Saturday 9 May 2015

Lesgone Feed The Homeless - 8 May 2015

Bulan ini berpeluang menyertai kayuhan malam "Lesgone Feed The Homeless" setelah tidak berkesempatan pada bulan lepas. Seperti biasa berkumpul di Station LRT Ampang Park pada pukul 10 malam dan memulakan kayuhan pada pukul 11 malam setelah selesai membungkus bekalan yang akan diedarkan. Kali ini tidak ramai seperti biasa namun tetap meriah dengan kehadiran 40 orang peserta sukarela dari pelbagai bangsa dan peringkat umur.

Berpecah kepada dua kumpulan dan kemudian bergerak menuju ke Selangor Mansion dan seterusnya ke Masjid Negara, Bangkok Bank serta Segi Colleges di Jalan Lebuh Ampang.


Bersama wife lagi kali ini.....

Bersama-sama membungkuskan bekalan keperluan yang akan diedarkan.....sebanyak 144 bungkusan bekalan disediakan pada setiap bulan....

Pelbagai bangsa dari peringkat umur menyertai dengan sukarela....

Rakan-rakan kayuhan pada malam ini....

Briefing dari pihak penganjur....seperti biasa diingatkan tentang adab-adab semasa menjalankan aktiviti supaya peserta lebih peka dan sensitif dengan golongan gelandangan ini....faktor keselamatan juga diambil kira supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini...  

Kayuhan bermula pada pukul 11 malam dengan dibahagikan kepada dua kumpulan....

Sampai di Selangor Mansion....edaran bekalan dilakukan namun tidak ramai golongan gelandangan di kawasan ini pada malam ini....

Salah satu kemudahan untuk kenderaan berkuasa electrik yang disediakan oleh pihak DBKL....

Sampai diperkarangan Masjid Negara.....pun tidak ramai golongan ini di kawasan ini...

Berpeluang untuk berbual dengan salah seorang gelandangan...bercerita tentang nasib dan pengalaman beliau yang telah 9 tahun hidup tanpa rumah dan berasal dari Sabah....

Berkumpul semula di Maybank Bus Stand Klang sambil menunggu support car....

Bergerak ke Bangkok Bank Central Market....

Ramai golongan gelandangan berada di kawasan ini....


Support car telah sampai....bekalan tambahan telah diedarkan.....




Bergerak ke Segi Collage.....



Golongan gelandangan yang terdiri dari pelbagai bangsa berteduh di sini dikala bulan menyinari malam...

Ucapan penutup dari penganjur serta bersurai di sini.....

Menuju pulang ke parking kereta......tidak dapat bergambar di KLCC disebabkan lampu telah ditutup pada pukul 12.30 tengah malam...mungkin disebabkan faktor kos penjimatan....


Hanya bangunan Public Bank yang masih menyinari malam....

Jalan raya masih sibuk dengan kenderaan seperti tiada malam di bandaraya Kuala Lumpur ini....pekerja pembinaan di sekitar KLCC juga masih bertungkus lumus bekerja walaupun sudah menjelang pagi dan suasana masih sibuk dengan lori simen serta crane yang masih aktif bekerja seperti "tiada hari untuk esok"......   

No comments:

Post a Comment