Sunday 21 May 2017

Standard Chartered KL Marathon 2017 - 21 May 2017

Standard Chartered KL Marathon 2017 merupakan penyertaan kali kedua, namun kali ini menyertai Half Marathon pulak setelah mencuba fun run 10km pada tahun lepas. Jika tahun lalu bermula di hadapan Shopping Complex SOGO dan kali ini bermula di Dataran Merdeka pula. Seramai 36K peserta pada tahun ini bagi kesemua kategori.

Larian bermula pada pukul 5.30 pagi meliputi laluan di Jalan Raja Laut-Jalan Sultan Ismail-Jalan Bukit Bintang-Jalan Tun Razak-Jalan Ampang-Highway Akhleh-Jalan Sultan Ismail-Jalan Kuching-Jalan Parlimen-Jalan Damansara dan seterusnya ke Dataran Merdeka semula. Larian kali ini agak consistence dan bersahaja, tidak mengejar masa hanya ingin menghabiskan larian tanpa sebarang kecederaan. Baki 3km yang terakhir, rentak larian semakin perlahan disebabkan tanda-tanda cramp sudah mulai terasa. Akhirnya berjaya juga sampai di garisan penamat di bawah masa 3 jam.


Event sebelum bermula bulan Ramadhan....

Peserta mula berkumpul seawal jam 3 pagi di Dataran Merdeka...cuaca baik serta cerah di awal pagi...

Kategori Full Marathon telah dilepaskan pada pukul 4 pagi....sekarang hanya menunggu pelepasan untuk Half Marathon pula...



Selfie dulu di hadapan garisan permulaan....

Pro Runner di garisan paling hadapan....ini semua top runner international....


  
Memasuki bahagian paling belakang iaitu PEN 4....maklumlah run santai-santai jea...

Flag Off tepat jam 5.30 pagi....tiada gambar yang diambil semasa berlari...fokus pada larian...

Ada jugak gambar time berlari....baki lagi 5km sebelum menghabiskan larian...

Sampai di garisan finishing pada pukul 8.29 minit pagi....alhamdullilah..berjaya dalam tempoh masa bawah 3 jam...


Beratur untuk mengambil goodies bag....


Nak bergambar dekat signboard nie kena beratur panjang....snap jea laa gambar...

Selfie dulu sebelum balik...hari dah mula panas....


Balik ke hotel....

On the way balik hotel...layan tengok acara kid run dulu kat depan hotel....


Ini jea yang mampu....tahun depan target bawah 2.30 minit pulak....

Laluan menarik...hanya terasa azab sedikit semasa 3km yang terakhir....time ini pun tenaga dah hampir nyawa-nyawa ikan....

Thursday 18 May 2017

SBOT Trail Run 2017: Beriadah Sambil Beramal - 14 May 2017

Setelah berjaya menganjurkan SBOT Fun Ride pada tahun lalu, pada tahun ini larian di dalam trail pula. Acara kali ini berlangsung di Pintu Gate B Hospital Sungai Buloh dan disertai oleh seramai lebih kurang 700 peserta. Terdapat 3 kategori yang disediakan iaitu larian 15Km, 10Km dan Fun Run 5Km. Kategori paling ramai adalah kategori 10km manakala Fun Run lebih meriah kerana disertai oleh ramai anak-anak cilik yang berlari bersama ahli keluarga.

Larian telah dilepaskan pada pukul 7.30pagi dengan didahulukan dengan kategori 15km dan seterusnya 10km serta 5km.

Marshall....berposing setelah selesai event....

Marshall di dalam trail selesai menjalankan tugas...di finishing line

Marshall di kawasan "Titian Usang"....

Bergambar dulu sebelum keluar dari trail...


Last runner yang keluar dari dalam trail.....escort sehingga ke finishing line...

Last runner yang sampai di garisan finishing....diberikan semangat dan diiringi oleh marshal

Gambar-gambar disepanjang event boleh di lihat di FB SBOT Trail Run...

SBOT Fun Ride 2016 juga boleh dilihat di sini...














Thursday 11 May 2017

Deuter International Trail Run 2017:Chapter 5 -The Final Curtain - 7 May 2017

Deuter International Trail Run 2017 sekali lagi berlangsung di pekan bersejarah Batu Arang, Selangor. Lokasi tapak event yang masih sama, malah trail yang digunakan pun masih sama seperti tahun lalu. Namun kali ini penyertaan nampak sedikit berkurangan berbanding tahun lepas. Mungkin disebabkan terdapat event trail run yang lain pada tarikh yang sama.

Lari bermula jam 7.30 pagi dengan penyertaan lebih kurang seramai 1000 orang dan laluan trail agak lembab dan berair malah berlumpur di awal larian. Suasana yang menarik di waktu pagi di sekitar Batu Arang dengan cuaca mendung serta panas sedikit semasa terbit mentari.


Penyertaan kali kedua di Deuter Trail Run....

Kali ini bersama ex-schoolmate, Ridzuan dan Umar ARB.... 

Perserta mula  berkumpul di garisan permulaan...

Kurang penyertaan berbanding tahun lepas....


Bermula laluan offroad setelah lebih kurang 1.5km road di pekan Batu Arang....

Laluan berbukit...

Layan pemandangan dulu.... memasuki fasa kedua "Suffer Gate 2"...

Matahari dah mula meninggi....panas sudah mula terasa....


Water Station di atas puncak bukit....terdapat kandang kuda di sini....pemandangan cantik...




Larian berbaki 3km lagi......


Sampai jua akhirnya di finishing line.....alhamdullilah....

Koleksi medal yang seterusnya pada tahun ini.....
Tahniah Deuter....walaupun trail masih sama tetapi cabaran tetap terasa....