Saturday 24 December 2016

Renew Lesen Fraser Hill Ride - 24 December 2016

Renew Lesen Fraser Hill itulah nama kayuhan pada kali ini. Sedar tak sedar dah nak penghujung tahun 2016 dan tahun ini masih belum menjejakkan kaki di Fraser Hill. Tekad bersama Basri, kayuhan berdua pun jadi lah. Lagi pun hari ini tak ada orang pun yang berkayuh ke puncak Fraser Hill. Hanya kami berdua sahaja yang berkayuh hari ini, mungkin mood holiday hujung tahun sambil menyambut hari perayaan Krismas.

Kayuhan pagi ini juga lewat, bermula di pekan KKB pada pukul 9 pagi dan sampai di kawasan berkelah Air Terjun Sungai Semangkok pada pukul 10.30 pagi dan sampai di Gap Fraser pada pukul 11 pagi. Kayuhan menuju Gap serta puncak Fraser Hill disulami dengan titisan air hujan dan suasana terus menjadi dingin. Jersey mula dibasahi dengan air hujan dan ketika sampai di puncak, hujan masih lagi turun renyai-renyai. Ketika mula turun dari puncak, hujan mulai reda.


Kayuhan ke puncak Fraser untuk tahun ini dan ini merupakan kali pertama Avanti Corsa sampai di puncak kerana selalunya berkayuh dengan menggunakan mountain bike...

Singgah sebentar di pintu masuk Empangan Kuala Kubu Bahru....

Berkayuh bersama Basri kali ini...

Tak sah kalau tak bergambar di sini....

Basri guna mountain bike jea.... 


Takungan air semakin surut agak ketara sekarang ini walaupun hujan kerap turun...kapasiti air empangan banyak berbeza dari tahun sebelumnya... 

Sampai di kawasan Air Terjun Sungai Semangkok...lepak rehat dulu di sini...


Mountain Bike Vs Road Bike...

Minum dulu di Gap Fraser...perut jadi lapar dalam suasana yang sejuk disebabkan hujan yang turun... pekena secawan kopi panas serta kek Appolo...

Tak bawa Power Bar....Power Ring pun jadi laah...asalkan ada "Power"

Sampai juga di puncak bersama Avanti Corsa....

Bergambar sakan dulu sebelum turun...lagi pun tiada nampak kelibat rider pada hari ini....tetapi pengunjung ramai, maklumlah cuti panjang hujung minggu ini...

Woow....nampak sasa....

Berposing dulu walaupun hujan turun renyai-renyai....


Makan tengahari dulu...perut dah lapar dan kesejukan... 

  
Menu makanan tengahari...kalau dah lapar semuanya menyelerakan....

Ramai penggunjung hari ini tetapi tiada kelibat rider yang berkayuh....


Bergerak untuk kayuhan turun apabila hujan mulai reda....

Posing dulu dalam kabus....tebal kabus kali ini disebabkan hujan yang turun...



Berhenti di kawasan perkelahan Sungai Chiling...kawasan ini telah ditutup untuk orang ramai disebabkan oleh faktor keselamatan...tak pasti sampai bila ia akan ditutup....sebab tu tengok lenggang jea kawasan ini tanpa kenderaan di tepi jalan...

Semasa melepasi turun dari Empangan KKB...berhenti seketika di jambatan yang paling tinggi di kawasan ini pada ketinggian mencecah 60m...melihat tali cable yang direntang pada pokok dan baru-baru ini ada orang yang membuat terjunan dari jambatan ini sehingga ke bawah....memang hati kering kalau ada orang yang berani terjun dalam keadaan keselamatan yang minimum serta meragukan....

Permukaan batu yang menunggu jika berlaku kesilapan....air sungai pun nampak surut daripada biasa...

Syukur....berjaya juga berkayuh di sini pada tahun ini...in sya allah, kalau lesen dah expired tahun depan boleh datang lagi...

Ketinggian mencecah sehingga 1200 meter dari aras laut...

No comments:

Post a Comment