Sunday 27 September 2015

Mizuno Wave Run 2015....Postponed....

Larian "Mizuno Wave Run 2015" yang sepatutnya berlangsung pada hari ini terpaksa ditunda ke tarikh yang belum ditetapkan disebabkan keadaan jerebu yang teruk melanda di sekitar Putrajaya. Walaupun telah sampai awal di Putrajaya dan bermalam disana, namum terpaksa akur dengan keputusan yang diambil oleh pihak penganjur. Sempat berkunjung di Dataran Putrajaya pada malamnya dan dapat melihat khemah serta peralatan telah diletakkan disana.

Suasana malam di Dataran Putrajaya masih tetap meriah walaupun keadaan jerebu berada di paras kurang sihat namun masih ramai lagi yang melakukan aktiviti luar.


Ditunda namun tarikh masih belum ditetapkan....rasanya akan "clash" dengan event yang telah diregister  pada bulan October atau November nanti....

Pengumuman tentang penangguhan event oleh pihak penganjur di Facebook....

Keadaan jerebu di Putrajaya pada waktu malam.....

Jerebu pada pukul 1.30 tengahari....IPU semasa ini 200+

No comments:

Post a Comment