Sunday 14 February 2016

Ride @Genting Sempah - 14 February 2016

Kayuhan seterusnya pada minggu nie ke Genting Sempah, Karak. Bermula dari Batu 51/2 Jalan Gombak menuju ke puncak Genting Sempah. Seperti biasa, laluan ini merupakan laluan kegemaran para pengayuh basikal di sekitar Lembah Klang kerana tidak banyak kenderaan yang lalu-lalang disini walaupun keadaan jalan yang agak sempit terutama di selekoh jalan.

Cuaca pagi ini cukup nyaman terutama semasa sampai di Genting Sempah. Dengan tiupan angin yang sejuk  serta nyaman. Setelah sampai di puncak, terpaksa menunggu Iskandar yang baru memulakan kayuhan dari Hospital Orang Asli disebabkan terlewat pada pagi ini.


Bergambar dulu...diharapkan penggunan kenderaan lain supaya dapat berkongsi jalan raya dengan pengguna basikal yang lain dan penunggang basikal juga harus menghormati undang-undang jalan raya....

Sampai di puncak Genting Sempah.... cuaca berangin dan nyaman...



Rider berhenti rehat di sini....ada yang terus ke Janda Baik dan ada juga yang berpatah balik dan tak ketinggalan juga, ada yang bersarapan pagi di RnR Genting Sempah....





Woow...Highway Karak....tingginya...

Huhuhu...selfie dengan Iskandar dulu sebelum turun....




Puncak paling tinggi...637meter....

Jadi lah....mileage pegi-balik dapat 51km....

No comments:

Post a Comment