Sunday 31 May 2015

Perak Century Ride 2015 - 31 May 2015

Perak Century Ride 2015 merupakan acara century ride yang pertama di negeri Perak. Jika sebelum ini Janamanjung Fellowship Ride sememangnya sudah sinonim dengan pengayuh basikal, namum kali ini acara ini akan dijadikan acara tahun bagi negeri Perak. Seramai lebih kurang 1900 orang menyertainya pada kali ini. Laluan yang disediakan memang mencabar mental dan fizikal terutama pendakian di Kuala Kangsar menuju ke Sungai Siput.

Laluan bermula di Casuarina Hotel@Meru-Chemor-Tanah Hitam-Simpang Jalong-Pekan Lintang-Felda Lasah-Trosor-Suak Ponggor-Kg Jawang-Simpang Karai-Kota Lama Kanan-Sayong-Menora-Senggang-Bekor-Tg. Belanja-Parit-Siputeh (Highway Lumut-Ipoh)-Menglembu-Jelapang dan kembali semula ke Casuarina Hotel. Jarak keseluruhan lebih kurang 166km yang penuh dengan pendakian (lebih kurang 60%) di kawasan Jalong, Kampung Bekor, Kampung Senggang dan Jelapang.


Acara century ride yang pertama di Negeri Perak....

Flag off di perkarangan Hotel Casuarina, Meru....kawasan yang agak tenang dan jauh dari kesibukan bandaraya Ipoh....


Bersama Fairuz kali ini....

Lebih kurang 1900 orang telah bersedia digarisan permulaan....ada yang telah berkumpul seawal jam 6 pagi...


Flag off tepat pada pukul 7 pagi....

Credit to Cycling Malaysia....



Sampai di garisan penamat sebelum hujan turun dengan lebatnya....

Bergambar kenangan sebelum berkayuh ke hotel untuk mandi dan bersiap-siap untuk lunch dan check-out....

Ramai peserta telah tiba dan cuaca semakin gelap, menandakan hujan akan turun....

Alhamdullilah...berjaya menghabiskan kayuhan kali ini walaupun banyak pendakian yang meletihkan....

Koleksi medal century ride yang seterusnya pada tahun ini....

Laluan yang paling mencabar di KM100 sehingga KM120 dengan laluan penuh dengan pendakian yang memenatkan.....

No comments:

Post a Comment