Wednesday 9 November 2016

Kayuhan Gunung Bromo - Day 4 : Trek Tlekung Guo Jepang - 30 October 2016

Setelah puas terbang di puncak Gunung Banyak, kami seterusnya menaiki kenderaan semula untuk menuju ke kewasan pergunungan yang dinamakan sebagai Van der man @Panderman. Nama gunung ini diambil dari nama seorang Belanda bernama Van Der Man yang mengkagumi keindahan gunung ini pada waktu itu terutama di kawasan Kota Batu Malang.

Pendakian dengan kenderaan sejauh 3km dengan keadaan jalan yang curam serta dicelah-celah rumah penduduk. Kayuhan bermula di kebun sayur dan juga ladang buah-buahan. Keadaan laluan adalah licin dan berlumpur disebabkan hujan yang turun semasa kami memulakan kayuhan. Basah kuyup ditimpa hujan dan lumpur melekat diseluruh tubuh dan basikal.


Bergambar di depan pintu gua peninggalan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua...

Suasana suram....kadang-kadang menakutkan....tak hari masih terang lagi, tak takut sangat....



Semasa baru sampai ke kawasan pergunungan Van Der Man....

Mempersiapkan jentera masing-masing...tapi hari semakin gelap...tanda hujan akan turun...

Tak banyak gambar dapat diambil disebabkan hujan lebat yang turun....sampai di Coban Puteri...kawasan air terjun....hujan sudah berhenti...

Disebabkan musim hujan baru hendak bermula....tidak banyak air...maka air terjun tidak seperti air terjun...hanya lelehan air di celah-celah batu sahaja...ingatkan nak mandi disebabkan badan penuh dengan lumpur tapi hampa...

Berehat di pondok sambil melihat mahasiswa-mahasiswi unitas melakukan aktiviti luar mereka.... 


Sampai di pintu terowong yang dibina semasa zaman Jepun dulu...

Bergambar di dalam terowong Jepang....gelap-gulita...hanya menggunakan lampu pada handphone sahaja....

Hanya kami berlima sahaja yang masuk....

Di pintu gua bersama Hamdi....

Berposing dulu di pintu gua.....


Sampai sudah di rumah Antony....basuh basikal dulu sambil basuh badan sekali.....

Woow...berlumpur teruk...


Custom made basikal....brand.. BabahBikes...

Pak Antony membasuhkan basikal dengan menggunakan water jet....bersih tanpa lumpur....terus packing basikal dalam kotak sebab esok dah nak pulang ke Malaysia....

No comments:

Post a Comment