Monday 26 September 2016

KLMBH Hash @262 Antara Gapi - 25 September 2016

Terlampau lama sangat rasanya tidak menyertai KLMBH Hash ini, rasanya kali terakhir pun pada tahun 2012 semasa Hash #217 Kuala Kubu Bahru : Gerachi Jaya. Jika dulu semasa awal pembabitan dalam dunia mtb, masa itu tak banyak lagi penganjuran event basikal. Boleh dikatakan sebulan sekali pun belum tentu ada event jamboree dan aktiviti hash ini telah dijadikan sebagai acara bulanan untuk para peminat basikal untuk berkumpul serta berkayuh bersama-sama. Namun dengan peningkatan minat orang ramai terhadap aktiviti ini dan tumbuhnya event-event basikal seperti cendawan selepas hujan dengan boleh dikatakan hampir setiap minggu terdapat pelbagai event di merata semenanjung, sehinggakan kadang-kadang terdapat pertindihan tarikh acara tetapi penyertaanya masih tetap ramai. Namun perkembangan itu tidak menengelamkan kelab ini. Masih berjalan dengan aktiviti bulanan seperti biasa dan masih mengekalkan format serta gaya dengan tersendiri.

Setelah sekian lama tidak menyertainya, maka kali ini geng Prime Riders berkumpul semula di KLMBH Hash #262 Antara Gapi sambil mengimbau kembali kenangan semasa dulu. Antara Gapi juga merupakan pembabitan pertama kumpulan Prima dalam penganjuran event basikal pada tahun 2009 bersama dengan rakan dari PKNS.

Berkumpul sambil bergambar dahulu sebelum memulakan kayuhan....

Di awal pagi memang ceria jea.....time kayuh baru terima azabnya.....asam garam dunia berbasikal, tetapi kepuasanya tanpa batasan....

Pendaftaran....bukan ahli, kena bayar RM15.....bayaran masih sama seperti dahulu...jika ahli tak perlu bayar apa-apa sebab dah bayar yuran tahunan....

Lebih kurang 150 orang pengayuh pagi ini....terdiri daripada pelbagai bangsa....muka-muka lama masih lagi kelihatan...hanya kami sahaja yang jarang berkayuh disebabkan terlalu banyak sekarang event jamboree yang diadakan....



Briefing tentang laluan hari ni.....scenic loop 14km jea....long 19km jea.....nampak pendek jea, tapi azab memang dah tentu..... 

Tayar golek pukul 9.30 pagi selepas habis briefing....road dalam 500meter dan seterusnya memasuki laluan offroad di tepi kebun sayur....


Awal-awal dah traffic jam...disebabkan laluan sempit dan terdapat lopak air yang bertakung....baunya cukup menyegarkan....nak muntah rasanya disebabkan bercampur dengan baja tahi ayam dari kebun sayur disebelahnya....

Bersabar menunggu giliran...tak macam jamboree, semuanya berebut-rebut hendak kedepan walaupun buat muka tebal potong queue orang lain....cool jea....tak ada apa yang nak dikejarkan....

Masuk kawasan perumahan Ulu Yam Lama....tunggu rakan-rakan lain yang dibelakang....kayuh saing-saing baru syok....

Climbing ke Bukit Dagu dari arah Sekolah Sains Selangor....laluan tarmac dan seterusnya climbing off road sehingga ke puncak....




Pendakian pun bermula.....gear dah habis tekan time nie....rasa nak tercabut kepala lutut....

Kayuh slow-slow.....janji sampai ke puncak.....


Woow....sampai di puncak Bukit Dagu.....memang terasa dagu cecah dekat handlebar dah....memang mintak nyawa bukit nie....

Lepak dulu sebelum turun layan downhill.....laluan turun yang licin dan berpasir....ada 2 rider seorang lelaki dan seorang perempuan yang tergolek semasa downhill disebabkan terlalu laju dan brake memang tak berfungi di laluan yang berpasir....nasib baik hanya luka dan calar-calar jea....

Mie Cha dah teruk sangat rupanya.....nasib baik tak dicampakkannya basikal.....

Layan downhill sehingga ke kaki bukit......terus masuk ke kawasan ladang kelapa sawit....



Layan.....slow & steady.....mimpi ngeri Mie Cha di trek Altantuya masih lagi dalam ingatan....lambat asalkan selamat....


Layan singletrek.....selepas ini simpang sama ada hendak ke scenic loop atau long loop....geng semua pilih long....tak puas kayuh katanya....bukit semua nampak macam flat jea....huhuhu...masih tak insaf...

Berkubang dalam tasik pulak.....tanah lembut hampir berguling dalam tasik...nasib baik tak lemas....




Pemandangan dari kaki bukit.....

Abang badang pikul basikal....membantu rakan yang sudah kepenatan....

Ini belum sampai puncak lagi....ada separuh lagi nie....

Menuju puncak....Nuar terpaksa pikul basikal disebabkan cable shifter RD putus....gear kecil jea..rasa nak pitam kayuh....tak larat tolak, pikul jea lah basikal....

Sampai di atas puncak....nampak pemandangan Gunung Buah dan puncak Genting Highland....

Berjaya menawan bukit yang kedua.....turun downhill singletrail berteknikal....memang memerlukan kemahiran dan keberanian....ada juga yang tertonggeng semasa turun disebabkan terlanggar tunggul kayu...hampir jatuh dalam gaung pun ada....tetapi memang puas....
tidak pasti bila lagi boleh berkayuh bersama KLMBH, ada rezeki kita kayuh lagi.....

Saturday 24 September 2016

Kayuhan Geli-Geli "Belakang Naga" - 24 September 2016

Minggu ini training cycling pulak setelah beberapa minggu hanya berlari dan kesempatan kali ini berkayuh di Highway Guthrie sambil melayan "Dragon Back". Kali terakhir kayuh di sini pun semasa kayuhan Shah Alam Enduride pada bulan May yang lalu. Berdua bersama Iskandar dan bermula di Hentian R&R Elima arah selatan menuju ke Bukit Jelutong-Puncak Perdana-Dragon Back-Puncak Alam-Paya Jaras-R&R Elima semula.


Berkayuh berdua bersama Iskandar...mencari stamina untuk ke Bromo pada bulan hadapan.... 

Puncak Perdana....jalan sibuk, banyak kenderaan yang lalu-lalang....

Iskandar bersaing bersama trailer....kena berhati-hati kerana banyak lori trailer pada pagi ini....


Menuju ke persimpangan Dragon Back.....


 Take five dulu sebelum layan Dragon Back.....cuaca masih belum panas sangat....tapi kenderaan berat memang banyak di laluan ini....kena lebih berhati-hati....

Layan "Belakang Naga".....minta nyawa.....

 Lepak berhenti minum dulu.....perkena air batu memang melegakan.....

Penuh dengan pengunjung kedai ni....semua pekerja lelaki memakai tanjak kepala...dah macam pahlawan melayu pulak, ingat kan nak bersilat tapi nak meniaga rupanya.....tak pasti apa nama kedai ini....tapi Iskandar panggil "Kedai Hang Tuah"....hehehe

 Bergerak menuju ke Paya Jaras.....cuaca pun dah panas....

Masuk Highway Guthrie semula.....menuju ke RnR......


Laluan motosikal....jika pagi tadi ramai dengan pengayuh basikal.....dah tengahari ini, dah tak berapa ramai.....kena hati-hati sebab motosikal kat sini pun laju-laju jugak....


Alamak......lupa nak bawa "smart tag"....macam mana nak bayar nie...."No Cash".....




Lepak minum dulu sebelum pegi lunch kat TTDI Jaya.....

Lunch dekat Kedai Nasi JJ (Kak Wok) area TTDI Jaya.....ramai gile orang dekat sikit....kena beratur panjang...makan dekat kertas bungkus, tak guna pinggan....

Cukup laah....untuk warm-up jea....in sya allah, nanti nak layan loop jantan Fraser Hill pulak....kasi endurance sebelum ke Bromo....