Saturday 30 July 2016

Men's Health Women's Health Night Run 2016 - 30 July 2016

Larian "Men's Health Women's Health Night Run 2016" merupakan acara larian tahunan yang dianjurkan oleh majalah Men's Health Women's Health @ AIA Vitality. Putrajaya merupakan venue yang kedua untuk tahun ini setelah Pulau Pinang. Lokasi seterusnya adalah di Johor Bahru pada awal January tahun hadapan.  

Jumlah penyertaan mencecah seramai lebih kurang 10,000 orang dan terbahagi kepada 3 kategori iaitu 21km, 12km dan 5km. Flag off bagi katergori 21km pada pukul 8 malam dan ikuti oleh kategori 12km pada pukul 8.20 malam dan seterusnya 5km pada pukul 8.30 malam.

Suasana meriah disekitar Dataran Putrajaya dengan pelbagai acara sampingan namun hujan yang turun renyai-renyai di awal larian tidak emlemahkan semanggat peserta.

Larian malam di Putrajaya selepas 100 Plus Outrunner....berlari dalam suasana hujan renyai-renyai....

Bersama family yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan....



Peserta mula berkumpul seawal jam 7 malam....walaupun hujan turun renyai-renyai namun kembali normal dipertengahan larian....


Ramai peserta kali ini....

Solo jea malam nie....lari santai-santai jea....pace kura-kura...


Flag off untuk kategori 12km dilepaskan pada pukul 8.20 malam.....


Tamat larian sejauh 12km......berlari dalam kesejukan malam akibat hujan....

Tidak menunggu lama....terus bergegas pulang....tak mahu tersekat dalam kesesakan lalu lintas nanti....

Ceria berselfie....

Koleksi medal seterusnya pada kali ini....nampaknya medal running melebihi medal cycling untuk tahun ini....

Cukup....sekadar ini sahaja yang mampu....

Sunday 24 July 2016

Double Trouble X-Trail Duathlon 2016 - 24 July 2016

Double Trouble X-trail Duathlon di Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson Negeri Sembilan merupakan duathlon off road yang kedua untuk tahun ini selepas Cyberjaya Duathlon. Duathlon yang berkonsepkan off road di mana larian di dalam trail dan berkayuh menggunakan mtb di dalam trail singletrek offroad. Laluan sememangnya mencabar fizikal dan mental kerana memerlukan penggunaan tenaga yang banyak bagi menghabiskannya.

Format duathlon kali ini ialah First Run-5km, MTB Bike-30km dan Second Run-5km. Laluan trail untuk first dan second run adalah sama tetapi berlawan arah untuk larian kedua. Seramai lebih kurang 500 orang menyertainya dan ini bukanlah kali pertama Hutan Simpan Sungai Menyala menjadi tapak event bagi aktiviti sukan lasak. Jika sebelum PD Forest Challenge pernah diadakan pada tahun 2011.

Hujan yang mula turun diawal tengah malam iaitu pada pukul 2 pagi dan berlanjutan sehingga ke pagi memang satu cabaran yang cukup getir untuk setiap peserta. Dengan keadaan trail yang basah dan licin sememangnya menyukarkan untuk menuju ke garisan penamat. Boleh dikatakan sebagai event yang mencabar setakat tahun ini....tahniah kepada semua peserta yang dapat  menghabiskannya...


Event duathlon offroad yang kedua untuk tahun ini selepas Cyberjaya Duathlon....lebih mencabar dari sebelumnya....

Plate Number untuk bike....pengurusan disepanjang acara berjalan dengan lancar dan tersusun...meriah walaupun pun bermandi dengan lumpur....

Bersama Iswardy PKNS dan Iskandar.....

Afitz dan Hamdi....first time masuk acara duathlon....terbaik katanya...

Bersama geng PKNS....


Bergambar sakan dulu sebelum azab menanti di dalam hutan...

Hujan renyai-renyai masih lagi turun semasa flag off dilakukan...hujan telah turun sejak jam 2 pagi....keadaan basah dan licin di dalam trail cukup mencabar untuk semua peserta....

Hutan Simpan Dara...Sungai Menyala.....terdapat banyak pokok-pokok balak yang masih kekal di sini dengan size yang cukup besar dan tinggi...

Peserta kali ini seramai lebih kurang 500 orang....


Di garisan permulaan....hujan masih turun renyai-renyai....

Flag off lewat setengah jam akibat hujan....dilepaskan pada pukul 8 pagi...

Climbing di ladang kelapa sawit...laluan untuk bike course tidak mudah seperti yang disangkakan...

Singletrail yang menguji mental dan fizikal peserta....keadaan laluan yang licin serta basah memang menyukarkan sehingga banyak tenaga diperlukan untuk menghabiskannya...

Meniti di atas pokok kayu di kawasan berpaya....nyaris-nyaris juga tergolek ke dalam selut lumpur...

Muka dah barai.....keletihan...

Tolak jea basikal....tidak boleh berkayuh di laluan ini...

Larian kedua sejauh 5km untuk dihabiskan.....kejap berlari, kejap berjalan...keletihan sangat...

Perrggghh...letihnya...lagi 3km nak habis...minta nyawa dah nie...

Terbaik laluan....berlari di atas jambatan kayu yang licin disebabkan berlumpur....suasana hutan yang cukup mendamaikan....

Akhirnya sampai jua di garisan penamat dengan kepuasan walaupun keletihan...


Medal sebagai tanda kepuasan diri....

Monday 18 July 2016

Team Malaysia Fan Run 2016 - 17 July 2016

Event berlari seterusnya selepas Hari Raya Aidilfitri di Persint 3 Dataran Putrajaya berhadapan dengan bangunan Perbadanan Putrajaya. Acara yang di anjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama dari TM Point. Larian bagi memberikan semangat kepada contingent athletes Malaysia yang akan menyahut cabaran di Sukan Olympic Rio pada bulan August nanti.

Larian terbagi kepada 3 kategori iaitu 5km, 10km dan 21km. Hanya mampu untuk memasuki acara larian 10km sahaja. Sasaran peserta adalah seramai 10,000 penyertaan. Memang cukup ramai pada pagi ini. Penuh segenap ruang dengan peserta yang terdiri daripada pelbagai golongan yang memberikan sokongan serta mengamalkan cara hidup yang sihat.


Larian bagi memberikan sokongan moral kepada contingent Malaysia yang akan beraksi di Sukan Olympic Rio....

Bertiga kali ini.....bersama Afitz dan Man Badang....

Terlambat sampai....ingatkan flag off pukul 7.30pagi tapi sebenarnya pukul 7 pagi....hahaha...masa sampai, orang semua dah start lari....nasib baik marshall buka pagar, kalau tak jenuh nak jalan ke barisan belakang bersama peserta 5km.....

Lari dengan kelompok paling belakang.....huhuhu

 Lagi 3km nak habis.....lutut kanan dah mula sakit....injured lama kembali semula....


Water Station.....hanya air mineral sahaja....jadi laa....


Lagi 1km jea.....kuatkan semanggat untuk menghabiskan larian....

Sampai di finishing line.....




Bergambar dulu selepas menghabiskan larian....balik awal, tak tunggu pun lucky draw....




Semua pemenang berada di atas pentas untuk menerima hadiah masing-masing.....


Medal tapak kaki harimau sebagai kenangan.....