Sunday 24 January 2016

TwinCity Marathon 2016 - 24 January 2016

Acara larian yang kedua untuk tahun ini setelah larian di KL New Year Run 2016 di Dataran Merdeka baru-baru ini. TwinCity Marathon adalah larian di dua bandar iaitu Cyberjaya dan Putrajaya. Acara ini dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Full Marathon, Haft Marathon, Run 12km dan Fun Run 5km. Acara bermula pada pukul 4 pagi dengan didahului dengan larian Full Marathon. Manakala Run 12km bermula pada pukul 6.30 pagi. Macam biasa, ambil kategori 12km jea, masih belum mampu lagi untuk pergi lebih jauh.


Larian kedua untuk tahun ini dan yang pertama kali di Cyberjaya....

Medal untuk kenangan....


Suasana tapak acara dari Dpulze Apartment pada pukul 5 pagi....ramai dengan peserta terutama yang menyertai acara Full Marathon dan Haft Marathon... 

Setelah tamat larian....hari ini tak bawa handphone semasa berlari...tak ada gambar semasa larian dan di garisan finishing....

Pemandangan pada pukul 9 pagi....peserta masih lagi ramai....


Alhamdullilah....cukup untuk kali ini...

Wednesday 20 January 2016

Pulau Indah 180 : Ride For Glory 2016 - 17 January 2016

Pulau Indah 180 Ride 2016 merupakan acara yang dianjurkan oleh Central Spectrum (M) Sdn Bhd @Ciclista dan bertempat di Kawasan Perindustrian Pulau Indah, Klang. Kayuhan sejauh 180km merangkumi laluan di Pulau Indah-Teluk Panglima Garang-Jenjarum-Banting-Morib-Tanjung Sepat-Tanjung Rhu-Sepang-Banting-Teluk Panglima Garang-Pulau Indah. Laluan kayuhan berbentuk landai dan tidak berbukit, namun dalam keadaan cuaca panas serta berangin terutama jalan dipersisir pantai memang cukup meletihkan. Cuaca panas terik terasa semasa di laluan Sepang berhampiran dengan Sepang International Circuit (SIC).

Keadaan jalan raya juga agak teruk terutama laluan  menuju ke West Port di Pulau Indah akibat lori container yang keluar masuk di kawasan pelabuhan. Ramai riders yang mengalami tayar pecah akibat jalan yang berlubang-lubang. Tidak kurang juga yang mengalami kemalangan semasa berkayuh. Terdapat 3 atau 4 kemalangan besar semasa kayuhan yang disebabkan oleh permukaan jalan yang kurang sempurna.

Event roadbike kedua untuk tahun ini....

Acara ini merupakan persediaan untuk acara Le Tour de Langkawi pada bulan March ini....

Bersedia di garisan permulaan....

Flag Off pada pukul 7.30 pagi....

Lebih kurang 800 orang peserta menyertainya....


Bersama Wak kali ini....bersemangat...

Water Station 2....di KM102...menuju ke Felda LBJ dan seterusnya ke Sepang...

Refill air dulu.....cuaca panas terik....


Water Station 3....di KM150...Jalan Teluk Panglima Garang....

Lagi 30km nak sampai finishing line.....refill air sambil makan pisang....

Woow....lagi 1km jea.....syukur....

Sampai finishing line....



Pelbagai makanan serta minuman disediakan seperti rojak, nasi beriani, coconut shake,laksa dan sebagainya....



Koleksi medal untuk tahun ini...


Terbaik.....

Sunday 17 January 2016

Repeat Hiking Bukit Tabur East....tak puas lagi nak ke puncak... - 16 January 2016

Minggu ini hiking semula ke Bukit Tabur East, Klang Gate bagi memenuhi permintaan rakan-rakan yang tidak berpeluang ke sana pada bulan lepas. (Klik Di Sini-Bukit Tabur East)
Kali ini lebih ramai rakan-rakan yang meyertainya berbanding hanya 8 orang jea pada bulan lepas. Tidak seperti yang lepas, kali ini parking berubah tempat kerana ruang yang terhad di jalan masuk ke Empangan Klang Gate dan parking di kawasan perumahan berhampiran di mana finishing akan berakhir di sana.

Bergerak naik ke Bukit Tabur East pada pukul 9.00 pagi dan pendakian berakhir pada pukul 2 tengahari.

Bergambar di paip air dulu sebelum memulakan pendakian....

Prima Riders di puncak Bukit Tabur East....

Laluan masuk ke Bukit Tabur....

Peace.....

Pendakian bermula....

Mendaki di celah-celah akar pokok....tanah lembab dan licin...


Fuuuhhh....penat tuu...

Pendakian menggunakan tali....laluan curam dan sempit....

Batu bersalut lumut hijau...licin...kena berhati-hati di laluan ini...

Penat....ambil nafas dulu...

Belum sampai puncak lagi....berselfie dulu...

Layan....

Keadaan berkabus sedikit pagi ini....pemandangan bandaraya KL tak berapa nampak....

Empangan Klang Gate.... 

Sampai di puncak pertama....apa lagi bergambar sakan lah...



Woow....menuju puncak Bukit Tabur East....ramai hikers sedang mendaki...laluan naik dan turun yang sama....sesak menunggu giliran...

Hikers turun dari puncak... 


Bergambar sakan di atas puncak....


Berada di hujung puncak....sayup jea mata memandang ke bawah....


Selepas penat bergambar dan lepak....tiba masanya untuk turun dari puncak...

Laluan sukar tetapi kena berhati-hati....



Lepak dulu sebelum turun ke kaki bukit....

Laluan turun di celah-celah kebun....