Sunday 16 August 2015

Kayuhan Mencari Keinsafan - 15 August 2015

"Kayuhan Mencari Keinsafan" sememangnya menginsafkan apabila tersesat selama 3 jam di dalam ladang kelapa sawit sehingga berjaya keluar pada pukul 3.30 petang dalam keadaan lapar dan kehabisan air minuman. Kayuhan kali ini sebenarnya dirancang berbentuk santai dan relax namun bertukar sebaliknya.

Awal-awal kayuhan pun dah lanyak bukit yang baru ditarah oleh bulldozer....punya lah tinggi bukit ini sampai mengah dibuatnya. Downhill pun mencabar mental apabila terpaksa meniti di atas pokok kelapa sawit yang tumbang. Boleh tahan tinggi jugak titi ni, kalau jatuh memang ke hospital lah nampaknya.

Kayuhan pulang menuju ke kawasan Perumahan Telipot, namun tersesat jalan menyebabkan terperangkap di dalam kawasan kelapa sawit selama 3 jam. Terpaksa meredah hutan belukar serta anak sungai dalam keadaan keletihan sehingga jumpa jalan keluar.


Kayuhan meraikan saudara Azam yang akan berangkat menunaikan fardhu Haji pada hari Selasa ini (18-08-2015)....

Laluan road sejauh 2km sebelum memasuki laluan offroad....

Climbing tak ingat.....laluan berselut serta berlumpur....

Rasanya ada 4 climbing pacak kat laluan ini....

Mintak nyawa.......fuuhhhhh...tinggi juga bukit nie...

Sayup mata memandang....

Downhill curam serta merbahaya.....

Lepak rehat dulu....keletihan....

Hanya yang berani jea yang mampu turun dilaluan ini.....

Bergaya dulu....

Dekat bawah lagi azab......ingatkan dah ok, tapi lagi teruk...

Titian usang.....pokok kelapa sawit yang tumbang.....

Bergilir-gilir meniti di atas pokok tumbang....boleh tahan tinggi.....

Gaya Apiz merangkak di atas titi menjadi bahan jenaka rakan-rakan....rupanya gayat...

Climbing lagi.....tolak basikal....

Sampai di restoran Batu 30 Ulu Yam.....makan dulu....

Laluan pulang...di kawasan kilang batu-bata.....panas terik dan berdebu....


Kawasan penanaman rumput....dah lama tak berkayuh di kawasan ini....



Laluan menarik di ladang getah....


Layan downhill.....menarik pemandangan di kawasan ini.....

Pikul basikal.....

Tersesat.....terpaksa buat denai sendiri.....

Meredah belukar dan semak-samun.....anak sungai dihadapan....

Bantu membantu sesama rakan....

Akhirnya berjaya keluar pada pukul 3.30 petang.....

Nasir....sampai tertidor di atas pokok......

No comments:

Post a Comment