Monday 6 March 2017

Powerman Asia Championship Putrajaya 2017 - 5 March 2017

Powerman Asia Championship Putrajaya 2017 merupakan acara yang ditunggu-tunggu pada tahun ini. Jika tahun lepas memasuki kategori short (5-30-5), manakala tahun ini mencuba nasib untuk acara classic (10-60-10) pulak. Seramai lebih kurang 3500 penyertaan kali ini dengan kategori short mendapat penyertaan paling ramai. Bermula dengan pengambilan goodies bag serta bike check in pada hari Sabtu dan acara sebenar bermula pada pukul 7 pagi Ahad.

Tempat permulaan masih sama iaitu berhadapan dengan bangunan Perbadanan Putrajaya dan laluan kali ini terdapat perubahan berbanding tahun lepas. Kategori classic perlu menghabiskan 2 kali loop bagi setiap course dan running course menggunakan laluan yang sama untuk larian yang kedua. Tidak meletakkan apa-apa target untuk tahun ini, hanya berharap dapat menghabiskan larian dan berbasikal tanpa sebarang kecederaan.


Penyertaan kali kedua Powerman dan yang pertama dalam kategori Classic @Long....

Sebelum memulakan acara larian....suasana begitu gelap di Putrajaya menandakan hujan akan turun....hujan renyai-renyai mula turun semasa flag off.....

Pak Syeikh Jiwa Basikal datang untuk memberikan sokongan moral.....katanya tahun ini rehat dulu, tahun depan akan mengegarkan semula...

Hamdi....first time powerman....dah macam pro athlete..

Man Badang pun ada....masuk Classic Relay.....

Suasana semasa di starting line....suasana masih gelap...hujan mulai turun agak lebat semasa loop kedua untuk running yang pertama....

Running Course yang pertama...baru nak masuk loop kedua nie....

Selesai Bike Course... 60km..menuju ke transition area...



Running kedua...loop yang pertama...

Running 2...second loop...dah macam nak mintak nyawa....kaki dah mula cramp...kejap kiri kejap kanan...banyak berjalan daripada berlari....tapi masih bersemangat untuk meneruskan larian sehingga menuju ke garisan penamat...

Berjaya jua akhirnya....sekarang baru tahu betapa teruknya azab masuk classic ini...tapi tahun nak mencuba lagi memperbaiki masa peribadi....yang penting bersukan untuk kesihatan dan kepuasan... 

Sebelum balik ke hotel...bergambar dulu...tahniah kepada Man Badang dan Hamdi...



Tahniah juga kepada Azman yang memasuki kategori Sprint....

Medal kedua untuk powerman....in sya allah, dipanjangkan umur akan mencuba lagi pada tahun hadapan...

No comments:

Post a Comment