Sunday 14 August 2016

NBOS Run & Ride 2016 - 14 August 2016

Bulan August ini banyak menyertai acara larian sahaja, kurang untuk acara berbasikal mountain bike atau pun roadbike. Lagi pun event roadbike pun agak kurang pada tahun ini, tidak banyak acara "century ride" diadakan. Atas prinsip bersukan untuk kesihatan, register jea mana-mana event yang patut asalkan dapat mengeluarkan peluh. Larian NBOS Run & Ride pada minggu ini adalah merupakan persediaan untuk acara Cyberjaya Night Duathlon pada minggu akan datang.

Selain itu, bulan August dan September ini merupakan bulan persediaan bagi menyertai larian haft marathon pada masa akan datang. Dijangkakan "Mizuno Shah Alam Wave Run 2016" pada bulan October nanti merupakan larian pertama untuk haft marathon.

NBOS adalah singkatan bagi "National Blue Ocean Strategy" yang merupakan strategi bagi mengalakan pengerakan pemikiran serta pendekatan yang berpegangan pada prinsip kos rendah, berimpak tinggi dan pelaksanaan pantas. Hari ini merupakan hari terbuka bagi NBOS dan pelbagai pameran dan pencapaian telah diadakan di PICC.   


Acara larian yang seterusnya di Putrajaya pada tahun ini....

 Acara bertempat di Putrajaya International Convention Center (PICC)...


 
Suasana di awal pagi.....parking kereta di dalam PICC...bersesak-sesak semasa parking di dalam basement kerana ramai peserta walaupun terdapat banyak parking yang disediakan...


Seramai lebih kurang 4000 peserta yang menyertai acara kali ini dan terbahagi kepada kategori larian dan berbasikal...

Warm-up dulu sebelum acara larian bermula...

Kategori 11km seramai lebih kurang 700 orang peserta dan bakinya menyertai acara larian 5km dan berbasikal sejauh 16km...

Flag off pada pukul 7.10 pagi...


Tamat larian sejauh 11km.... peserta 5km pun dah ramai yang sampai....


Berselfie dulu sebelum bergegas balik...tak tunggu lama sebab ada urusan lain yang perlu diselesaikan... lagi pun solo jea kali ini, family pun tak follow...


Acara ini dimeriahkan oleh pengacara dan juga pelawak iaitu Azlee Senario, tapi lagi seorang tak berapa perasan siapa...ramai yang mengambil peluang untuk bergambar di pentas utama....

Balik2....hari dah panas....

Koleksi medal yang seterusnya untuk tahun ini....

Ini jea yang mampu......

Larian sejauh 11km dan lebih separuh adalah laluan berpatah balik....

No comments:

Post a Comment