Saturday 12 July 2014

Nite Ride @KDCF - 11 July 2014

Minggu ini kayuh nite ride di Kota Damansara Community Forest (KDCF) serta Denai Harmoni. Laluan singletrek teknikal yang mencabar terutama dalam suasana malam yang gelap. Seramai 16 pengayuh menyertainya dan kayuhan bermula pada pukul 11 malam.

Bermula di Restoren Subaidah Kota Damansara menuju Denai Harmoni sambil melayan singletrek sepanjang 1.6km. Walaupun pendek, namun cukup untuk bermandi peluh didingin hari. Selepas selesai meredah kegelapan malam di trek Denai Harmoni, kemudian berkayuh menuju KDCF. Laluan teknikal yang amat menyeronokan sambil menikmat suasana malam yang dingin.


Bergambar beramai-ramai sebelum memasuki trek Denai Harmoni...


Sekejap kayuh...sekejap tolak... sambil lampu menyuluh laluan trek....

Berehat di penghujung trek....mandi peluh.. 


Selesai melayan trek Denai Harmoni.... nak layan KDCF pulak....


Huhuhu.....habis air sebotol.....dahaga sangat...


Sampai di KDCF.....

Woow....banyak syok....kayuh celah-celah pokok....awas tunggul dan akar kayu....jika tersilap langkah...tergolek lah nampaknya...

Nasir mengalami kekejangan otot....dah macam "pole dance" pulak....

Selesai melayan trek KDCF.....cukup lah sekali round jea.... itu pun dah mencurah-curah peluh keluar....


Macam biasa....lepas kayuh, layan sahur dulu kat Restoren Subaidah....

No comments:

Post a Comment