Wednesday 2 November 2016

Kayuhan Gunung Bromo - Day 2 : Trek Bromo Classic & Bromo Rampage - 28 October 2016

Bermulalah kayuhan di Gunung Bromo, bangun seawal jam 6 pagi dan mula mempersiapkan diri serta jentera masing-masing dalam keadaan sejuk membeku. Suasana pagi ini agak dingin dengan sekali-sekala tiupan angin membuatkan muka dan tangan menjadi kebas kesejukan. Setelah bersarapan pagi di Cafe Bromo Permai, kami memulakan kayuhan dengan briefing ringkas oleh Pak Antony berkaitan kayuhan pada pagi ini. Kami akan menempuhi dua laluan trail iaitu Bromo Classic dan Bromo Rampage. Laluan adalah berbentuk mendatar dan landai di kawasan berpasir dan menuruni laluan berbukit sambil menikmati pemandangan yang cukup indah serta memukau.

Sukar untuk digambarkan bagaimana indahnya pemandangan disekitar Gunung Bromo dan kawasan pergunungan sekitarnya dengan bentuk muka bumi yang cukup mempersonakan.


Berkumpul di tebing tinggi sambil berlatar belakangkan Gunung Bromo yang indah di waktu pagi....matahari sudah memancarkan cahaya namun cuaca masih lagi sejuk dan dingin....

Berposing dulu sebelum memulakan kayuhan....kayuhan kali ini berbentuk enjoy sambil menikmati keindahan alam maya.... 

 Dari Kiri : Hamdi-Basri-Iskandar-Izani-Babat-Abg Cik-Afitz-Pak Antony-Pak Indra....manakala Mali yang sedang mengambil gambar....

Gunung Bromo sentiasa mengeluarkan asap putih....namun aktif pada bulan lepas dengan mengeluarkan asap berwarna kelabu dan debu yang menyebabkan kawasan tersebut ditutup sementara dan alhamdullilah kehadiran kami disambut dengan keindahan serta keunikan gunung tersebut....kawasan telah dibuka semula pada minggu lepas bagi kunjungan pelancong apabila aktiviti gunung berapi tersebut menjadi perlahan dan mula mengeluarkan asap putih seperti biasa.... 

Semua sudah bersedia....

Sampai di kawasan "Pasir Berbisik"....pemandangan di kawasan ini....cukup teruja dengan keunikan serta keadaan muka bumi yang terdapat di sini...kayuhan di permukaan berpasir yang lembab agak memerlukan sedikit tenaga disebabkan oleh keadaan pasir yang memperlahankan putaran tayar basikal....

Woow....memang awesome pemandangan di sini.....kami banyak meluangkan masa di sini sambil bergambar serta menikmati pemandangan di sekelilingnya terutama semasa berkayuh....

Berposing dulu....

Geng Prima yang lain juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pelbagai aksi...

Layan...

Abg Cik bergambar sakan.....bersama dengan camera video yang baru dibeli bagi mengabadikan keindahan pemandangan di sini....


Menuju ke kawasan Savana atau Bukit Teletubbies...kawasan berbukit yang berumput pendek seperti cerita kanak-kanak Teletubbies di dalam kaca TV....  

Hanya kenderaan 4x4 atau lori sahaja yang menggunakan laluan di sini...kelihatan seperti sekumpulan pendaki yang sedang menuju ke kawasan pergunungan....

Beraksi di laluan berpasir.....indah sungguh pemandangan di sini.....sejauh mata memandang...



Berkejaran di padang pasir sambil sekali-sekala berlumba sesama sendiri...






Menyeronokan dengan cuaca yang dingin di awal pagi...


 
Di kawasan Savana....suasana mendamaikan....

Peniaga yang menjual air kopi panas serta maggie cup sebagai pemanas badan dikala cuaca dalam kedinginan....dapat seteguk kopi panas dalam cuaca yang sebegini seperti suatu kenikmatan....

Bergambar sakan lagi....
Menaiki lori untuk sampai ke puncak...sambil menikmati permandangan yang cukup memukau di persekitaran gunung-ganang....2 kenderaan lori diperlukan untuk mengangkut kami sehingga ke puncak...laluan tarmac dan kadang-kala berbatu kelikir dengan pendakian yang curam sambil bergayut di belakang lori...


Menarik pemandangan pada pagi ini....
 



Di atas puncak terdapat gerai makanan serta menjual petrol....kedai biasa-biasa jea tapi minumannya enak sekali....

Pekena kopi panas secawan memang terbaik.....

Sticker group basikal atau motocross yang pernah sampai di sini di tampal di cermin kedai makan...terlupa untuk membawa sticker Prima Riders....tak dapat mengabadikan tanda di sini....


Kayuhan downhill pun bermula.....memang teruja dengan trail yang disediakan....cukup seronok untuk dilayan....berkayuh di lereng-lereng bukit dengan pemandangan yang cukup indah dalam keadaan dingin memang sukar untuk diucapkan dengan kata-kata....

Kami banyak berhenti untuk mengambil gambar kenangan disetiap check point bagi merakamkan pemandangan yang cukup indah yang tiada di Malaysia...kecerian disetiap wajah kerana hajat untuk berkayuh di sini tercapai jua....

Laluan sedikit lembab dah basah....kadang-kadang terdapat laluan yang licin serta memerlukan perhatian serta fokus bagi mengelakkan diri terjatuh ke dalam gaung....

Ketinggian di sini mencecah sehingga 2000 meter dari aras laut.....cukup dingin serta nyaman....




Tutup hidung sebab terlalu sejuk sehinggakan hinggus mula meleleh keluar....

Pak Antony cakap....permandangan seperti berada di New Zealand.....

Sampai semua di kawasan landai berpasir.....lecah serta banyak lopak air akibat hujan yang turun....

Cukup berpuas hati setelah melayang downhill sejauh lebih kurang 10km....

Abg Cik melakukan aksi extreme semasa turun downhill.....sempat merakamkan segala aksi semasa downhill...

Berkumpul semula....bergerak menaiki lori menuju ke trek Bromo Rampage.....

Trek Bromo Rampage adalah pendakian sehingga ke kawah Gunung Bromo sebelum downhill turun dari puncak... 



  Berehat seketika...sambil menunggu rakan-rakan yang lain...menahan kesejukan walaupun matahari sudah terpacak di atas kepala....

Pendakian pun bermula.....

Pacak gunung nie.....

Parking basikal di sini....dah terus climbing sampai ke kawah dengan menggunakan anak tangga yang disediakan....

Punya tinggi tangga nie....letih tuu nak daki...

Woow...kawah Gunung Berapi Bromo.....asap putih kelihatan dan sesekali asap kekepul-kepul keluar dengan bunyi dentuman.... 

Berada di puncak...terasa bebas....


Menyusuri tebing kawah Gunung Bromo.....menarik sekali pemandangan di sini...dengan kabus yang tebal dan sesekali hujan gerimis turun....


Memang sejuk berada di atas puncak....terasa kebas kulit muka.....


 Puas.....

Terdapat peniaga yang menjual "sesaji".... seperti hidangan makanan untuk dipersembahkan kepada dewa Gunung Bromo bagi menghajatkan sesuatu....ritual agama Hindu...


Pemandangan dari atas....cukup menawan....permukaan pasir yang beralun disebabkan oleh tiupan angin....


Berposing dengan pelbagai aksi....semua ligat mengambil gambar untuk dijadikan sebagai kenangan...

 Sejuk menggigil....

Alur yang terjadi disebabkan oleh hujan yang turun serta tiupan angin di permukaan....contour yang cukup menarik....seperti di Grand Canyon....



Berkayuh mengelilingi Gunung Bromo.....berjaya menghabiskan trail Bromo Classic dan juga Bromo Rampage.... in sya allah kalau umur panjang akan berkunjungi lagi di sini...

No comments:

Post a Comment