Tuesday 4 October 2016

Loop Guthrie Highway - 3 October 2016

Memang sudah lama berhajat untuk membuat satu loop pusingan di Highway Guthrie. Memandangkan hari ini cuti public holiday Maal Hijrah, bersama Iskandar mengambil kesempatan walaupun bermula lewat pada pukul 9.45 pagi. Hari sudah mulai panas, tetapi cuaca kali ini agak redup dan berangin.

Bermula di Plaza Toll Plus Guthrie Highway dan menyusuri laluan bermotosikal sehingga membuat pusing u-turn di Bukit Jelutong dan kembali semula ke plaza toll. Tidak ramai rider yang berkayuh di sini hari ini, keadaan agak lenggang tidak seperti hari biasa terutama dihujung minggu.



Berkayuh berdua bersama Iskandar....walaupun rancangan asal ingin berkayuh ke Genting Sempah sehingga ke Janda Baik, namun atas faktor masa dan jarak hasrat terpaksa dilupakan....

Cuaca mendung dan berangin...sesuai untuk kayuh walaupun bermula lewat...



Membuat pusingan u-turn di Bukit Jelutong selepas toll....terpaksa mengangkat basikal melintas palang divider.... 


Berpatah balik....jarak dari Plaza Toll Plus Guthrie sehingga Toll Guthrie Bukit Jelutong hanya 20km sahaja....

Banyak kawasan perumahan baru di kawasan Elima sekarang nie....walaupun harga rumah semakin mahal, namun projek pembinaan masih berjalan dengan pesat....kawasan berbukit di sekitar pun sudah mula ditarah dan diratakan sehingga laluan offroad mtb pun semakin terjejas....sudah banyak trek disekitar ladang kepala sawit Elmina dimusnahkan oleh arus pembangunan....  



Berhenti lepak minum dulu di R&R Elima Arah Utara...pengunjung pun tak ramai...kedai makan lenggang.... 


Menuju ke Plaza Toll Plus Highway Guthrie.....

Simpang ke Latar Highway....lain kali boleh buat loop Latar Highway sekali....

Kawasan parking Toll Plaza Plus....


Jarak satu loop hanya lebih kurang 41km sahaja.....

No comments:

Post a Comment