Di garisan permulaan....

Bersama Along P2 pada kali ini...

Peserta bersiap sedia garisan permulaan...

Peserta dilepaskan pada pukul 8.30 pagi...

Laluan road sejauh 6.5km.... di sekitar Parit Jawa...




Laluan offroad bermula....

Halangan....parit dihadapan....

Pendakian di laluan ladang kelapa sawit....


Laluan berpasir serta berdebu....

Check Point 1....


Pendakian lagi...


Pendakian di ladang sawit lagi....


Check Point seterusnya.....air mineral serta isotonik...

Climbing di kawasan terbuka....

Woow.... tinggi jugak bukit nie....ada pondok kat atas bukit ini...


Climbing lagi....


Laluan di kebun buah-buahan...redup serta berkanopi....

Menuju finishing line....

Selamat sampai....


Puncak paling tinggi di kilometer 18.86 setinggi 286.6ft....

Jarak kayuhan sejauh 33km....