Tuesday, 8 August 2017

Gunung Irau @Mossy Forest Keindahan Alam Hutan Lumut - 5 August 2017

Gunung Irau di Cameron Highland merupakan gunung yang sudah lama ingin ditawan kerana teruja dengan keindahan alamnya terutama lumut yang tumbuh disekitar laluan menuju ke puncak. Suasana yang cukup dingin dan menyegarkan sehingga suhu mencecah 15 degree. Tiupan angin yang kencang terutama di kawasan Gunung Berinchang dan sekali-sekali hujan turun renyai-renyai dan kabus menutupi sekitar hutan. Kawasan Gunung Irau merupakan antara kawasan pendakian yang menarik di Malaysia. Dengan cuaca yang sejuk serta berkabus serta keindahan lumut yang terdapat disini memang cukup menarik.

Perjalanana kami bermula pada Jumaat malam Sabtu dari Kuala Lumpur bergerak ke Brinchang dan sampai di Cameron Highland pada pukul 2 pagi. Berehat di Apartment Rose Brinchang sehingga menunggu ke pagi. Seawal jam 4 pagi, kami telah bangun dan bersiap-siap serta berkumpul pada pukul 5.30 pagi di hadapan Nova Hotel untuk menaiki kenderaan pacuan 4 roda menuju ke puncak Gunung Brinchang.

Pengalaman yang sukar dilupakan....

Bergambar di puncak Gunung Irau....kami seramai 17 orang berjaya menawan puncak pada pukul 11.30 pagi....

Berkumpul di hadapan Nova Hotel Brinchang dan menaiki kenderaan 4x4 menuju ke puncak Gunung Brinchang....suasana sejuk dan dingin sehingga membuatkan kami menggigil kesejukan...

Menaiki kenderaan pacuan 4 road menuju ke puncak Gunung Brinchang...menggigil kesejukan duduk di belakang four wheel....

Berada di pintu masuk Gunung Irau @Mossy Forest...solat subuh terlebih dahulu sebelum memulakan pendakian...pendakian bermula pada pukul 6.50 pagi dalam cuaca yang sangat sejuk serta gerimis...

Bergambar dalam kegelapan pagi....

Bergambar dulu setelah cuaca terang....


Pendakian bermula....laluan basah dan berselut....terdapat juga laluan yang licin dan perlu sentiasa berhati-hati semasa melangkah bagi mengelakkan terjerumus ke dalam selut....

Mendaki dalam cuaca sejuk...kurang letih dan berpeluh....tetapi nafas agak kencang disebabkan berada di kawasan altitude tinggi.... 

Makin tinggi mendaki semakin cantik pemandangan di kawasan ini....

Banyak akar-akar pokok kayu di laluan trek....lebih senang berjalan di atas akar kayu agar tidak terbenam kaki di dalam selut hitam...


Menarik pemandangan di kawasan ini....

Sekali-sekali berhenti sebentar untuk mengambil gambar....tidak melepaskan peluang untuk merakam segala pemandangan yang indah di sini... 

Ceria...

Apitz....terbaik gambar nie...

Tam-Josh-Maza....

Nuar....guide gunung yang kembali menyinar....banyak ilmu dan pengalaman di dalam hutan...


Woow....berposing sakan...


Antara gambar yang menarik dapat dirakamkan....

Semangat Prima Riders.....Mie Cha dan Josh....

Akhirnya sampai di Mini Irau @Anak Irau....lagi 1-2jam lagi pendakian untuk sampai ke puncak Gunung Irau....cuaca semakin sejuk dan dingin.....

Bergambar beramai-ramai dulu sebelum ke puncak... 

Pokok Periuk Kera di sepanjang laluan menuju ke puncak....

Pendakian lagi.....



Cantik pemandagan di kawasan ini...penuh dengan lumut yang menghijau...



Akhirnya sampai ke puncak Gunung Irau.....

Ramai jugak pendaki yang sudah sampai di atas puncak....lepak sambil makan tengahari dengan bekalan makanan yang dibawa....

Posing bergambar dulu...

 
Berasa puas bila sampai ke puncak....

Bergerak turun pada pukul 12.55 tengahari...

Pondok rehat sebelum sampai di anak tangga....

Relax dulu...tak jauh lagi nak sampai....

Nak ke Perak atau Pahang...???

Sampai jua akhirnya....alhamdullilah...

Sampai di kawasan parking Gunung Brinchang pada pukul 5 petang....suasana semakin dingin..

Keadaan kasut yang penuh dengan lumpur dan selut...

Muka keletihan....penat setelah 10 jam mendaki....semua keletihan serta kelaparan...

Balik ke hotel....dah macam pekerja ladang teh pulak.... 

Pendakian kali ini berjaya tanpa sebarang kemalangan yang tidak diingini dah semua rakan-rakan merasa puas hati walaupun keletihan.... tunggu pendakian yang seterusnya...

No comments:

Post a Comment