Saturday 18 April 2015

Pergi Tak Kembali .....@Prima Hill Fellowship Nite Ride - 17 April 2015

Kayuhan malam Prima Hill telah dirancang lebih sebulan yang lalu dengan mempelawa rakan-rakan kayuhan di sekitar Bukit Beruntung. Kayuhan Nite Ride Prima Hill sememangnya telah menjadi agenda tahunan geng Prima setiap kali bulan Ramadhan. Namun kali ini, ramai rakan teruja untuk berkayuh malam disebabkan ingin menikmati suasana malam di atas bukit sambil melayan pemandangan di sekitar Bukit Beruntung.

Antara rakan-rakan kayuhan yang menyertainya kali ini dari JiwaBasikal, Sentosa Cycling Team (SCT), Sungai Buloh Old Town (SBOT) serta individu yang berminat.

Namun sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku dimana salah seorang rider dari Antara Gapi telah pengsan semasa kayuhan dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Sungai Buloh lebih kurang jam 1.30pagi. Suasana pilu menyelubungi kami semasa berkayuh keluar menuju ke Kedai JiwaBasikal dan beberapa rakan yang lain bergegas menuju ke hospital. Pengurusan jenazah telah dilakukan dengan proses post mortem dilakukan disebelah pagi bagi mengetahui punca kematian dan jenazah telah disembahyangkan di surau Taman Tamu Hill dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam di Ligamas. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman....amin...al-fatihah... 


Berkumpulan di Kedai JiwaBasikal....

Bersiap sedia sebelum memulakan kayuhan....

Tak menjangkakan ramai rider yang hadir pada malam nie...

Briefing tentang laluan oleh saudara Basri....

Lebih kurang 40 pengayuh pada malam ini.... 


Bergerak menuju ke Prima Beruntung....


Sampai di Post Kawalan Prima Beruntung....sebelum memasuki laluan offroad....


Laluan menarik di kawasan berbukit Prima Hill...keadaan gelap pada malam ini tanpa bulan...

Berhenti berehat di Perkampungan Orang Asli Bukit Manchong.... kumpulan rider berpecah kerana terdapat rakan-rakan yang tidak mahu meneruskan kayuhan.....

Arwah sedang duduk semasa berehat di perkampung orang asli.....berbaju hijau "Columbia"....kayuhan dibatalkan setelah arwah diusung keluar dari kawasan berbukit dan dihantar dengan kenderaan 4x4 ke Hospital Sg. Buloh....

Makan selepas kayuhan sambil menerima berita yang menyedihkan....

Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Ligamas selepas solat Zohor....


Ramai rakan kayuhan yang hadir untuk memberikan penghormatan yang terakhir....

Semoga arwah berbahagia disana dan tergolong dalam golongan orang beriman....amin...al-fatihah...

"Dari Dia Kita Datang Kepada Dia Kita Kembali"....

No comments:

Post a Comment