Tuesday, 17 October 2017

Hari Sukan Negara Night Marathon 2017 - 14 October 2017

Hari Sukan Negara merupakan cetusan idea Brigadier General YB Khairy Jamaluddin selaku Menteri Belia dan Sukan bagi memupuk gaya hidup sihat di kalangan warga Malaysia. Tahun pertama perlancarannya iaitu pada tahun 2015, menyertai kayuhan sejauh 120km yang bermula di Putrajaya. Namun kali ini menyertai acara larian HM pula dan Dataran Merdeka merupakan tapak bagi acara ini dijalankan.

Ini merupakan kali pertama berlari di ibukota pada malam minggu dan kesesakan lalu lintas berlaku di Jalan Kuching di mana warga kota berpusu-pusu masuk ke pusat bandaraya walaupun notis penutupan jalan telah lama diwar-warkan. Laluan kali ini boleh dikatakan "killing route" terutama di Bukit Tunku. Walaupun laluan 2XU lebih mencabar namun disebabkan faktor suasana malam menjadikan ia agak sukar berbanding di waktu pagi.


Larian HM yang ke-8 untuk tahun ini....

Bermula di Dataran Merdeka berhadapan dengan bangunan Sultan Abdul Samad....

Antara daya tarikan di ibu kota Kuala Lumpur....

Air terjun berwarna-warni....

Menuju ke Dataran Merdeka....suasana meriah namun masih belum ramai lagi para peserta di garisan permulaan...

Berada di starting line.....acara lucky draw sudah bermula...nombor-nombor peserta di cabut namun grand price iaitu sebuah kereta Proton Iriz di akhir acara nanti...

Rupanya flag off pada pukul 8.30 malam....tidak pada kebiasaannya pada pukul 8 malam....

Lepak di padang Dataran dulu sambil memanaskan badan, sambil itu melihat pro runner sedang warming up di tengah padang.... 

Lebih kurang 10 ribu orang peserta pada malam ini....terdapat 3 kategori larian pada kali ini....


Flag off pada pukul 8.30 malam....berlari dalam pace kura-kura disebabkan kecederaan kaki masih belum pulih....route kali ini sangat "kejam"...tiada belas kasihan membuatkan mental menjadi koyak terutama bagi menghabiskan baki 3km semasa berada di Hentian Putra....terasa azab untuk menuju ke garisan penamat...

Tiada gambar semasa di finishing line disebabkan handphone kehabisan battery.....
Muka dah pewaiii time nie....hanya mampu berjalan sambil melihat kesesakan jalan akibat penutupan jalan....berlaku juga kekecohan apabila pengguna jalan raya yang lain hilang sabar akibat kesesakan yang berlaku....dapat melihat pasangan yang mula berang dengan polis trafic yang menjaga lalu lintas....

Ramai peserta yang berjalan berbanding berlari akibat terlalu letih..... 

Sunday, 8 October 2017

Kayuhan Meriam LATAR Highway-Bukit Malawati - 7 October 2017

Setelah sekian lama tidak ke Bukit Malawati, minggu ini kayuhan meriam bermula dari LATAR Highway dalam cuaca hujan lebat yang bermula semenjak awal pagi. Bermula di Petronas Highway Latar bersama Iskandar manakala Apiz dan Man Badang bermula dari Sungai Buloh. Kayuhan di dalam hujan lebat menuju ke Ijok dan mulai reda semasa menuju ke Kuala Selangor. Cuaca di Kuala Selangor agak mendung walaupun hujan sudah mulai reda.

Bersarapan pagi di pekan Kuala Selangor sebelum kayuh pulang apabila cuaca mulai panas. Namun kami menjangkakan kayuhan dalam cuaca panas selepas hujan meleset apabila kami ditimpa hujan lebat sekali lagi semasa di Bukit Rotan dan disepanjang highway Latar. Hujan masih berterusan turun sehingga lewat petang.


Duduk di atas meriam yang menghala ke Selat Melaka....kubu pertahanan semasa zaman penjajahan dulu...


Pusingan u-turn di Ijok.....hujan sudah mulai reda....basah kuyup semasa di atas highway....


Menuju ke Kuala Selangor.....cuaca mendung dan sejuk.....amat sesuai untuk berkayuh....jalan tenang walaupun banyak kenderaan semasa di laluan Bukit Rotan....

Sampai di Bukit Malawati.....tidak ramai pengayuh di sini walaupun bertembung dengan ramai pengayuh tadi.....mungkin mereka tidak merancang untuk ke sini....


Bertemu dengan Cikgu Nasir KSCC di atas puncak.... sekian lama tidak berjumpa...

Kawasan sekolah di bawah kaki Bukit Malawati.....layan view laut pagi ini...

Rumah Api Bukit Malawati.....

Pengunjung mulai tiba.....tidak menunggu lama dan bergegas turun untuk bersarapan....

Berposing dulu sebelum turun....

Kayuhan di atas highway....setelah menempuh hujan yang lebat....cuaca masih mendung dan gelap menandakan hujan masih belum betul-betul berhenti...


Iskandar mulai menyinar setelah lama menyepikan diri....akhirnya muncul kembali...


Total mileage hanya 68km jea....cukuplah buat kali ini...nanti open game yang lagi keras...

Melalui jalan pergi dan balik yang sama....

Saturday, 30 September 2017

MAKNA Founder's Night Run 2017 - 30 September 2017

MAKNA Founder's Night Run 2017 merupakan event yang di register pada saat-saat akhir disebabkan oleh pembatalan event untuk Malaysia Marathon 2017 yang sepatutnya diadakan di Dataran Merdeka. Kekecewaan ini ditebus di Dataran Putrajaya sempena acara yang dianjurkan oleh Pusat Kanser Negara (MAKNA). Acara ini telah disertai oleh seramai lebih kurang 4.000 orang dan katergori HM merupakan jumlah yang paling sedikit iaitu tidak lebih daripada 500 orang. Kebanyakan peserta menyertai kategori 12Km dan 5Km sahaja. Rasanya ini merupakan kali pertama larian MAKNA mempunyai kategori Half Marathon.

Flag off lebih kurang pada pukul 8.10 malam selepas acara senaman zumba dilakukan. Peserta HM dilepaskan dahulu dan laluan di Putrajaya sememangnya berbukit namun tidak berapa pacak seperti di Bukit Tunku.


Larian HM yang ke-7 pada tahun ini....

Slot untuk kategori HM....tidak berapa ramai namun tetap meriah...

Pentas utama dihadapan Palace of Justice Putrajaya... 

Solo jea kali ini....

Flag off pada pukul 8.10 malam....


Tarian zumba terlebih dahulu bagi memanaskan badan sebelum larian bermula...

Berjaya menghabiskan larian....tiada gambar semasa berlari disebabkan malas nak keluarkan handphone...fokus pada larian...terdapat juga laluan yang agak gelap selepas KM7 sebelum membuat pusingan u-turn.... 

Alhamdullilah....semuanya selamat tanpa sebarang kecederaan....

Acara meriah.....namun tidak menunggu lama disebabkan mengejar masa untuk balik ke Bukit Beruntung....memandu solo jea kali ini....family tak ikut.... sebelum mata mengantuk lebih baik balik dulu....


Antara peserta yang baru tiba.....

Ambil kesempatan bergambar dulu sebelum balik.....terima kasih kepada yang sudi untuk mengambilkan gambar....

Medal yang seterusnya untuk tahun ini....banyak koleksi medal berlari jea tahun ini berbanding dengan berkayuh basikal....in sya allah tahun depan akan diperbanyakkan untuk aktiviti berbasikal pulak...

Sunday, 24 September 2017

2XU Compression Run 2017 - 24 September 2017

Event kali kedua disertai selepas menyertainya pada tahun lepas di Kompleks Sukan Air Persint 6 Putrajaya, namun kali ini di Padang Merbok Kuala Lumpur pula dalam suasana di kedinginan pagi. Rasanya ini merupakan kali pertama untuk tahun ini berlari di Padang Merbok. Larian di Padang Merbok tidak sah jika tidak melalui Bukit Tunku yang terkenal dengan laluan berbukit berbentuk roller-coaster.

Larian kali ini antara yang mencabar jika dibandingkan dengan Putrajaya, Meaps atau pun Cyberjaya. Banyak pendakian di kawasan Bukit Tunku dan hanya flat road semasa melintasi lebuhraya Mahameru menuju ke Tugu Negara semula. Pendakian menuju puncak pencawang sebelum membuat pusingan U memang mental. Melihatkan runner lain mulai turun membuatkan larian semakin lemah dan kurang bertenaga.

2XU Compression Run 2016


Event HM yang keenam untuk tahun ini dan yang ke-11 sepanjang menyertai event larian...

Terlambat sampai di starting line disebabkan parking kereta penuh di kawasan parking bertingkat di depan Bukit Aman....nasib baik terdapat ruang parking di dalam Masjid Bukit Aman... pukul 5.10 pagi baru bergerak menuju ke Padang Merbok...

Flag Off untuk Wave yang ke-3 pada pukul 5.20 pagi...peserta lebih kurang 10 ribu orang....duduk di barisan paling belakang...

Pemandangan sekitar Kuala Lumpur sebelum terbit matahari....suasana untuk indah...berhenti seketika bagi melihat keindahan ciptaan Allah...ketika ini berada di puncak Kenny Hill....

Melepasi Pusat Tennis Jalan Duta...melalui Hentian Jalan Duta....climbing panjang di sini...

Bukit memang pacak.....nak mencugap berlari sehingga ke puncak...
 
Laluan roller coaster....turun naik turun naik.....

Akhirnya sampai di finishing line walaupun timing tak berapa mantap kali ini.....tewas dilaluan berbukit...nak putus nyawa mendaki di kawasan Bukit Tunku nie...

Peserta sudah ramai yang sampai....keadaan sesak dan tak tunggu lama...terus menuju ke kereta untuk balik...

Bergambar dulu sebelum balik...terima kasih Tn.Haji Umar ARB tolong ambilkan gambar sebagai kenangan...

Kalau dulu semasa awal menceburi event larian, memang selalu berlari di Padang Merbok, tetapi 10Km jea...namun kali ini HM punya penangan lagi hebat dari 10km....kena banyak training lagi....berjumpa di MAKNA Night Run di Putrajaya pada minggu hadapan...