Tuesday 29 December 2015

Jamboree disepanjang tahun 2015 dalam kenangan......

Rasanya tahun ini paling banyak masuk event berbanding tahun sebelumnya. Tahun ini juga pertama kali memasuki acara larian dan tahun ini juga pertama kali memasuki acara duathlon di Port Dickson. Dan tahun ini juga, pertama kali berkayuh di Pulau Batam, Indonesia jika dahulunya hanya ke Hatyai, Thailand. Rasanya tahun depan nak slow sikit lah masuk event, nak pilih event yang hanya terbaik sahaja. Event semakin tahun semakin banyak, namum kali ini kualiti event akan dipertimbangkan semasa ingin mendaftar.

Tahun depan juga terdapat "perancangan besar" yang ingin disertai dan memerlukan kos kewangan yang tinggi serta masa. Oleh itu, perancangan perbelanjaan kena diuruskan secara berhemah. Semoga apa yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar dan sempurna serta hasrat untuk kesana akan tercapai.


Batam Outer Ring 3rd Edition (BOR3) 2015
11 January 2015
Event pertama di luar negara pada tahun ini. Pembuka tirai kayuhan dengan laluan yang menguji ketahanan mental dan fizikal peserta. Kayuhan epic mengelilingi Pulau Batam sambil melihat kehidupan masyarakat di sana....

Kayuhan Malaysia Shah Alam 2015
31 January 2015
Kayuhan santai di sekitar Bandaraya Shah Alam serta menuju ke Kota Kemuning. Kayuhan pemanas badan sebelum Rembau Century Ride.

International Ghombau Century Ride 2015
1 February 2015
Event century ride yang pertama pada tahun ini. Kayuhan yang mencabar terutama pendakian di Bukit Putus serta tiupan angin yang kencang semasa kayuhan terutama di kawasan Tampin.


AmBank Kuala Lumpur Run 2015
8 February 2015
Acara larian yang pertama kali disertai dan bermula di Padang Merbok Kuala Lumpur. Berlari disekitar Bukit Kiara-Bukit Tunku-Tasik Perdana.

Road To Fraser's Hill 2015
19 February 2015
Kayuhan road dari Kuala Kubu Bahru sehingga ke puncak Fraser Hill....suasana nyaman serta menyegarkan...

Cyclomotion KTM X-Treme Jamboree @Kota Warisan 2015
8 March 2015
Jamboree yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh setiap pengayuh. Laluan trek yang mencabar serta menyeronokan...

Kedah Century Ride Festival 2015
28 March 2015
Kayuhan century ride dalam keadaan panas serta angin bertiup kencang dan pertama kali marshall @polis traffic tersalah jalan memyebabkan rider terpaksa berpatah balik...

Shah Alam Enduride 2015
5 April 2015
Kayuhan yang menguji mental dan fizikal serta pendakian di "Dragon Back" dan "Cahaya SPK" memang Kaw-Kaw....


Kolej Komuniti Hulu Selangor Jamboree 2015
12 April 2015
Trail yang mencabar mental dan fizikal di kawasan Ulu Kalong, Batang Kali serta penganjuran yang teratur dan terbaik....

Batu Arang Heritage Jamboree 2015
19 April 2015
Trek yang banyak pendakian di kawasan terbuka namun menyeronokan serta pengurusan acara yang lancar dan terbaik....

Janamanjung Fellowship Ride 2015
26 April 2015
Kayuhan santai secara berkumpulan sejauh 130km...event yang terbaik dan memang terbaik sejak dari dahulu lagi....syabas TNB

Century Ride de Kelantan 2015
2 May 2015
Kayuhan century ride yang ketiga untuk tahun ini dan yang pertama kali di Kelantan. Teruja dengan suasana serta pemandangan di bumi Kelantan....

Twitter Sutama Cyclo MTB Jamboree 2015
17 May 2015
Kayuhan yang mencabar terutama pendakian di Bukit Babi dan bermandikan hujan di kilometer yang terakhir....

Klang Premiere Century Ride 2015
24 May 2015
Kayuhan landai serta kurang pendakian menuju ke Pantai Morib dan seterusnya ke Pulau Carey akhirnya ke Bukit Tinggi semula...laluan trek yang sama seperti tahun sebelumnya...

Perak Century Ride 2015
31 May 2015
Kayuhan century ride yang pertama di negeri Perak. Laluan sukar serta banyak pendakian terutama di Kuala Kangsar menuju ke Sungai Siput.

Kuantan Century Ride 2015
6 June 2015
Penyertaan kali kedua pada tahun ini dengan laluan yang berbeza. Pendakian di awal kayuhan di kawasan Jabor serta landai sehingga ke garisan penamat namun kesihatan yang kurang mengizinkan menyebabkan kayuhan pada kali ini agak sukar...

Port Dickson International Duathlon 2015
2 August 2015
Penyertaan pertama kali acara duathlon...pengalaman pertama menjadi pembakar semangat untuk melangkah setapak lagi ke hadapan....lain kali boleh cuba lagi..

Campaign For A Lane 7th Edition 2015
9 August 2015
Seperti biasa, kayuhan menggelilingi Pulau Mutiara...kayuhan santai serta solo...cuaca cerah pada kali ini dan jarak kayuhan berkurangan disebabkan oleh pembinaan jalan di Bayan Lepas...

#Run With Us 2015
16 August 2015
Larian kali pertama di Putrajaya. Bermula di Dataran Putrajaya Presint 3 sejauh 12km dengan mengelilingi sekitar Putrajaya....

Halal Fun Ride 2015
22 August 2015
Kayuhan fun ride anjuran Jakim sempena pelancaran kempen "Yakini Halal Malaysia" diperkarangan Masjid Tunaku Mizan Zainal Abidin....


Semenyih MTB Jamboree 2015
23 August 2015
Kayuhan mencabar di kawasan berbukit dengan pendakian yang panjang serta meletihkan. Berlaku banyak kemalangan semasa menuruni kawasan berbukit serta pengurusan acara yang agak lemah.

Perlis International Century Ride 2015
29 August 2015
Event tanpa plate number. Laluan mengelilingi negeri Perlis dengan laluan memeritkan terutama di Simpang Empat dengan keadaan jalan yang rosak akibat dilalui oleh mesin menuai padi menyebabkan gegaran rasai sehingga seluruh badan bergegar....

Larian Hari Malaysia 2015
5 September 2015
Larian sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-58 disekitar Putrajaya dan merupakan larian yang kedua tahun ini di Putrajaya.

Malaysia Day Ride 2015
11 September 2015
Kayuhan di waktu malam disekitar bandaraya Kuala Lumpur dengan tapak acara di Dataran Merdeka yang dihiasi dengan pelbagai acara hiburan dan tarian. 

Aseans Riders Night Run 2015
12 September 2015
Pertama kali berlari di waktu malam. Rasa teruja disebabkan berbeza dengan larian diwaktu siang...meriah dengan lampu walaupun jerebu agak teruk semasa ini.....

Plentong International Epic Ride 2015
3 October 2015
Penyertaan kali ke-4 dan pertama kali tidak berjaya menghabiskannya.....diharapkan kekecewaan ini akan ditebus pada epic ride yang akan datang.....

Kayuhan Hari Sukan Negara 2015
10 October 2015
Kayuhan sempena sambutan Hari Sukan Negara di Putrajaya dan kayuhan sejauh 120km mengelilingi sekitar Putrajaya, Dengkil, Banting dan Sepang.

PCC Maxxis Presidential Ride 2015
18 October 2015
Antara kayuhan paling mencabar mental dan fizikal pada tahun ini. "Mother of Bitch Hill" pasti akan diingati sebagai bukit menolak basikal dengan keadaan bukit yang curam serta licin disebabkan berpasir. 

Melaka Century Ride 2015
25 October 2015
Laluan yang banyak pendakian berbukit di kawasan Bukit Langsat serta Nyalas.....kawalan trafik yang terbaik serta kepuasan terasa semasa sampai di garisan penamat....

Puma Night Run Malaysia 2015
31 October 2015
Larian di dalam hujan lebat berserta dengan dentuman guruh serta kilat semasa larian. Acara larian terpaksa dibatalkan namun tetap berlari sehingga ke garisan penamat...

Sementa Fun Ride 2015
1 November 2015
Kayuhan di laluan berlumpur serta berselut. Tayar menjadi donut dan tidak boleh berpusing. Santai serta landai dari permulaan sehingga ke penamat.


Asean Cycle Fest 2015
8 November 2015
Kayuhan sejauh 42km disekitar KL dengan jarak 8.4km setiap pusingan. Laluan landai tanpa pendakian...

IOI Properties M6 MTB Rapidino Challenge 2015
15 November 2015
Kayuhan di Bukit Mahkota Bangi dengan trail yang menarik serta sesuai untuk semua peserta. Tidak terlalu sukar dan juga tidak terlalu mudah....

Penang Bridge International Marathon 2015
22 November 2015
Larian yang sememangnya sudah lama diimpikan dan akhirnya terlaksana juga. Memang terbaik....


King Of Mountain Cameron Highland 2015
5 December 2015
Kayuhan mendaki dari Simpang Pulai Ipoh ke Blue Valley Cameron Highland....cukup teruja dengan kayuhan terutama semasa turun dari puncak....berjaya mencipta rekod baru kelajuan turun iaitu 75.4km/j.....

New Balance Home Run 2015
5 December 2015
Night run yang kedua di Setia Alam....keletihan selepas berkayuh ke Cameron Highland pada sebelah siangnya.....


Sentosa Ride 2015
6 December 2015
Kayuhan dalam keadaan trek yang berlumpur dan berselut. Keletihan disebabkan berkayuh serta berlari pada hari sebelumnya....keletihan di tahap maksimum....

Mizuno Wave Run 2015
13 December 2015
Larian yang telah ditunda ke bulan December akibat masalah jerebu yang melanda negara pada bulan lalu...route larian yang baru dan bermula di Pusat Rekreasi Air Persint 6.....



Analisis Event :

MTB Jamboree             : 14 Acara
Road Bike Jamboree    : 14 Acara         (Kayuhan Century Ride : 8 Acara)
Duathlon                      : 1 Acara  
Running @Marathon   : 8 Acara

Lokasi Event :

1. Selangor : 12
2. Kuala Lumpur : 2
3. Melaka : 1
4. Johor : 1
5. Perak :3
6. Penang : 1
7. Pahang : 1
8. Negeri Sembilan : 2
9. Kedah : 1
10. Kelantan : 1
11. Perlis : 1
12. Putrajaya : 2
13. Indonesia - 1

Antara event yang telah mendaftar tetapi tidak dapat menyertainya:

1. Parit Jawa Jamboree 3rd Edition 2015 - 14 February 2015 - Demam Teruk
2. King Of TBNSA Jamboree 2015 - 10 May 2015 - Join Kayuhan Amal Jiwa Basikal
3. Selangor MTB JAmboree 2015 - 29 November 2015 - Mood Tak Ada & Moral Down....
4. Kerian International Duathlon 2015 - 13 December 2015 - Join Mizuno Wave Run 2015

Berjumpa di tahun hadapan & Selamat Menyambut tahun 2016..........

Thursday 24 December 2015

Maulidurasul Ride @Bukit Malawati - 24 December 2015

Sempena cuti umum Maulidurasul, satu kayuh road ke Bukit Malawati Kuala Selangor telah diatur bersama geng Prima. Bermula di kedai mamak berhadapan dengan Tesco Rawang, kayuhan bermula pada pukul 8.40pagi. Hanya berempat sahaja pada kali ini; Babat-Afitz-Basri-Wak....

Kayuhan berbentuk santai dan enjoy....kayuhan kali ini merupakan persediaan untuk Audax 200km pada minggu hadapan....

Di puncak Bukit Malawati Kuala Selangor....

Kayuhan di Latar Highway.... lenggang di awal pagi.....

Laluan tidak begitu sibuk...mungkin masih awal pagi...


Highway PLUS menghala utara sesak dengan kenderaan.....ramai yang bercuti dan balik kampung sempena cuti panjang....


Santai jea....

Sampai di penghujung highway Latar....

Basri....mencuba roadbike Bianchi Intenso...


Melalui jalan alternatif menuju ke Kuala Selangor....


Speed maintain 30~33km/j....

Sampai di puncak Bukit Malawati dengan jarak 56km....

Pemandangan ke arah laut Selat Melaka....

Ramai orang di puncak....mengambil kesempatan cuti umum hari ini....

Trem untuk orang ramai naik ke puncak bukit....

Layan cendol dulu....memang terbaik.....


Bergambar dulu....

3RB + 1MTB

Posing dulu sebelum turun....

Basri bergambar dulu dengan penghuni puncak bukit....

Meriah....

Berhenti rehat di gerai makan Cendol Bakar Assam Jawa.....

Layan Coconut Shake, lempeng pisang dan ayam crispy.....enak...

Menuju pulang....

Cuaca mendung....hari macam nak hujan....

Saing......Afitz dan Basri....

Jarak kayuhan sejauh 105km....

Kayuhan bagi persiapan untuk Audax 200km pada minggu hadapan.....