Saturday 21 February 2015

Singletrail SBOT...laluan teknikal menguji kemahiran - 21 February 2015

Kayuhan di single trail Sungai Buloh Old Town (SBOT) pada minggu ini. Singletrek sejauh lebih kurang 6.7km dengan laluan teknikal dicelah-celah pokok serta di atas akar kayu sambil mendaki dan seterusnya downhill yang sememangnya....layan.... Downhill switchback yang pastinya menguji kemahiran serta keberanian untuk menuruninya serta kayuhan ditepi tebing tinggi dan halangan pokok kayu yang tumbang. Terdapat 2 hentian rehat dilaluan ini bagi meredakan degupan jantung yang kencang mengepam serta keringat yang membasahi tubuh dan membasahi tekak yang kekeringan.


Ceria walaupun pun penat....

Kayuhan mendaki sebelum memasuki singletrek SBOT....




Pemandangan dari puncak....kelihatan Hospital Sungai Buloh....

Panas mentari pagi....

Laluan pintu masuk ke singletrek SBOT......


Ambil nafas dulu.....

Hentian rehat.....

Halangan pokok tumbang....

Kudrat sudah habis diperah.....tolak basikal laa pulak....

Fuuuuhhhh.....letih jugak nie.....

Woow.....nak kena climbing nie....

Habuan selepas kayuh.....memang cukup menyegarkan....

No comments:

Post a Comment