Thursday 29 December 2016

Running & Cycling di sepanjang tahun 2016 dalam kenangan......

Tahun ini agak berlainan sedikit berbanding tahun sebelumnya, tahun ini agak kurang acara roadbike terutama century ride dan tahun ini juga melihatkan penglibatan dalam acara running lebih serius daripada event cycling. Mood tahun ini berbeza, kali pertama menyertai acara larian half marathon dan penyertaan dalam acara duathlon yang terbanyak untuk tahun ini.


Tahun depan hanya akan memfokuskan kepada acara besar sahaja dan selebihnya adalah kayuhan sendiri. Yuran penyertaan semakin hari semakin mahal dan pemilihan event perlu bagi memastikan kepuasan untuk diri sendiri.


KL New Year Run 2016
1 January 2016
Larian pembuka tirai untuk tahun ini 2016....berlari dalam hujan renyai-renyai di pagi tahun baru.....  

Audax Randonneurs Malaysia 200KM
2 January 2016
Kayuhan endurance sejauh 220km, mempunyai 5 peringkat dan tahun ini terdapat 2 peringkat dan 400km pada bulan September nanti....

Pulau Indah 180 : Glory For Ride 2016
 17 January 2016
Kayuhan bermula di Pulau Indah dan berkayuh disekitar Pantai Morib-Banting dan Sepang...kayuhan pembuka tirai "century ride" untuk tahun ini....Event ini untuk mempromosikan acara Le Tour De' Langkawi.... 

Twincity Marathon 2016
24 January 2016
Larian di sekitar Cyberjaya iaitu di persiaran Flora...larian landai dan sedikit pendakian.... 

AmBank Kuala Lumpur Run 2016
28 February 2016
Larian di Padang Merbok Kuala Lumpur untuk tahun kedua...jika tahun lepas merupakan event berlari yang pertama kali disertai....

Powerman Asia Championship Putrajaya 2016
6 March 2016
Acara duathlon yang pertama untuk tahun ini....teruja dapat menyertai acara di peringkat antarabangsa dan ramai peserta dari luar negara....

Balik Pulau MTB Jamboree 2016
12 March 2016 
Pendakian yang sememangnya banyak di kawasan Balik Pulau....jika bukan bukit jangan cerita pasal Balik Pulau....

KKB Glow Run 2016
19 March 2016
Larian di malam hari sambil meredah kegelapan malam di sekitar Kuala Kubu Bahru....

Putrajaya Bridge Night Ride 2016
2 April 2016 
Kayuhan malam merentasi 7 buah jambatan di sekitar Putrajaya....warm-up sebelum Putrajaya Duathlon keesokan paginya....

Putrajaya Duathlon 2016
3 April 2016 
Duathlon di Putrajaya..terbaik dan mempunyai class tersendiri....

Chao Yang OPA MTB Jamboree 2016
10 April 2016
Kayuahn santai dan landai di sekitar Pulau Indah....berkayuh di atas pasir pantai cukup memenatkan dan menguji kekuatan fizikal...

100 Plus Outrunner 2016
16 April 2016
Larian malam yang pertama untuk tahun ini di sekitar Putrajaya.....

Janamanjung Fellowship Ride 2016
24 April 2016
Kayuhan santai secara berkumpulan tanpa mengejar kedudukan ranking...acara yang tidak dilepaskan peluang semenjak tahun 2013....memang terbaik TNB...
 
RHB Shimano Lekas Highway Challenge 2016
30 April 2016
 Kayuhan malam yang pertama di Highway Lekas. Pertama kali anak bujang Danish memasuki acara berbasikal....

KL Labour Day Run 2016
2 May 2016 
Larian sempena sambutan Hari Pekerja di Dataran Merdeka....larian di sekitar Kuala Lumpur....

Deuter International Trail Run 2016
8 May 2016
Larian di dalam trail yang pertama disertai....memnag cukup teruja dengan suasana di sekitar Batu Arang...

Shah Alam Enduride 2016
15 May 2016
Acara yang sememangnya ditunggu-tunggu pada tahun ini...memcabar dan tercabar dengan trek laluan yang disediakan...

Kerian International Duathlon 2016
22 May 2016
Acara duathlon yang seterusnya pada tahun ini....jika tahun lepas mendaftar namun tidak kesampaian untuk menyertainya....kali ini, alhamdullilah....tahun depan pasti ditunggu-tunggu...

Lexicon Cyberjaya Duathlon 2016
29 May 2016
Duathlon Offroad yang pertama kali disertai dan pengajuran yang agak "worst" untuk tahun ini....banyak kelemahan daripada pihak penganjur...dikritik oleh peserta...

 Team Malaysia Fan Run 2016
17 July 2016
Larian semangat dan memberikan sokongan kepada kontigen Malaysia yang akan beraksi di Sukan Olympic Rio pada bulan hadapan....

Double Troble Trail Duathlon 2016
24 July 2016
Duathlon offroad yang kedua untuk tahun ini dan yang keempat setakat ini....memang mencabar mental dan fizikal terutama bike course sebab bermandi lumpur dan selut....

Men's Health Women's Health Night Run 2016
30 July 2016
Larian malam di sekitar Putrajaya dalam keadaan hujan renyai-renyai....

Standard Chartered KL Marathon 2016
7 August 2016
Acara yang sememangnya ditunggu-tunggu pada tahun ini...bersyukur kerana berjaya mendaftar dan tahun depan nak masuk haft marathon pulak....

NBOS Run & Ride 2016
14 August 2016
Larian sempena lari terbuka "National Blue Ocean Strategy" di PICC Putrajaya..... 

Puma Night Run 2016
20 August 2016
Larian malam di sekitar bandaraya Shah Alam yang menyebabkan berlaku kesesakan trafik disekitarnya....

 myBuddies Run 2016
21 August 2016
Larian santai di sekitar Cyberjaya...laluan landai dan sedikit pendakian....

Cyberjaya Night Duathlon 2016
27 August 2016
Duathlon pada waktu malam yang pertama kali diadakan....menarik disebabkan tiada cahaya mentari...sejuk dan dingin sambil meredah kegelapan malam di sekitar Cyberjaya....

Run For Unity 2016
3 September 2016
Larian disekitar Putrajaya....sempena bulan kemerdekaan...

Compressport Run Malaysia 2016
18 September 2016
Larian disekitar Cyberjaya....berjaya juga menyertai event Compressport jika 2 event sebelum ini gagal....

Compressport Night Trail Run 2016
1 Ocotber 2016
Larian di malam hari di dalam trail di sekitar Semenyih dengan keadaan trail yang basah serta licin..laluan di dalam denai sambil ditemani oleh unggas hutan...

Mizuno Shah Alam Wave Run 2016
9 October 2016
Larian Haft Marathon yang pertama kali disertai dan bermula pada tengah malam....permulaan untuk HM pada masa akan datang...

Shimano Burung Hantu Night Ride 2016
15 October 2016
Event yang ditunggu-tunggu pada tahun ini...kembali setelah menyepi selama setahun dan sememang "awesome" night ride pada tahun ini....

Great Eastern Run 2016
23 October 2016
Larian HM yang kedua untuk tahun ini....berlari disekeliling bandaraya Kuala Lumpur serta bermula di Dataran Merdeka....

Putrajaya Night Marathon 2016
12 November 2016
Antara event yang ditunggu-tunggu pada tahun ini....larian HM yang ketiga untuk tahun ini..berlarian paling "worst" disebabkan perut meragam semasa larian..

BeeStrom Trail Run 2016
20 November 2016
Larian di dalam trial di sekitar FRIM Kepong....santai sambil menikmati keindahan alam semulajadi...

Penang Bridge International Marathon 2016
27 November 2016
Penyertaan untuk tahun kedua...jika tahun lepas 10km jea, tapi tahun ini HM pulak...terbaik..

IJN Ride for Your Heart 2016
12 December 2016
Puas berkayuh di kawasan Broga, banyak climbing terutama di kawasan Titi Pres dan Kuala Klawang...mengamit kenangan semasa tahun 2012....

2XU Night Marathon 2016
17 Deecember 2016
Larian half marathon yang ke-5 dan event penutup tirai bagi tahun 2016....  

Selamat Tahun Baru 2017
Semoga tahun depan lebih baik daripada tahun sebelumnya 
Panjang umur kita berjumpa lagi...
In Sya Allah....


Analisis Event :

MTB Jamboree             :  4 Acara
Road Bike Jamboree    :  6 Acara         (Kayuhan Century Ride : 2 Acara)
Duathlon                      :  6 Acara  
Running @Marathon   :  22 Acara

Lokasi Event :

1. Selangor : 12
2. Kuala Lumpur : 5
3. Melaka : 1
4. Perak : 2
5. Penang : 2
6. Negeri Sembilan : 1
7. Putrajaya : 10
8. Cyberjaya : 5

Antara event yang telah mendaftar tetapi tidak dapat menyertainya:

1. Compressport Trail 2016 - 3 January 2016 - Keletihan Selepas Berkayuh Audax 200km
2. Jamboree MTB KVKS 2016 - 21 February 2016 - Tak Ada Mood-Jiwa Kacau
3. Compressport Road Cyberjaya 2016 - 24 April 2016 - Berkayuh di Janamanjung Fellowship 
4. AXA Heart In Action Run 2016 - 25 September 2016 - Join event KLMBH Hash #262 Antara Gapi 
5. Fire Fighter Charity Trail Run 2016 - 16 OCtober 2016 - Keletihan Selepas Shimano Burung Hantu

Sunday 25 December 2016

Hiking Bukit Kutu Pertak KKB - 25 December 2016

Hiking ke Bukit Kutu sememangnya sudah lama dirancang namun kali ini berjaya direalisasikan. Terletak di kawasan Pertak Kuala Kubu Bahru berhampiran dengan Empangan Kuala Kubu Baru, Bukit Kutu ini merupakan salah satu daya penarik bagi pengemaran aktiviti lasak terutama pada warga Kuala Lumpur dan juga Selangor. Di lokasi ini terdapat daya tarikan yang lain seperti kawasan air terjun Lata Medang serta Gunung Rajah. Pada ketinggian 1,090 meter daripada aras laut, puncak ini dapat melihat keseluruhan pemandangan pekan Kuala Kubu Baru serta empangannya.

Mula mendaki pada pukul 8.40 pagi dikawasan parking kereta yang disediakan. Bayaran masuk sebanyak RM1 seorang dikenakan oleh pihak Perkampungan Orang Asli. Terdapat 3 sungai akan ditempuhi disepanjang perjalanan. Laluan landai serta lecah diawal trek dan mula mendaki selepas melepasi sungai yang ketiga. Pendakian lebih curam serta licin jika dibandingkan dengan laluan pendakian ke Lata Medang. Terdapat banyak lereng yang curam serta pacak sehingga menguji segala kudrat dan juga mental.

Dipertengahan perjalanan terdapat kawasan yang dikenali sebagai Batu Tedung, iaitu kawasan berbatu yang besar serta luas. Manakala di puncak terdapat bongkah batu yang besar dan merupakan puncak tertinggi di Bukit Kutu ini. Terdapat juga peninggalan kesan rumah banglow ala-Ingeris di atas puncak bukit ini yang didiami oleh pegawai British semasa zaman penjajahan di Tanah Melayu dahulu. Hampir seratus pendaki yang mendaki Bukit Kutu pada hari ini dan semasa perjalanan turun hujan lebat mulai turun menyebabkan laluan menjadi licin dan berselut. Sama situasi semasa kami menuruni Lata Medang pada tahun lepas. Cabaran yang sukar semasa menyeberangi sungai yang terakhir apabila arus deras serta paras air yang tinggi akibat hujan. Sampai di tempat parking kereta pada pukul 4.30 petang.


Menghayati pemandangan di atas batu besar yang merupakan puncak tertinggi di Bukit Kutu...

Kami sepuluh orang kesemuanya....namun ramai juga pengunjung lain yang mengambil kesempatan sempena cuti Krismas.... 

Jambatan besi yang pertama....hiking pun bermula...

Bergambar dulu...awal lagi masih bertenaga....


Prima Riders....minggu ini basikal simpan dulu...kita hiking..

Jambatan besi kedua...jambatan ini telah roboh namun masih tetap digunakan... 

Bergambar dulu...jambatan ini lah yang akan mencabar kami semasa pulang nanti...lihat sahaja keadaan jambatan ini..tidak sukar semasa air cetek namun menggerunkan semasa hari hujan....

Laluan landai di awal pendakian...

Menyeberangi anak sungai...selepas ini pendakian yang sebenarnya bermula...

Air segar dan sejuk...

Tu dia.....pendakian yang tak putus-putus selama lebih kurang 2 jam....

Rehat dulu....jauh lagi perjalanan....


Peluh dah mula keluar.....baju dah mula basah....baru ada rasa...

Kena senyum walaupun dah minta nyawa....

Pendakian di celah-celah akar pokok kena lebih berhati-hati bagi mengelakkan kaki tersadung atau tergelincir...

Tak habis-habis lagi nie....kepala lutut dah mula sakit....


Jauh lagi nak sampai puncak ke??? apasal tak sampai-sampai lagi nie...

Asyik mendaki jea...bila nak landai nie...


Main celah-celah pokok buloh pulak...kena hati-hati, takut terhantuk kepala...


Kawasan Batu Tedung....memang besar-besar batu dekat sini....memang macam kepala ular tedung...


Ilmu tolak batu...jurus pertapaan peringkat tertinggi...nak masuk ultra marathon kena menuntut ilmu ini dulu...

Apa lagi...bergambar sakan laah...


Tapi sayang...pada zaman moden ini pun masih ada yang berfikiran primitive macam zaman batu...keindahan alam diconteng dengan sesuka hati....masuk ke hutan untuk melihat keindahan alam dan bukan menjadi kaum primitive yang tidak bertamadun...mengelarkan diri sebagai pencinta alam tapi air setin yang masih belum diminum mampu di bawa masuk ke dalam hutan,namun tin yang sudah kosong menjadi berat sehingga tidak terdaya lalu dilontar di tepi denai...  

Lepak berehat di sini dulu sebelum meneruskan pendakian...ada lagi 45 minit untuk sampai ke puncak...




"BOB" ??? apa yang cuba disampaikan....penunggu setia di sini pun tak pasti apakah jawapan... kelibat 2 ekor anjing yang menjaga kawasan ini...tidak menggangu pendaki hanya memerhatikan sahaja....

Bergambar dulu..... belum sampai puncak lagi....


Sayup kelihatan empangan KKB....


Pendakian lagi....

Bila nak sampai nie....

Muka dah letih nie...

Kesan tinggalan rumah banglow di sini....dah sampai puncak..


Bergambar kenangan....

Berada di puncak...Jalur Gemilang megah berkibar...

Panjat tangga aluminium untuk melihat pemandangan di sekitar puncak...

Gayat ooohhh....

Pendaki yang telah sampai berihat di puncak sambil menikmati makanan tengahari yang dibawa...

Saujana mata memandang....

Gayat jugak nie....kuat kan semangat...

Nasib baik kuat tangga nie...terima kasih kepada mereka yang telah bersusah payah membawa tangga ini sehingga ke atas puncak...

Berderau darah bila duduk dekat atas batu nie...

Hanya dua orang sahaja yang boleh duduk di atas batu pada satu masa...ruang yang terhad...

Empangan KKB....cantik pemandangan dari sini...

Gayat...lama-lama duduk kat atas ini...lepas ambil gambar, cepat-cepat turun...ramai lagi yang tunggu giliran nak naik...

Cool....Puas...

Seram sejuk jea kat atas nie sambil ditiup angin...


Kesan peninggalan banglow pegawai British di atas puncak Bukit Kutu... 



Hujan turun semasa kami menuruni Bukit Kutu....arus sungai menjadi deras dan paras air menjadi tinggi...menyukarkan semasa ingin melintasinya...

Kedudukan platform yang sengget menyukarkan pergerakan...

Arus deras...

Berjaya menyeberanginya....


Paras air pun tinggi dan arus menjadi deras....cukup bahaya jika kita tidak berhati-hati dengan alam...

Syukur alhamdullilah...semuanya selamat sampai di parking kereta pada pukul 4.30 petang...
In syah Allah...next trip...Gunung Nuang...