Monday 16 May 2016

Shah Alam Enduride 2016 - 15 May 2016

Penyertaan kali ketiga pada tahun ini semenjak tahun 2014 acara ini diadakan. Route laluan lebih kurang masih sama sepeti sebelumnya namun kesengsaraannya masih tetap terasa. Kali ini laluan terbalik berbanding tahun lepas di mana laluan mendaki di Dragon Back di awal kayuhan. Penyertaan kali ini mencecah seramai lebih kurang 1100 orang peserta enduride dan 300 orang peserta race.

Tempat permulaan masih ditempat yang sama iaitu di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Seperti tahun lepas, terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori "race" dan "century ride". Kategori race dilepaskan dahulu dan diikuti oleh kategori enduride sejauh 120km. "Cut Off" masa adalah lebih singkat bagi memastikan keselamatan pengayuh kerana laluan balik di kawasan Sungai Buloh adalah sibuk pada waktu puncak serta sering berlaku kesesakan lalu lintas.


Shah Alam Enduride 2015 - 5 April 2015
Shah Alam Enduride 2014 - 18 May 2014

Penyertaan kali ketiga semenjak tahun 2014....


Di awal pagi....di hadapan garisan pemulaan....peserta race dilepaskan dahulu pada pukul 7.20 pagi dan diikuti oleh peserta enduride....

Lambat sampai....berada dikedudukan belakang....

Solo rider pada pagi ini.... apa nak kisah, layan jea...

Sampai di garisan penamat....cuaca panas terik...

Alhamdullilah...selamat sampai dengan selamat...

Antara rider-rider yang baru sampai di garisan penamat....

Kayuhan yang menguji mental dan fizikal...tetapi berpuas hati walaupun sengsara untuk menghabiskannya...

Terima kasih kepada Polis Traffic serta marshal yang bertugas kerana sanggup berpanas terik bagi memastikan keselamatan peserta...serta sanggup juga dimaki-hamun oleh pengguna jalanraya lain terutama di kawasan Bukit Rahman Putra....

Layan mandi air lori tangki dulu....cukup menyegarkan badan....mandi sampai kecut jari kesejukan....


Iswardy.....tidak berkayuh kali ini tetapi datang untuk memberikan sokongan.... 

Lepak di finishing line....credit to Tok Man..

Medal sebagai kenangan dan kepuasan...

Kepuasan untuk diri sendiri....

Memperbaiki catatan masa peribadi pada tahun ini....

Laluan : Dataran Kemerdekaan Shah Alam-Bukit Jelutong-Cahaya SPK-Alam Budiman-Dragon Back-Bukit Kerayong-Ijok-Kota Puteri-Batu Arang-Kuang-Bukit Rahman Putra-Sungai Buloh-Subang Lama-Bukit Jelutong-TTDI Jaya-Dataran Kemerdekaan Shah Alam....

No comments:

Post a Comment