Tuesday 1 November 2016

Kayuhan Gunung Bromo - Day 1 : KUL-SUB - 27 October 2016

Ini merupakan kali pertama Prima Riders berkayuh di luar Malaysia. Perancangan ke Bromo telah dirancang di awal tahun setelah terpesona melihat keindahan gunung berapi Semeru dan keunikan pemandangan yang terdapat di sana. Di awal perancangan seramai 12 orang bersetuju untuk menyahut cabaran berkayuh di altitude tinggi, namun akhirnya hanya 8 orang sahaja yang berjaya menjejakkan kaki di pergunungan Semeru. Sebelum bertolak, kami sentiasa memantau segala perkembangan di sana bersama info-info yang disampaikan oleh guide di sana. Ini kerana sebulan sebelum kami bertolak, Gunung Semeru menjadi aktif serta memuntahkan lava dan batu serta debu di kawasan sekitar. Status gunung juga telah dinaikkan ke "Siap Siaga" iaitu dalam keadaan berjaga-jaga.

Namun, allamdullilah semuanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit perubahan dalam agenda kayuhan bagi memastikan keselamatan serta keselesaan kami semasa berkayuh.


Berkumpul di KLIA2....sampai pada pukul 6.40 pagi dan menunggu boarding time pada pukul 8.30 pagi... 


Bergerak ke terminal melalui Gate19 untuk berlepas....

Check-In basikal terlebih dahulu....check-in di kaunter dan seterusnya menghantar basikal ke "Extra Luggage" area sebelum disumbat masuk ke dalam kapal terbang...kotak basikal hendaklah dibalut dengan kemas dan basikal mesti berada dalam keadaan stabil tanpa bergoyang di dalam kotak....penggunaan "CO2 cylinder pressure" untuk menggepam tayar dilarang dibawa masuk di dalam kapal terbang walaupun di ruang kargo.... 

Menunggu giliran untuk check-in....di awal pagi...masih belum ramai lagi penumpang yang tiba....segala urusan check-in basikal berjalan dengan lancar dan teratur...tiada extra bayaran dikenakan kerana semua peralatan "sport equipment" di bawah berat 20kg...di dalam kotak hanya dibenarkan basikal, helmet, kasut serta peralatan lain tanpa meletakkan apa-apa pakaian dan keperluan yang tidak berkaitan dengan basikal....

Sebaiknya kotak hendaklah dibalut dengan plastik pembalut bagi mengelakan ia terbuka atau dibuka semasa proses penghantaran di dalam pesawat.....

8 buah basikal dibungkus di dalam kotak bersedia untuk diterbangkan ke Surabaya....

Penerbangan QZ321 dari Kuala Lumpur ke Surabaya berlepas pada pukul 9.35 pagi...namun setelah 30 minit berlepas...pilot membuat pengumuman bahawa pesawat terpaksa berpatah balik disebabkan oleh masalah teknikal..kapal terbang berlegar-legar di ruang udara di kawasan Selat Melaka selama hampir 40 minit untuk membuang minyak sebelum mendarat semula di KLIA2....pesawat melakukan terbang rendah kali pertama di hadapan "Tower Control KLIA" mungkin bertujuan untuk mendapatkan kepastian sama ada tayar di bahagian hadapan terbuka atau tidak..selepas itu mendaki semula pada ketinggian dan turun semula untuk melakukan pendaratan....

Pendaratan berlaku dengan sempurna dan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini, namun kelihatan Bomba KLIA telah bersiap sedia di tepi landasan sambil menyalakan lampu siren...alhamdullilah semuanya selamat mendarat dan kapal telah diiringi oleh pick-up Hilux DCA sehingga ke terminal....

Semua penumpang diturunkan ke terminal G17 dan kelihatan ramai pekerja Air Asia bergegas ke bahagian tayar hadapan pesawat dan melakukan pemeriksaan...kami dilarang untuk mengambil gambar oleh pekerja Air Asia, namun larangan itu kami abaikan sahaja kerana menjadi hak kami sebagai penumpang untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi....
Kami tersadai di airport selama 5 jam untuk menunggu penerbangan gantian yang lain...sambil itu, pihak Air Asia juga telah mengedarkan voucher makanan tengahari sebanyak RM30 kepada setiap penumpang dan kami telah keluar semula dari pintu terminal untuk keluar makan tengahari di 8 buah restoran pilihan....kami memilih Burger King sebab tak ramai orang dan selesa untuk melepak....

Penerbangan semula pada pukul 3.30 petang dengan pesawat yang lain....kami sampai di Airport Juanda Surabaya pada pukul 6 petang setelah semua urusan bagasi diuruskan....

Menaiki semula pesawat....semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat...

Ruang udara Indonesia....30 minit sebelum mendarat....cuaca berawan dan berkabus....

Pemandangan darat....banyak kawasan ditenggelami oleh air hujan....dikhabarkan hujan turun setiap hari di waktu petang....

Sampai di Airport Surabaya.....dengan selamat

Beratur untuk urusan Imigresen....dan seterusnya menuntut semula bagasi.... disambut oleh Pak Antony dan Pak Indra di pintu keluar airport....

 Makan malam di Pondok Tempo Doeloe...masakan ala-Indonesia....

Woow...berselera....maklumlah perut memang dah lapar sangat.....lepas ini 4 jam perjalanan menuju ke Gunung Bromo....lepas perut kenyang semua bantai tidur sepanjangan perjalanan....tahu-tahu dah sampai Hotel Bromo Permai.....merupakan hotel yang paling hampir sekali dengan Gunung Bromo...pemandangan dari hotel memang cantik...


Sejurus sampai di Bromo Permai Hotel...terus membuka kotak dan memasang semula basikal bagi persediaan untuk berkayuh pagi esok....semuanya teruja untuk berkayuh esok....suhu di puncak jangan cakap, memang cukup sejuk, lagi sejuk dari Cameron Highland....suhu ketika ini 10~11 Deg... time pasang basikal...tangan mengigil-gigil kesejukan....time cakap mulut berasap-asap...pipi pun rasa kebas....

Selesai memasang basikal pada pukul 1.45 pagi....terus tidur serta merehatkan badan bagi kayuhan pertama di sekitar Gunung Bromo keesokan paginya....

No comments:

Post a Comment