Monday 27 June 2016

Kayuhan Night Ramadhan @Kuala Lumpur - 26 June 2016

Kayuhan sepanjang malam di sekitar Kuala Lumpur ini telah dirancang oleh geng JiwaBasikal. Seramai 11 orang pengayuh menyertai kayuhan kali ini yang bermula di Pekan Rawang. Berkumpul di hadapan kedai basikal JiwaBasikal pada pukul 11 malam dan kemudiannya bergerak dengan kenderaan serta basikal menuju ke pekan Rawang. Kenderaan di parking berhampiran dengan Restoran Ali Maju Rawang dan kami memulakan kayuhan tepat pada pukul 12.30 tengah malam menuju ke Kuala Lumpur.

Route laluan pada malam ini ialah Pekan Rawang-Templer Park-Selayang-IPD Gombak-Kepong-Jalan Ipoh-Jalan Duta-Taman Duta-Tugu Negara-Dataran Merdeka-Jalan Pudu-Jalan Bukit Bintang-KLCC-Kampung Baru-Jalan Tunku Abdul Rahman-Masjid Negara-Station Keretapi KTM-Rawang. Jarak keseluruhan ialah 80km dan kayuhan sejauh 48km dan baki selebihnya adalah jarak menaiki komuter dari Station Besar KTM ke Rawang.


Bergambar di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad...Dataran Merdeka....

Kayuhan santai menggunakan mtb....

Kayuhan menuju ke Templer Park....laluan gelap dan sunyi terutama di laluan masuk Hutan Lipur Kanching.....

Berhati-hati di kawasan ini kerana pembinaan flyover di persimpangan masuk LATAR Highway masih giat dijalankan bagi membuat laluan pintasan ke Serendah tanpa melalui pekan Rawang....

Melepasi laluan di Jalan Duta berhampiran Stadium Hoki...menuju ke Taman Duta.....

Banyak climbing berbukit di laluan ini...boleh tahan pacak juga....

Sampai di puncak Bukit Lamborghini...tak pasti macam mana bukit ini dapat nama sedemikian...tapi kalau tanya otai-otai memang bukit ini cukup dikenali...

Rehat dulu....penat berkayuh non-stop dari Rawang....baru dapat peluang rehat lama sikit....

Waktu sekarang baru pukul 1.45 pagi.... 

Bergambar beramai-ramai dulu.....

Sunyi kawasan ini..... 

Singgah di Istana Selangor dulu untuk bergambar....sunyi tapi berpengawal... 

Bergambar kenangan dulu di post kawalan istana...

Iskandar....beraksi seakan-akan "the guardian" yang mengawal istana....

Destinasi seterusnya adalah....Tugu Negara....

Bergambar di kawasan Tugu Negara.....kawasan dikunci pada waktu malam dan dikawal oleh polis yang menggunakan van bergerak....

Hanya bergambar di luar kawasan.....terdapat khemah yang didirikan seperti terdapat acara pada keesokan harinya....

Ini bukan basikal milik Kerajaan Malaysia....dan bukan juga basikal BR1M.....

Menuju ke Dataran Merdeka.....masih ramai warga kota yang berpeleseran di sini walaupun jam sudah menunjukan pukul 3.30 pagi....maklum lah esok hari minggu....

 
Berhenti rehat di sini....melihat gelagat warga kota yang masih belum lagi tidur....


 Tersergam indah Bangunan Sultan Abdul Samad...bermandikan cahaya...

 Masih ramai lagi anak-anak muda yang melepak  sambil berborak dan ada juga yang membakar mercun bola di tengah jalan.....


 Rupanya terdapat acara yang berlangsung pada sebelah petang iaitu IFTAR Perdana di Dataran Merdeka....berbuka puasa beramai-ramai....

Iskandar.....ini mengantuk ke????

Jalan Bukit Bintang.....meriah dengan hiburan dekat sini walaupun di bulan Ramadhan.....

Persimpangan jalan menuju ke KLCC.....

KLCC......lampu dah tutup....jimat electric katanya.....

Bergambar dulu sebelum menuju ke Kampung Baru untuk bersahur....

Singgah sebentar di kedai kawan Pak Syeikh...Fadil Ali....kedai menjual motorsikal serta basikal....

Sampai di Restotan Line Clear Kampung Baru untuk bersahur.....

Kedai penuh dengan pengunjung yang ingin bersahur....terpaksa membuka meja di kawasan luar yang berhampiran dengan basikal....kedai ini hampir setahun dibuka dan makanan yang terkenal...macam biasa...nasi kandar....

Bersahur dulu sebelum ke Masjid Negara untuk solat subuh......mata memang dah rabak dah time ni..mengantuk gile...tahan jea laa....

Iktikaf di Masjid Negara sementara menunggu waktu subuh masuk....

Ramai foreigner berbangsa Arab yang beriktikaf di sini... 

Sampai di Stesen Besar KTM......masa untuk balik ke Rawang.....

First time menggunakan perkhidmatan komuter sambil membawa basikal....

Woow...rasanya dah berbelas tahun tak menjejakkan kaki di sini....masih tak banyak perubahan...


Menolak basikal menuju ke Platform 4....

Kepala keretapi berenjin diesel....

Tiket sehala....KL-Rawang berharga RM4.90....


Sampai stesen pukul 6.15 pagi tapi train pukul 7.37 pagi....addduhhhh...sejam lebih lagi nak tunggu...mata dah tak boleh nak buka nie....

Tersadai tido....melelapkan mata dulu sambil menunggu keretapi sampai....

Berborak dulu dengan Iskandar sebelum terlena...

Keretapi electric ETS....senyap semasa bergerak...

Huhuhu....muka dah barai....

Train penuh pulak pepagi nie...terpaksa lah berdiri sehingga ke Rawang.... 

Sampai di stesen keretapi Rawang pukul 8.35 pagi... 


Pikul basikal menggunakan tangga....curam betul tangga nie....


Pemeriksaan tiket sebelum keluar dari stesen....

 Kayuhan menuju ke kereta....puas berkayuh sepanjang malam tapi memang menggantuk.... 

Kayuhan sejauh 48km dari Rawang ke KL dan kawasan sekitarnya...dan selebihnya menaiki komuter dari KL ke Rawang....

Terima kasih kepada geng JiwaBasikal di atas penganjuran kayuhan kali ini...diharapkan tahun hadapan boleh diulangi sekali lagi....in sya allah....