Sunday 26 July 2015

Tour de @Janda Baik - 26 July 2015

Hujung minggu cuti hari raya digunakan untuk berkayuh dari Hospital Orang Asli Gombak ke Janda Baik. Ini merupakan pertama kali berkayuh ke Genting Sempah pada waktu siang, jika sebelum ini berkayuh di waktu malam semasa bulan Ramadhan. Ramai rakan-rakan yang berkayuh pada pagi ini, meriah disepanjang laluan. Pelbagai basikal ada termasuklah touring dengan folding bike.

Kayuhan bermula pada pukul 8.45pagi dengan kayuhan santai menuju ke Genting Sempah. Berhenti seketika di Genting Sempah sebelum meneruskan semula kayuhan ke Janda Baik. Kayuhan menuruni bukit semasa permulaan kayuhan menuju Janda Baik dan seterusnya pendakian semasa simpang antara Janda Baik ke Bentong. Niat di hati ingin makan lempeng di sana tetapi tidak kesampaian apabila kedai masih tutup sempena cuti raya.


Pertama kali berkayuh disiang hari ke Genting Sempah....

Abun-Pak Syeikh JiwaBasikal-Iskandar-Aniq Giant-Anas-Pak Enal....

Kayuhan bermula....pendakian ke Genting Sempah tidak seteruk Fraser Hill....

Cuaca redup serta berangin....

Layan....

Ber"selfie" semasa berkayuh....

Pemandangan highway Karak...

Sampai di Genting Sempah....

Ramai rakan-rakan basikal yang sudah sampai.... suasana meriah...

Basri & Abun.....mtb sahaja...katanya tunggu project 2016....in sya allah, keluar sebijik RB....

Kalau dah sampai di GS... tak sah kalau tak bergambar di sini...

Laluan menuju ke Janda Baik....

Sampai di perkarangan Masjid Sultan Abu Bakar...berhampiran dengan kawasan perkelahan....

Makan tengahari...selepas gerai lempeng tutup....

Sedap jugak makanan tengahari di sini.....sedap dan murah....tauke pun peramah....

Perrrgghhh.....bantai makan durian pulak, Pak Syeikh, Pak Enal dengan Anas....aku ambik bau jea...takut berangin satu badan nanti...kayuhan masih ada separuh lagi....

Sambil menunggu dia orang habis makan durian...bergambar dengan Aniq dulu....

Sampai semula di kawasan Genting Sempah....lepas nie pendakian tarmac pacak sebelum layan downhill sehingga ke Hospital Orang Asli....

Relax dulu....

Jarak kayuhan sejauh 60km.....


Friday 24 July 2015

Tour de Gapi-Tanjung Malim - 24 July 2015

Cuti sempena hari raya digunakan sepenuhnya dengan kayuhan berbasikal. Kali ini ber"roadbike" dari Antara Gapi ke Tanjung Malim. Kayuhan di petang hari dengan cuaca sebelumnya panas dan terik namun bertukar ke mendung apabila menghampiri kawasan Kelumpang. Cuaca gelap seperti hujan mahu turun. Basah dengan percikan air di atas jalan raya ketika sampai di Tanjung Malim.

Check pint sebelum u-turn di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), dalam keadaan hujan renyai-renyai. Singgah makan di kedai Pau "Yik Mun" sebelum kayuhan pulang. Namun cuaca sudah hampir gelap dan agak merbahaya disebabkan laluan tanpa lampu jalan raya. Terpaksa meminta bantu dari Abun untuk menjadi marshal bermotorsikal bagi memastikan keselamatan semasa kayuhan pulang. Laluan sememangnya gelap dan hanya Iskandar dan Basri sahaja yang membawa lampu hadapan.

Pada awal perancangan, kayuhan akan tamat sebelum waktu maghrib tetapi disebabkan cuaca hujan menyebabkan kayuhan menjadi perlahan dan sedikit berhati-hati. Namun, alhamdullilah semuanya selamat tiba di Antara Gapi pada pukul 8.20 malam.

Jarak kayuhan pergi dan balik sejauh 75km sahaja.....


Bergambar di persimpangan Kuala Kubu Bahru....

Basri & Iskandar....

Ber "selfie" dulu......
Bianchi Vs KHS Vs Avanti & Lappiere (MTB)....

Control Speed....30-32km/h....





Hampir sampai di Tanjung Malim.....jalan basah akibat hujan lebat yang turun....

Pintu masuk utama UPSI.....




Posing dulu.....

Berhenti rehat di kedai Pau Yik Mun.... jangan risau, dijamin Halal.....


Kayuhan pulang....hari semakin gelap....

Terima Kasih kepada Abun yang menjadi marshall kali ini.....

Jarak pergi balik sejauh 75km sahaja.... perancangan akan datang, akan berkayuh dari Antara Gapi ke Ipoh...

Thursday 23 July 2015

Kayuhan Santai Syawal @KKB-GAP Fraser Hill - 23 July 2015

Kayuhan pemanas badan selepas satu bulan berehat di bulan Ramadhan. Kayuhan ke Gap Fraser Hill bermula di Pejabat Post Kuala Kubu Bahru. Seramai 4 orang menyahut cabaran kali ini, yang lain masih bercuti dan ada juga yang sudah mula bekerja.

Bergerak agak lewat pada pukul 9.15pagi dan dipertengahan jalan bertemu dengan Tokji (otai Bukit Fraser).....

Bertemu dengan Tokji di Empangan Kuala Kubu Bahru...



Iswardy PKNS pun join sekali....


Kayuhan santai....laluan lenggang tanpa banyak kenderaan.....

Santai....



Kawasan rehat Sungai Semangkuk....

Photographer.... mengambil gambar burung....




Sembilan kilo lagi....