Sunday 9 August 2015

Campaign For A Lane 7th Edition 2015 - 9 August 2015

Penyertaan kali kelima di dalam Campaign For A Lane 7th Edition 2015 pada tahun ini semenjak tahun 2011. Seperti biasa bermula di Padang Kota Lama @Esplanade pada pukul 7pagi dan menggelilingi Pulau Pinang sejauh 76km. Tahun ini ada sedikit perubahan pada laluan di kawasan Bayan Lepas sehingga AirPort Penang disebabkan terdapat pembinaan jalan menuju ke Jambatan Kedua Pulau Pinang dan seterusnya sama seperti laluan asal sehingga ke penghujung kayuhan. Disebabkan lencongan tersebut, jarak kayuhan pada tahun ini berkurangan sebanyak 13km jika dibandingkan pada tahun lalu.

Penyertaan pada tahun ini mencecah lebih kurang 3400 orang yang terdiri dari pelbagai negeri termasuk peserta dari luar negara. Ini tidak termasuk "ghost rider" yang tidak berdaftar. Namun yang penting matlamat kayuhan untuk kesihatan dan persahabatan. Terdapat perubahan lokasi water station pada tahun ini, jika sebelum ini di tepi jalan utama tetapi pada kali ini berada jauh dari jalan utama bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.


Penyertaan kali ke-5 pada tahun ini....

Solo rider pada kali ini....tidak seperti tahun lepas bersama JiwaBasikal.....

Peserta mula berkumpul di Padang Kota Lama....


Kayuhan bermula pada pukul 7 pagi.....


Pendakian di Kampung Sungai Ara....

Berhenti dulu untuk mengambil gambar....


Pendakian menuju ke Air Terjun Titi Kerawang.....

Ramai rider berhenti di sini untuk membeli air sambil makan buah....

Sungai Titi Kerawang.....

Sampai di puncak tertinggi Teluk Bahang....sebelum layan downhill sehingga ke Empangan Teluk Bahang....



Empangan Teluk Bahang....

Layan downhill..... 

Selfie dulu....maklumlah solo rider...tak ada geng nak ambilkan gambar....


Sampai di garisan penamat pada pukul 10pagi....

Minum secawan redbull dulu....pemberi tenaga...


Beratur untuk mengambil medal.....

Bergambar kenangan dahulu....


Koleksi medal kelima sebagai kenangan.....

Jarak kayuhan sejauh 76km sahaja....


No comments:

Post a Comment