Sunday 8 May 2016

Deuter International Trail Run 2016 (Chapter 4 : Blast From The Past) - 8 May 2016

Ini merupakan kali pertama menyertai acara larian dalam trail@offroad. Jika sebelum ini hanya berlari di atas jalan raya, namun kali ini ingin mencuba sesuatu yang baru. Acara Deuter International Trail Run 2016 telah diadakan di Pekan Batu Arang Selangor berhampiran dengan kawasan perumahan Bandar Tasik Puteri Rawang. Kawasan sekitar Batu Arang memang terkenal dengan aktiviti pelombangan arang batu sekitar tahun sebelum merdeka di zaman penjajah British dulu. Namun, aktiviti ini sudah lama diberhentikan dan peninggalan bangunan serta kawasan perlombangan masih boleh dilihat sehingga kini.

Larian kali ini telah disertai oleh seramai lebih kurang 3000 orang peserta. Larian sejauh 13km yang meliputi kawasan berbukit serta pendakian di sekitar kawasan Batu Arang. Laluan trail memang menarik dengan pemandangan yang indah terutama di laluan berbukit....


 
Penyertaan larian di dalam trail yang pertama kali disertai....cukup teruja dan memenatkan, tidak seperti larian di jalan raya....

Front runner....berada di hadapan garisan permulaan....

Peserta mula berkumpul di garisan permulaan....acara larian dimulakan pada pukul 7.30 pagi...

Mercu tanda....Dataran Batu Arang...tempat bersejarah bagi pelombangan arang batu satu ketika dulu di Tanah Melayu....

Solo runner....

Ramai peserta trail run rupanya...dianggarkan lebih kurang 3000 orang....


Acara warm-up terlebih dahulu sebelum memulakan larian....

Larian tarmac sejauh 2km sebelum memasuki laluan trail...berlari di sepanjang paip air...laluan basah dan lecah disebabkan oleh hujan yang turun dengan lebatnya pada petang hari sebelumnya...

Larian menjadi slow....disebabkan laluan yang sempit...


Pendakian semula di kawasan berbukit....boleh dikatakan semua laluan trail yang disediakan telah pernah dilalui semasa berkayuh di sini....Batu Arang Jamboree, ARB Green Jamboree serta KLMBH Hash juga menggunakan laluan yang sama....

Kawasan berbukit di sini merupakan kawasan favorite...pemandangan cukup cantik semasa di awal pagi.... 


Downhill...laluan berbatu serta berpasir....

Geng PKNS.... terjumpa semasa di dalam trail....Iswardy pun ada...

Pendakian ke water station....laluan bertebing dan meredah air lumpur yang bertakung di kawasan paip air....

Selfie dulu....

Water Station...refill air dulu....ada air mineral & isotonic...

Puncak berbukit.....

Climbing lagi....ke puncak menara....



Pemandangan dari puncak bukit....


Downhill.....masa nie laa..tapak kasut terkopak....hilang mood nak berlari....nasib baik terjumpa tali rafia..ikat tapak yang tercabut dengan menggunakan tali....

Bergambar lagi dengan geng PKNS....terima kasih Abg Hamdi yang jadik marshall, sudi ambilkan gambar....

Water Station 3....refill air sambil ikat semula tali rafia yang tertanggal pada tapak kasut....memang sengsara betul berlari dalam keadaan tapak kasut tertanggal....

Lari slow-slow......kawasan ini memang banyak climbing...teringat semasa berkayuh di sini dulu....

Downhill....kalau kayuh basikal, part downhill ini memang best...tapi kalau berlari, azab dia sama jea dengan climbing....lutut memang sakit...


Credit to Rany Tan....

Sampai jua di garisan penamat.....lega rasanya tapi memang syok....

Alhamdullilah....

Runner-runner yang telah sampai.....


Terpaksa balik awal....disebabkan ada urusan dengan family pada sebelah petangnya....


Finishing line....bersama rakan-rakan PKNS....

Semburan air bomba sebelum ke garisan penamat....terpaksa mengelak semburan air, takut handphone basah....

Medal pertama untuk acara trail run....medal yang boleh juga dijadikan sebagai pembuka penutup botol....

Lagi 50meter nak sampai ke kereta....habis tertanggal tapak kasut..
Itu lah pasal....kasut baru ada tak nak pakai..sayang katanya sebab trail berlumpur hari ini...kan dah padan muka....tak apa lah lepas nie kena pakai kasut baru....

Tali rafia menjadi penyelamat sehingga ke garisan penamat....selamat tinggal kasut Colombia yang telah banyak berjasa selama ini...

Larian sejauh 13km selama 2jam 25minit.... jadi lah untuk permulaan....

Trail memang menarik....tahun hadapan pasti akan mencuba lagi....

No comments:

Post a Comment