Saturday 7 May 2016

Kayuhan Kundang-Ijok (70Km) - 7 May 2016

Kayuhan kali ini adalah sebagai persediaan untuk Shah Alam Enduride pada minggu hadapan. Kayuhan bersama Iskandar dan Iswardy bermula di McD Aeon Rawang menuju ke Bandar Tasik Puteri-Kundang dan seterusnya membuat pusingan u-turn di Ijok sebelum balik semula ke Aeon Anggun Rawang. Kayuhan berbentuk santai dan relax sahaja kerana keesokan paginya ada trail run di Deuter Trail Run Batu Arang. Iswardy turut serta dalam larian manakala Iskandar menjadi mashall di dalam trail.

Bersama Iswardy dan Iskandar pada pagi nie....

Bermula di McD Aeon Anggun Rawang....di Kota Emerald...



Pekena Lontong Kundang dulu...mantap dan sedap....

Sarapan pagi dulu sebelum kayuhan menuju ke Ijok....

Kedai penuh dengan pengunjung yang bersarapan pagi....banyak juadah makanan di sini...

Highway Latar...menuju ke Ijok...


Sampai di persimpangan u-turn Ijok....sebelum berpatah balik ke Rawang....

Cuaca semakin panas....

Kuda tunggangan yang sudah lama berkhidmat....

Aksi ceria.....

Cukup mileage untuk minggu nie...diharap cukup bekalan latihan untuk minggu depan.... 

Laluan berbelit-belit...tersalah masuk di Bandar Tasik Puteri...terpaksa berpatah balik..sebelum membelok semula masuk ke Kundang....

No comments:

Post a Comment